BTC USD 63,081.9 Gold USD 1,745.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KRISIS MYANMAR: Suu Kyi Ditahan, Tentera Umum Darurat Setahun

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,179
Reaction score
2,290
Points
201
Kedutaan Myanmar di KL ada rusuhan jugak ke?
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
G7 kutuk tentera Myanmar guna kekerasan

YANGON: Pemimpin tentera Myanmar terus menerima tekanan apabila Kumpulan G7 terdiri daripada negara terkaya dunia mengutuk tindakan junta menangani kumpulan penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa.

Pihak berkuasa didakwa menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang menuntut supaya pemimpin, Aung San Suu Kyi, dibebaskan.

Menteri-menteri Luar G7 dalam satu satu kenyataan menggesa tentera Myanmar menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

"Penggunaan peluru hidup terhadap orang ramai yang tidak bersenjata, tidak boleh diterima.

"Sesiapa sahaja yang bertindak balas ke atas perhimpunan aman menggunakan kekerasan, perlu dipertanggungjawabkan," katanya.

Setakat ini, tiga penunjuk perasaan terbunuh ketika mengadakan demonstrasi, manakala seorang lelaki ditembak mati ketika menjaga kawasan kejiranannya daripada tindakan penahanan malam oleh pihak berkuasa.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus tindakan Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitamkan dua pemimpin junta iaitu Moe Myint Tun dan Ketua Tentera Udara, Maung Maung Kyaw selain mengenakan sekatan bersasar terhadap pemimpin tertinggi tentera yang lain awal bulan ini.

Setiausaha Negara, Antony Blinken, sebelum ini dilaporkan berkata, AS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan keganasan dan menekan hak rakyat.

Selain itu, Kesatuan Eropah (EU) meluluskan sekatan menyasarkan tentera Myanmar serta kepentingan ekonomi mereka.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, berkata bantuan kewangan terhadap program reformasi kerajaan turut dihentikan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
storm_1614173751.jpg


Diplomat tinggi junta Myanmar bincang dengan Thailand, Indonesia

BANGKOK: Menteri luar junta tentera Myanmar melawat Thailand hari ini ketika kuasa serantau cuba untuk menamatkan tunjuk perasaan selama tiga minggu yang membawa kematian, ekoran rampasan kuasa tentera.

Menteri luar, Wunna Maung Lwin, mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Thailand dan Indonesia dalam apa disifatkan sebagai pertemuan bersemuka kali pertama antara seorang anggota kanan junta dan kerajaan asing.

Tentera berdepan banyak kecaman antarabangsa kerana menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi daripada kuasa pada 1 Februari lalu, manakala perbezaan pendapat dalam sempadannya semakin buruk, dengan tunjuk perasaan berlaku di seluruh negara setiap hari.

Pertemuan itu diadakan selepas pengumuman mengenai menteri luar Indonesia, Retno Marsudi tidak akan segera mengunjungi negara yang berdepan rampasan kuasa itu walaupun terdapat dokumen bocor dari pihak Myanmar mengenai kedatangannya kelak.

Sebaliknya, jurucakap kementerian luar Thailand, Tanee Sanrat mengesahkan dalam pesanan teks kepada wartawan bahawa Retno yang mengunjungi Bangkok, bertemu dengan Wunna Maung Lwin di Thailand, hari yang sama beliau mengadakan pertemuan dengan menteri luar negara itu, Don Pramudwinai.

"Kami tidak merancangnya, namun ya," kata Tanee menjawab soalan mengenai pertemuan antara tiga menteri itu.

Sumber lain kerajaan berkata, berlangsung 'mesyuarat tiga hala antara menteri Indonesia, Thailand dan Myanmar, yang dicadangkan Thailand'.

Tiada perincian yang dikeluarkan mengenai perbincangan itu.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha, yang berkuasa selepas rampasan kuasa pada 2014, tidak mengesahkan sebarang mesyuarat dan berkata isu itu akan 'dikendalikan kementerian luar'.

Dua negara ASEAN itu adalah 'jiran yang mesra', katanya sebelum menutup kepada soalan selanjutnya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
port_1614253511.jpg


Operasi pelabuhan Myanmar terjejas ekoran tunjuk perasaan rampasan kuasa tentera

YANGON: Ribuan pemandu trak mogok di Myanmar memprotes rampasan kuasa tentera yang menyebabkan kelewatan bagi penghantaran import, sekaligus berlaku lambakan kontena kargo di pelabuhan.

Keadaan itu juga menyebabkan rangkaian pengimportan terpaksa membatalkan pesanan baru.

Setiausaha bersama Persatuan Trak Kontena Myanmar, Myo Htut Aung, berkata kira-kira 100 kontena bergerak keluar sehari dari empat pelabuhan utama Yangon, yang mengendalikan kira-kira 800 kontena sehari sebelum rampasan kuasa.

Katanya, kira-kira 90 peratus daripada 4,000 pemandu lori kontena di bandar itu telah menghentikan kerja mengangkut.

Situasi itu boleh menyebabkan kekurangan kontena global yang sebelum ini terjejas akibat perintah berkurung berikutan langkah mengekang penularan jangkitan COVID-19 sehingga mengehadkan perjalanan dan pengguna keluar membeli barang.

Berdasarkan maklumat Indeks Kontena Dunia dan Bloomberg Intelligence, anggaran pergerakan mengangkut kotak bersaiz 12.19 meter (40 kaki) meningkat 50 peratus pada 2020.

Htut Aung berkata; "Protes trak itu telah mempengaruhi operasi di terminal kontena."

"Sekiranya pemandu tidak mengambil barang, semua kontena harus disimpan di pelabuhan," katanya.

Tunjuk perasaan besar-besaran menentang rampasan kuasa 1 Februari lalu terus memuncak di Myanmar, memaksa tentera melarang aktiviti perhimpunan awam.

Namun, larangan itu tidak diendahkan ratusan ribu orang yang membanjiri jalan di seluruh negara dalam protes besar-besaran berlangsung Isnin lalu.

Tentera yang merampas kuasa telah mendesak penjawat awam untuk kembali bekerja, dan memberi jaminan akan mengadakan pemilihan baru selepas darurat selama setahun berakhir.

Setakat ini, tiga penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan polis.

Rangkaian perkapalan Jerman, Hapag-Lloyd AG memberitahu pelanggannya minggu lalu bahawa operasi kapal masuk dan keluar dari pelabuhan Myanmar tidak terjejas secara langsung walaupun terminal kontena ditutup terus dan jumlah pengangkutan jalan raya dihadkan.

Bagaimanapun syarikat itu menghentikan sementara tempahan import baharu ke Myanmar.

Naib Pengerusi Persatuan Kiriman Barang Antarabangsa Myanmar, Kyaw Lwin Oo, berkata pemandu lori masih beroperasi mengangkut makanan, ubatan dan fabrik penting untuk kilang, tetapi hanya sekitar 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kontena yang bergerak melalui pelabuhan Yangon.

Gangguan itu dijangka memberi kesan kepada industri tekstil dan pakaian global.

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) merekodkan Myanmar mengimport lebih AS$1 bilion (RM4.04 bilion) kain tenunan dan menjual kira-kira AS$2.4 bilion (RM9.69 bilion) pada 2019.

Selain bahan bakar, negara itu membeli ubat-ubatan dan motosikal, yang biasanya dihantar dalam kontena.

Data Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan rakan dagangan utama Myanmar pada 2019 adalah China, Thailand dan Singapura.

Persatuan Penghantaran Barang Antarabangsa Myanmar dan Perunding Maritim, Drewry dilaporkan berkata, banyak syarikat perkapalan antarabangsa lain mulai bimbang mengenai kesesakan di pelabuhan itu dan bertindak menghentikan penghantaran, selain tidak lagi membuat tempahan baharu berikutan kebimbangan kelewatan mendapatkan bekalan.

Jurucakap Hapag-Lloyd, Nils Haupt, berkata walaupun masih berlaku tunjuk perasaan kecil, kilang, kedai dan syarikat pengangkutan sudah memulakan semula aktiviti masing-masing.

"Namun, kebanyakan jalan utama masih dihalang penunjuk perasaan dan dengan pemandu masih melakukan protes menyebabkan pergerakan keluar dan masuk trak ke pelabuhan terjejas," katanya. - BLOOMBERG
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1614231461.jpg


Jepun rancang gantung bantuan ekonomi untuk Myanmar

TOKYO: Jepun sedang memuktamadkan perancangan menggantung bantuan pembangunan baharu untuk Myanmar, ketika sekutu barat mengenakan sekatan dan mengancam mengambil tindakan lanjut susulan rampasan kuasa oleh tentera di negara Asia Tenggara itu, lapor akhbar Asahi Shimbun.

Akhbar itu yang memetik beberapa sumber kerajaan melaporkan, kerajaan Jepun tidak akan menggunakan istilah 'sekatan' dalam menggantung Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA).

Selain itu, akhbar itu melaporkan kerajaan Jepun akan cuba mempengaruhi junta tentera untuk mencapai penyelesaian demokratik menerusi rundingan.

Ditanya mengenai laporan akhbar itu, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Katsunobu Kato, berkata laporan itu tidak benar, namun tidak menafikan kemungkinan berlakunya perubahan dasar kerajaan.

"Berhubung bantuan ekonomi untuk Myanmar, kami akan memantau secara berhati-hati situasi tanpa prejudis dan akan mempertimbangkan (beberapa pilihan)," katanya pada sidang media.

Sementara itu, Kyodo News yang turut memetik sumber kerajaan turut melaporkan, kerajaan Jepun sedang mempertimbang untuk menggantung bantuan baharu itu.

Jepun yang memiliki hubungan rapat dengan Myanmar dilihat mengambil pendekatan berhati-hati dalam menyatakan pendirian terhadap tentera Myanmar, kerana khuatir Myanmar akan semakin rapat dengan China ketika hubungan dengan Jepun menjadi lemah.

Tokyo adalah antara penyumbang utama kepada Myanmar, dan syarikat gergasi Jepun pula memperluaskan pasaran di negara itu dengan agresif sejak beberapa tahun kebelakangan. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Mogok penjawat awam jejas pentadbiran Myanmar

YANGON: Hospital awam lengang dan pejabat kerajaan dibiarkan bergelap, manakala kereta api pula tersadai di stesen.

Walaupun nyawa dan kehidupan mereka terdedah kepada risiko, ramai penjawat awam Myanmar enggan bertugas bawah pemerintahan junta kini.

Ia menyaksikan peningkatan gerakan penentangan awam terhadap rampasan kuasa oleh tentera Myanmar, melalui tindakan melumpuhkan birokrasi.

"Pihak tentera perlu membuktikan bahawa mereka mampu mentadbir negara dengan baik seperti sebuah kerajaan.

"Namun sekiranya kami sebagai penjawat awam tidak bekerja, rancangan mereka untuk berkuasa akan gagal," kata seorang pensyarah universiti awam hanya dikenali sebagai Thida kepada AFP.

Sejak insiden rampasan kuasa, Thida enggan melaksanakan tugas mengajar kelas dalam talian, sebaliknya menyertai gerakan penentangan awam dimulakan kakitangan perubatan yang sebahagian besarnya kini menyembunyikan diri bagi mengelak daripada ditangkap.

Pemberhentian kerja dalam sektor swasta menyebabkan kilang dan pejabat berkeadaan kosong, selain banyak cawangan bank terpaksa ditutup.

Bagaimanapun, penentangan semakin memuncak oleh penjawat awam jelas memberi kesan khusus terhadap junta.

Tanpa khidmat mereka, jentera pentadbiran negara ini tidak dapat berfungsi, termasuk dari segi kutipan cukai serta pelaksanaan ujian saringan COVID-19.

Keadaan itu sekali gus memburukkan lagi krisis kewangan sedang dihadapi Myanmar akibat pandemik COVID-19 dan kemerosotan pelaburan asing.

Bagaimanapun setakat ini, tidak dapat dikenal pasti angka mereka yang menyertai gerakan penentangan berkenaan daripada keseluruhan jumlah kira-kira sejuta kakitangan awam di Myanmar.

Menurut satu tinjauan, kakitangan di kesemua 24 kementerian terbabit gerakan berkenaan, manakala pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Myanmar pula menganggarkan tiga per empat daripada jumlah kakitangan awam sedang mogok.

Ketiadaan kakitangan awam menjalankan tugas itu ternyata mula memberi kesan pahit, malah pemimpin junta, Min Aung Hlaing dilaporkan berkata hampir satu per tiga daripada hospital di Myanmar kini lumpuh. - AFP
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,179
Reaction score
2,290
Points
201
Bersatu hati dorang mogok. Tak macam kita masih takut2 lagi.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register