KRISIS Ekonomi n Politik DI Lubnan | Saad Hariri kembali menjadi PM Lubnan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
Lebanon hyperinflation adds to economic crisis


 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
Lubnan usaha cari Perdana Menteri baharu

BEIRUT: Presiden Lubnan, Michel Aoun secara rasmi melancarkan rundingan hari ini bagi mencari perdana menteri baharu, hampir sebulan selepas pelantikan terdahulu gagal membentuk kerajaan.

Pemimpin utama Saad Hariri, yang sudah dua kali memegang jawatan itu mengundurkan diri setahun lalu, selepas mendapat tekanan dari gerakan tunjuk perasaan yang menuntut penambahbaikan sistem politik di Lubnan.

Presiden mengumumkan di media sosial, bahawa beliau sudah mulai bertemu dengan wakil blok Parlimen untuk memutuskan calon yang sesuai.

Seorang diplomat yang tidak dikenali, Mustapha Adib, dicalonkan pada akhir bulan Ogos berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri sebelumnya, Hassan Diab, selepas letupan maut di pelabuhan Beirut.

Adib telah berikrar untuk membentuk Kabinet pakar, sesuai dengan syarat yang ditetapkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk membantu menyelamatkan negara yang dilanda rasuah dari krisis ekonomi terburuk di negara itu.

Namun, Adib menghadapi tentangan dari beberapa pihak utama dan mengundurkan diri sebulan kemudian, meninggalkan Lubnan yang kini mengalami masalah kemunduran dan tahap kemiskinan yang tinggi kesan bencana terburuk letupan di pelabuhan utama negara itu. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
PM baharu Lubnan janji bentuk Kabinet pakar
LEBANON_NEW_PRIME_MINISTER-DESIGNATE_SAAD_HARIRI_1603367896.jpg

Saad Hariri berucap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Michel Aoun. Foto - EPA

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan yang baharu dipilih, Saad Hariri, hari ini berjanji untuk membentuk kerajaan teknokrat yang komited terhadap inisiatif Perancis untuk menarik Lubnan keluar dari krisis.

Beliau berkata, akan "membentuk kabinet pakar yang tidak berpihak pada politik dengan misi reformasi ekonomi, kewangan dan pentadbiran yang terkandung dalam pelan inisiatif Perancis," katanya.

"Saya akan berusaha membentuk kerajaan dengan cepat kerana masa semakin suntuk dan ini adalah satu-satunya peluang terakhir yang dihadapi negara kita." - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201

#BREAKING Clashes between Saad Hariri supporters and protestors earlier today
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
Saad Hariri kembali menjadi PM Lubnan

BEIRUT: Saad Hariri yang pernah menjadi Perdana Menteri Lubnan selama tiga kali, dipilih sekali lagi memegang jawatan itu untuk membentuk Kabinet baharu yang mampu membawa keluar negara itu dari krisis ekonomi berdekad.

Saad, 50, membuat kemunculan semula bagi memikul tanggungjawab sukar itu selepas setahun meletak jawatan akibat tekanan daripada kumpulan penentang yang mahukan perubahan sistem politik negara itu.

Sejurus dinamakan semula oleh Presiden Michel Aoun, Saad mengumumkan akan membentuk Menteri Kabinet dalam kalangan pakar, selari dengan syarat ditetapkan Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang akan membantu menyelesaikan hutang negara Arab itu.

Saad berkata, beliau akan membentuk 'Kabinet terdiri daripada pakar bukan ahli politik' dengan misi membawa perubahan kepada ekonomi, kewangan dan pentadbiran mengikut inisiatif acuan Perancis.

"Saya akan membentuk kerajaan dengan segera kerana kami kesuntukan masa," katanya.

Lubnan berada di bawah tekanan antarabangsa yang menggesa negara itu mewujudkan anggota Kabinet bebas untuk memulihkan kembali ekonomi yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Saad dilaporkan akan mula berunding dengan pelbagai blok parlimen negara itu, esok untuk melantik anggota kerajaan baharu, kata Parlimen Lubnan dalam satu kenyataan.

Pencalonannya mendapat sokongan majoriti 65 Ahli Parlimen manakala 53 lagi berkecuali daripada menamakan calon yang layak ketika berunding dengan Presiden.

Blok parlimen yang dikuasai kumpulan Syiah tidak menyerahkan nama calon Perdana Menteri kepada Presiden, tetapi Pergerakan Amal menyokong pencalonan Saad.

Wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan, Jan Kubis dalam Twitter berkata, pemilihan semula Saad dijangka akan membawa perubahan politik. - AFP
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,616
Reaction score
583
Points
121
baik hati Perancis ni ye tlg settle hutang Lubnan.

tak marah ke org2 Perancis? duit depa tu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register