BTC USD 62,816.5 Gold USD 1,744.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KRISIS MYANMAR: Suu Kyi Ditahan, Tentera Umum Darurat Setahun

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1613819619.jpg

Seorang penunjuk perasaan yang cedera dibantu oleh pasukan medik. - Foto AFP

Protes rampasan kuasa Myanmar: Sekurang-kurangnya 5 cedera ditembak

MANDALAY: Serangan polis bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun di kota kedua terbesar di Myanmar, Mandalay, bertukar ganas apabila pihak berkuasa menggunakan peluru getah yang mengakibatkan lima individu tercedera.


Perkara itu dilaporkan oleh jurufoto AFP yang berada di tempat kejadian.

Sebahagian besar penduduk Myanmar turun ke jalanan bagi membantah tindakan tentera menggulingkan pemimpin nombor satu negara itu, Aung San Suu Kyi dengan melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa juga menahan ratusan orang awam, kebanyakannya penjawat awam yang mengikuti kempen ketidakpatuhan awam.

Hari ini, beratus-ratus polis berkumpul di pelabuhan Yadanarbon di Mandalay, yang terletak di sungai Irrawaddy.

Kehadiran mereka menimbulkan kebimbangan kepada penduduk sekitar kemungkinan ada pekerja yang ditahan kerana terbabit dalam protes antirampasan kuasa.

Salah seorang wanita yang mengikuti siri protes itu dilaporkan cedera di kepala dan petugas kecemasan dipanggil untuk memberikan rawatan.

"Tembakan oleh pihak berkuasa masih berlaku dengan terdapat penduduk yang tercedera," kata pengerusi perkhidmatan bantuan kecemasan di bandar itu kepada AFP.

Dalam pada itu, terdapat video yang dipancarkan secara langsung menerusi Facebook oleh penduduk menunjukkan bunyi tembakan yang dilepaskan secara berterusan.

"Mereka menembak dengan sangat kejam," kata salah seorang penduduk yang terpaksa menyelamatkan diri dengan bersembunyi di kawasan pembinaan sekitarnya.

Sejak siri protes dijalankan di seluruh negara sejak dua minggu lalu, pihak berkuasa di beberapa bandar menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Salah seorang penunjuk perasaan, Mya Thwate Thwate Khaing, 20, yang menyertai protes di ibu negara, Naypidaw pada 9 Februari lalu ditembak di kepala dan disahkan meninggal dunia semalam akibat kecederaan itu. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Myanmar police shoot dead 2 protesters in bloodiest post-coup day

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

At least two people have been killed and several others injured in Myanmar after police fired live ammunition to disperse protesters in the city of Mandalay.

The crowds were forced to flee as security forces chased after them using slingshots, rubber bullets and water cannons.

The protesters were repeating their call for an end to a military coup that took place more than two weeks ago and for the release of elected leader Aung San Suu Kyi. Similar demonstrations took place in the economic center Yangon, where people paid tribute to a woman who police shot dead last week during a protest.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
Rakyat Myanmar berkabung, tangisi pemergian penunjuk perasaan yang terkorban

81613951446_MyaThwetThwetKhin.jpg


NAYPYITAW: Di ibu kota Myanmar, orang ramai menghadiri pengebumian seorang wanita muda yang terbunuh dalam tunjuk perasaan menentang rampasan kuasa tentera.

Mya Thwe Thwe Khaing ditembak tepat di kepalanya sebelum ulang tahunnya yang ke-20.

Kes itu merupakan yang pertama dengan sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam tunjuk perasaan.

Pada Ahad, ribuan orang berbaris di jalanan bagi memberikan penghormatan terakhir dan salam tiga jari.

Junta tentera laksana rampasan kuasa awal bulan ini.

Janji untuk mengadakan pilihan raya awal gagal memuaskan penunjuk perasaan yang juga menuntut pembebasan pemimpin Aung San Suu Kyi dan anggota parti Parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) yang lain.

Tentera mendakwa kemenangan pilihan raya NLD tahun lalu adalah penipuan namun tiada bukti yang dikemukakan.

Dua penunjuk perasaan mati ditembak ketika polis menggunakan peluru hidup untuk meleraikan orang ramai.

Kematian itu menimbulkan kecaman yang meluas termasuk daripada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Junta Myanmar beri amaran penunjuk perasaan berisiko terkorban

YANGON: Ribuan penunjuk perasaan terus turun ke jalanan di Myanmar, hari ini, walaupun junta memberi amaran keras bahawa mereka berisiko terkorban dalam krisis berkenaan.

Ketegangan semakin memuncak berikutan kematian empat penunjuk perasaan, selepas rakyat bangkit menentang rampasan kuasa dan penahanan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, oleh pihak tentera kira-kira tiga minggu lalu.

Tunjuk perasaan diadakan secara besar-besaran di seluruh negara ini, malah kempen penentangan oleh penjawat awam turut menjejaskan kebanyakan operasi kerajaan dan perniagaan.

"Penunjuk perasaan kini menghasut orang ramai, terutama remaja dan belia yang emosional, ke arah penentangan di mana mereka boleh menderitai kehilangan nyawa," menurut satu kenyataan disiarkan MRTV, semalam.

Kenyataan itu sekali gus memberi peringatan kepada penunjuk perasaan supaya tidak menghasut tindakan 'rusuhan dan anarki'.

Amaran itu dikeluarkan selepas insiden dua terkorban apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan di Mandalay, manakala seorang lagi mati ditembak di Yangon.

Seorang wanita muda turut meninggal dunia, Jumaat lalu, selepas ditembak di kepala ketika menyertai demonstrasi dan terpaksa bergantung pada mesin sokongan hayat.

Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tom Andrews, berkata beliau amat bimbang dengan ancaman baharu oleh junta itu.

"Amaran kepada junta: Tidak seperti 1988, tindakan oleh pasukan keselamatan adalah direkodkan dan anda akan dipertanggungjawabkan," ciapnya.

Begitupun, ancaman oleh junta itu tidak menggentarkan beribu-ribu penunjuk perasaan yang terus mengadakan bantahan, hari ini.

"Kami keluar untuk menyertai bantahan dan melawan sehingga menang.

"Kami memang bimbang dengan tindakan keras yang diambil oleh pihak berkuasa. Namun, kami tetap akan terus mara. Kami berasa sangat marah," kata pelajar universiti, Kyaw Kyaw, 23. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

Facebook suspends military's official page over incitement of violence
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376
KRISIS MYANMAR | Penunjuk perasaan tidak gentar amaran tentera Myanmar.

Ribuan penunjuk perasaan terus berhimpun dan mengadakan bantahan di beberapa lokasi di Myanmar

Meskipun junta telah memberi amaran akan menggunakan kekerasan jika keadaan semakin tidak terkawal .

 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,362
Reaction score
1,101
Points
156
Sami Buddha mereka memihak kepada siapa?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
MYANMAR-POLITICS-MILITARY_1614046031.jpg

Penunjuk perasaan terus membanjiri jalan utama di Yangon menentang rampasan kuasa tentera 1 Februari lalu. - Foto AFP

Penunjuk perasaan ingkar arahan junta tentera Myanmar

YANGON: Polis Myanmar mula menyuraikan penunjuk perasaan di ibu negara, Naypyidaw, manakala premis perniagaan kekal ditutup sebagai tanda protes.

Amaran junta tentera bahawa nyawa penunjuk perasaan mungkin terancam langsung tidak menggugat mereka untuk terus berdemonstrasi, malah jumlahnya bertambah ramai.

Sesudah tiga minggu melakukan rampasan kuasa, tentera Myanmar masih gagal menghentikan demonstrasi jalanan harian dan gesaan menuntut pembebasan pemimpin dipilih, Aung San Suu Kyi.

Tunjuk perasaan juga merebak ke bandar dan pekan kecil di serata Myanmar dari sempadan China hingga ke delta Irrawaddy.

Paparan media sosial menunjukkan polis menembak meriam air dan menggunakan kenderaan bagi menyuraikan orang ramai yang berarak sambil melaungkan slogan di Naypyidaw, yang juga ibu pejabat tentera.

Setakat ini, tiga penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh, dua ditembak mati di Mandalay Sabtu lalu dan seorang wanita di Naypyidaw pada hari berikutnya.

Pihak berkuasa mengerahkan lebaih ramai anggota keselamatan ke bandar utama, Yangon, di mana ribuan penunjuk perasaan kembali berkumpul.

Tarikh semalam, 22.2.2021, dibandingkan dengan demonstrasi pada 8 Ogos 1988, yang menyaksikan peristiwa berdarah protes anti tentera dipatahkan dengan tindakan ganas.

Selain di Myanmar, warga negara itu di Korea Selatan, Thailand dan negara Asia tenggara lain turut mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan masing-masing.

Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kesatuan Eropah (EU) dan sebahagian besar negara mengutuk rampasan kuasa tentera di Myanmar.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, menerusi ciapan Twitter berkata dua lagi pemimpin tentera tertinggi Myanmar dikenakan sekatan dan akan meningkatkan tekanan terhadap junta tentera. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Protesters rally, businesses close in strike against Myanmar coup

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register