LC yellow
Junior Member
- Messages
- 53
- Joined
- Oct 16, 2008
- Messages
- 53
- Reaction score
- 109
- Points
- 19
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Nov 12, 08 | 6:58:23 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Hrkh) - Isu pembayaran ex-gratia kepada hakim-hakim yang terbabit dalam isu krisis kehakiman 1988 tidak selesai dengan hanya menghadiahkan bayaran RM 10.5 juta, sebaliknya kerajaan Umno-BN perlu membersihkan nama hakim-hakim ini. Iklan
"Saya tidak mempersoalkan bayaran yang diberikan kepada hakim-hakim terbabit, tetapi persoalannya bayaran itu sebenarnya menandakan kerajaan Umno/BN bersalah dalam krisis 1988 yang menyebabkan pemecatan hakim," kata seorang peguam, Abdullah Abdul Karim.
Menurut Abdullah, meskipun pembayaran telah diumumkan dan secara signifikannya, pembayaran itu menandakan kerajaan lah sebenarnya yang bersalah memutuskan pemecatan Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim yang lain.
Tetapi sehingga kini, walaupun keputusan pembayaran telah dibuat, kerajaan tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat dan hakim-hakim terbabit atas kesalahan mereka, katanya.
Sejak dahulu lagi, kerajaan Umno/BN di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad hingga kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan keputusan tribunal yang memecat Tun Salleh Abbas dan rakan-rakannya, kata Abdullah.
Menyingkap hakikat dalam sebuah penulisan buku Tun Salleh Abbas menceritakan bahawa tribunal diwujudkan khasnya oleh kerajaan ketika itu hanya untuk memastikan keputusan pengharaman Umno oleh Mahkamah Tinggi ketika itu kekal.
Dan tambahnya, Tun Salleh juga mendedahkan dalam bukunya bahawa krisis jawatan dalaman Umno yang berlaku antara Tun Dr Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah, isu kumpulan 11 dalam Umno sebenarnya yang menjadi punca kepada krisis kehakiman 1988.
Malangnya, ketika Tun Salleh mencadangkan permohonan rayuan ke atas pembatalan Mesyuarat Agung Umno 1987 didengar oleh korum 9 orang hakim, kerajaan tribunal diwujudkan khas untuk kononnya membicarakan kesalahan Tun Salleh, katanya.
Tujuan Tun Salleh mencadangkan agar 9 hakim mendengar rayuan kes pengharaman Umno dan membatalkan keputusan Mesyuarat Agung Umno 1987 adalah supaya keputusan tidak bias kepada mana-mana pihak, katanya.
Sebaliknya, kata beliau ketika itu Tun Mahathir yang telah menghidu sebarang masalah yang bakal dihadapinya jika 9 hakim memutuskan membatalkan Mesyuarat Agung Umno 1987 bertindak mengwujudkan tribunal.