BTC USD 63,219.1 Gold USD 1,746.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KRISIS MYANMAR: Suu Kyi Ditahan, Tentera Umum Darurat Setahun

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,086
Reaction score
12,469
Points
2,376
PILIHAN RAYA MYANMAR | Suu Kyi Menang Kerusi Parlimen Ditandingi

Aung San Suu Kyi, Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan Myanmar (NLD), memenangi kerusi dewan perwakilan yang ditandingi pada pilihan raya umum negara itu.

Sponsored Post

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,777
Reaction score
407
Points
141
menang tapi dah terpalit ngan kes Rohingya..
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Tentera Myanmar tahan Aung San Suu Kyi

YANGON: Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi ditahan tentera Myanmar, kata jurucakap parti itu pagi tadi.

"Kita mendengar Presiden (Win Myint) dan Kaunselor Negara (Aung San Suu Kyi) sudah ditahan di Naypyidaw... kami juga mendengar mereka ditahan oleh tentera," kata jurucakap NLD, Myo Nyunt.

"Kita beranggapan bahawa tentera sedang merancang untuk merampas kuasa, berdasarkan situasi semasa dan apa yang kami perhatikan ketika ini," katanya.

Beliau berkata, parti itu juga tidak pasti sama ada persidangan Parlimen yang julung kali diadakan selepas pilihan raya November lalu, yang sepatutnya bermula hari ini akan diteruskan atau sebaliknya.

"Sistem telekomunasi terganggu...sukar untuk menghubungi telefon di Naypyidaw," katanya.

Penahanan Suu Kyi dibuat seminggu selepas pemimpin kanan tentera, Jeneral Min Aung Hlaing, mengumumkan tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa akan berlaku bagi memansuhkan Perlembagaan negara itu, sekali gus menangani krisis politik itu.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Myanmar yang baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera, masih berada di bawah sistem demokrasi dikawal ketat jeneral tentera walaupun pada hakikatnya berkongsi kuasa dengan pentadbiran dipilih rakyat.

Wakil rakyat baharu dijangka bersidang di Parlimen hari ini.

Pemilihan pada November lalu adalah pilihan raya demokratik yang kedua di Myanmar sejak negara itu keluar daripada regim pemerintahan diktator 49 tahun.

Seperti diharapkan, Suu Kyi, tokoh sangat dikenali di Myanmar dan partinya menyapu bersih pemilihan, sekali gus meneruskan pentadbiran mereka selama lima tahun lagi.

Bagaimanapun, tentera mendakwa terdapat 10 juta kes penipuan pemilih di seluruh negara dan mahu siasatan diadakan serta menuntut pelepasan daftar pemilih dari suruhanjaya pilihan raya bagi tujuan pengesahan - AFP
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
MYANMAR-POLITICS_1612142225.jpg

Orang ramai melepasi poster persidangan Parlimen yang akan mula bersidang hari ini. - Foto fail AFP

Gangguan internet terjejas di Myanmar

YANGON: Liputan internet di Myanmar terputus hari ini, selepas Kaunselor negara itu, Aung San Suu Kyi ditahan oleh tentera, menurut seorang pemantau bebas.

"Gangguan telekomunikasi, bermula kira-kira jam 3 pagi tadi waktu tempatan, mempunyai kesan subnasional yang signifikan termasuk ibu kota.

"Gangguan ini juga kemungkinan akan membatasi liputan kejadian rampasan kuasa," kata kumpulan masyarakat, Netblocks.

Suu Kyi yang juga Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), ditahan tentera Myanmar, awal pagi tadi.

Penahanan Suu Kyi dibuat seminggu selepas pemimpin kanan tentera, Jeneral Min Aung Hlaing, mengumumkan tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa akan berlaku bagi memansuhkan Perlembagaan negara itu, sekali gus menangani krisis politik itu.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Myanmar yang baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera, masih berada di bawah sistem demokrasi dikawal ketat jeneral tentera walaupun pada hakikatnya berkongsi kuasa dengan pentadbiran dipilih rakyat.

Wakil rakyat baharu dijangka bersidang di Parlimen hari ini.

Pemilihan pada November lalu adalah pilihan raya demokratik yang kedua di Myanmar sejak negara itu keluar daripada regim pemerintahan diktator 49 tahun. - AFP
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Tentera Myanmar isytihar darurat selama setahun

YANGON: Tentera Myanmar hari ini, mengisytiharkan darurat selama setahun dan melantik Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Ming Min Aung Hlaing sebagai pemangku Presiden.

Ia diumumkan selepas tentera menahan Kaunselor, Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar, U Win Myin dan pegawai kanan lain pagi tadi.

Pengumuman di siaran milik tentera, TV Myawaddy, menjelaskan langkah itu perlu bagi menjaga 'kestabilan' negara, selain mendakwa suruhanjaya pilihan raya negara itu gagal menangani 'penyelewengan besar' dalam pemilihan, pada November lalu.

Pengisytiharan ditandatangani Naib Presiden Pertama, U Myint Swe, yang bertugas sebagai pemangku Presiden, seperti diumumkan di TV Myawady.

Kenyataan itu juga berkata, kuasa negara akan diserahkan kepada Aung Hlaing.

"Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) gagal menyelesaikan penyelewengan daftar pemilih dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 8 November 2020, "kata kenyataan yang ditandatangani oleh pemangku Presiden baharu, Myint Swe, yang juga bekas jeneral yang pernah menjadi Naib Presiden.

Kenyataan itu juga menuduh 'organisasi parti lain' merosakkan kestabilan negara itu.

"Berikutan keadaan situasi ketika ini perlu diselesaikan mengikut undang-undang maka darurat diumumkan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga berkata, tanggungjawab untuk kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman sudah diserahkan kepada Jeneral Min Aung Hlaing.

Suu Kyi, U Win Myint dan beberapa pegawai kanan lain parti pemerintah, Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) ditahan tentera, awal pagi tadi.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah, NLD pimpinan Suu Kyi menang besar.

Myanmar yang baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera, masih berada di bawah sistem demokrasi dikawal ketat jeneral tentera walaupun pada hakikatnya berkongsi kuasa dengan pentadbiran dipilih rakyat.

Wakil rakyat baharu dijangka bersidang di Parlimen hari ini.

Pemilihan pada November lalu adalah pilihan raya demokratik yang kedua di Myanmar sejak negara itu keluar daripada regim pemerintahan diktator 49 tahun.

Seperti diharapkan, Suu Kyi, tokoh sangat dikenali di Myanmar dan partinya menyapu bersih pemilihan, sekali gus meneruskan pentadbiran mereka selama lima tahun lagi.

Bagaimanapun, tentera mendakwa terdapat 10 juta kes penipuan pemilih di seluruh negara dan mahu siasatan diadakan serta menuntut pelepasan daftar pemilih dari suruhanjaya pilihan raya bagi tujuan pengesahan - AFP
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

Military takes power in Myanmar, Aung San Suu Kyi detained

Myanmar coup: Interview with Kyaw Win, the director of Burma Human rights Network in UK
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,774
Reaction score
1,610
Points
201
dasat pelihanraya sampai lagu ni...
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,180
Reaction score
2,291

Rilek je PAT rampas kuasa macamtu je.
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
PBB kutuk rampasan kuasa tentera Myanmar

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa serta menahan pemimpin negara itu, pagi tadi.

"PBB Agung mengutuk sekeras-kerasnya penahanan Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar (U Win Myint) dan pemimpin politik lain ketika Parlimen negara itu sepatutnya bersidang hari ini," kata Jurucakap PBB, Stephane Dujarricnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pergolakan politik terbaharu itu adalah satu tamparan kepada reformasi politik di Myanmar.

Suu Kyi yang juga Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) dan Win Myint dan beberapa pemimpin kanan NLD ditahan tentera di Naypyidaw, pagi tadi.

Penahanan itu dibuat seminggu selepas Panglima Angkatan Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, mengumumkan tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa akan berlaku bagi memansuhkan Perlembagaan negara itu, sekali gus menangani krisis politik itu.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan NLD pimpinan Suu Kyi menang besar.

Myanmar yang baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera, masih berada di bawah sistem demokrasi dikawal ketat jeneral tentera walaupun pada hakikatnya berkongsi kuasa dengan pentadbiran dipilih rakyat.

Wakil rakyat baharu dijangka bersidang di Parlimen hari ini.

Pemilihan pada November lalu adalah pilihan raya demokratik yang kedua di Myanmar sejak negara itu keluar daripada regim pemerintahan diktator 49 tahun.

Seperti diharapkan, Suu Kyi, tokoh sangat dikenali di Myanmar dan partinya menyapu bersih pemilihan, sekali gus meneruskan pentadbiran mereka selama lima tahun lagi.

Bagaimanapun, tentera mendakwa terdapat 10 juta kes penipuan pemilih di seluruh negara dan mahu siasatan diadakan serta menuntut pelepasan daftar pemilih dari suruhanjaya pilihan raya bagi tujuan pengesahan - AFP
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,520
Reaction score
1,949
Points
206
di satu sudut den tak stuju tentera rampas kuaso, tapi satu sudut lain klu dgn cara ni boleh hukum Suu Kyi kerana tak pedulik atas pembantaian umat Islam Rohingya, maka den setuju.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register