KRISIS Ekonomi n Politik DI Lubnan | Saad Hariri kembali menjadi PM Lubnan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
French President Emmanuel Macron in Lebanon for a two-day visit


 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
TOPSHOT-LEBANON-POLITICS-BLAST_1599013578.jpg

Perdana Menteri Lubnan yang baharu dilantik, Mustapha Adib (tengah) melawat kejiranan Gemmayzeh yang teruk terjejas akibat Letupan Beirut pada 4 Ogos 2020. Foto AFP

Bentuk Kabinet Lubnan dalam dua minggu lagi

BEIRUT: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengesahkan pemimpin Lubnan sedang melakukan persiapan untuk membentuk kabinet krisis dalam tempoh dua minggu lagi dalam usaha mendorong ke arah perubahan penting selepas bencana, awal bulan lalu.


Macron mengumumkan perkara itu selepas membuat lawatan di Beirut, lawatan kali kedua beliau sejak letupan dahsyat yang berlaku ibu kota itu pada 4 Ogos lalu yang meragut lebih 180 nyawa.

Insiden itu sekali gus meninggalkan pelbagai jenis sisa buangan di seluruh bandar selain mencetuskan kemarahan rakyat terhadap politik elit di negara berkenaan.

Macron menghadiri sambutan menghormati perayaan ulang tahun Lubnan, tidak lama selepas pemimpin politik memutuskan pelantikan Perdana Menteri baharu, Mustapha Adib, untuk menubuhkan kabinet dan memimpin negara itu keluar daripada pergolakan politik dan krisis ekonomi yang sudah melanda sebelum letupan di pelabuhan itu lagi.

"Tanpa pengecualian, semua parti politik memberi komitmen bahawa pembentukan kerajaan tidak akan mengambil masa lebih daripada 15 hari," katanya.

Macron menetapkan cita-cita tinggi dalam kunjungan kali kedua ke Lubnan, iaitu untuk mendesak perubahan mendalam tanpa dilihat sebagai campur tangan terhadap negara yang pernah berada di bawah mandat Perancis sebelum ini.

"Ini adalah peluang terakhir bagi pembangunan semula sistem Lubnan... saya membuat pertaruhan berisiko dan saya sedar mengenainya... saya meletakkan satu-satunya perkara yang saya ada iaitu modal politik saya," katanya melalui berita laman web, Politico.

Macron bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik terkemuka Lubnan di saat pertempuran terjadi di pusat Beirut membabitkan pihak berkuasa keselamatan dan penunjuk perasaan yang menolak perdana menteri baharu.

Salah seorang mereka turut memegang poster yang mendesak Macron supaya tidak bekerjasama dengan pelaku rasuah dan penjenayah.

Pemimpin Perancis itu tiba Isnin lalu, beberapa jam selepas bekas duta besar di Jerman yang juga ahli akademik, Mustapha, 48, dimuktamadkan untuk membentuk kerajaan baharu.

Macron, yang menggambarkan pendiriannya terhadap perkembangan politik Lebanon sebagai 'desakan tanpa campur tangan' berkata, beliau tidak mempunyai kuasa meluluskan pelantikan Mustapha.

Macron berkata, Mustapha yang ditemui pada Isnin dan Selasa sudah diberikan segala 'alatan' untuk berjaya supaya beliau boleh melaksanakan perubahan yang lama dituntut oleh komuniti antarabangsa. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
PM baharu Lubnan mahukan kepercayaan rakyat

BEIRUT: Pemimpin Lubnan semalam melantik Perdana Menteri baharu, Mustapha Adib, untuk menangani krisis ekonomi dan politik di negara ini.

Mustapha, 48, bekas Duta Lubnan ke Jerman, dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen, mengakui keperluan untuk membentuk kerajaan dan memulakan pelaksanaan pembaharuan dengan segera.

Beliau turut berikrar menyambung semula perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan bantuan berikutan Lubnan kini bergelut dengan krisis ekonomi terburuk selepas perang saudara 1975-1990, selain trauma dengan tragedi letupan besar di Pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu.

"Saya mahukan kepercayaan anda," katanya kepada penduduk ketika melawat lokasi insiden itu, sebagaimana yang didengari oleh koresponden AFP. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
Mustapha Adib becomes Lebanon’s new PM-designate


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
Clashes erupt as Lebanon marks centenary


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
Lebanese pessimistic about economic recovery


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
Perancis, AS berbeza pandangan isu Hezbollah
819156.jpg


KETIKA menyentuh tentang Lubnan, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis mempunyai pandangan yang sama.

Bagaimanapun, satu perbezaan utama adalah melibatkan pergerakan Hezbollah yang dijauhkan oleh Washington tetapi ditoleransi oleh kepimpinan Paris yang pragmatik.

Apabila AS berusaha untuk meminggirkan dan menghalang pengaruh kumpulan disokong Iran itu yang dilabelnya sebagai sebuah pertubuhan pengganas, Perancis pula mengiktirafnya sebagai aktor politik utama kerana kerjasamanya diperlukan bagi mengeluarkan Lubnan daripada krisis.

Kerajaan Lubnan meletakkan jawatan pada bulan lalu di tengah-tengah kemarahan rakyat berikutan letupan besar di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu yang membunuh 191 orang, ribuan cedera dan memusnahkan sebahagian besar ibu kota negara tersebut.

Kedua-dua kuasa Barat itu bersetuju bahawa Lubnan memerlukan satu Kabinet yang berbeza daripada sebelum ini bagi menyelesaikan pembaharuan di Beirut dengan segera.

"Pendekatan Perancis cenderung menjadi lebih realistik," kata seorang penganalisis, Karim Bitar kepada AFP.

"Perancis melihat Lubnan seperti yang ada sekarang manakala pentadbiran Trump (Presiden AS, Donald Trump) cenderung melihat Lubnan seperti apa yang ia mahukan," ujarnya.

Pandangan AS ialah Hezbollah mempunyai pengaruh yang tidak terbatas di negara itu yang perlu dibendung," tambah Karim.

Hezbollah sebelum ini merupakan satu-satunya kumpulan yang tidak meletakkan senjata selepas perang saudara tercetus pada tahun 1975 hingga 1990.

Bagaimanapun, Paris mengiktiraf kumpulan itu di Lubnan sebagai aktor politik utama yang mempunyai sebuah kawasan mengundi yang besar dalam golongan komuniti Syiah, ujar Karim.

819154.jpg


AS telah memerhatikan dengan rapat manakala Presiden Perancis, Emmanuel Macron melawat negara itu sebanyak dua kali sejak 4 Ogos lalu untuk mendesak supaya perubahan politik dan pembaharuan dilakukan bagi 'membukakan' satu bantuan kewangan.

Semasa lawatannya, pemimpin tersebut membezakan dua wajah Hezbollah.

Wajah pertama ialah ia dianggap sebagai sebuah kumpulan pengganas.

Satu lagi wajahnya ialah Hezbollah sebagai sebuah parti politik yang dipilih oleh pengundi ke parlimen dan bersekutu dengan parti presiden Lubnan yang tidak boleh diketepikan daripada ruang perbincangan.

Ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah positif dengan lawatan Macron dengan tidak melabelkannya sebagai campur tangan asing.

Pemimpin blok parlimen pergerakan Syiah, Mohammad Raad merupakan antara wakil rakyat yang bertemu dengan Macron sebelum dia berkata, semua pihak sudah bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan baharu dalam tempoh dua minggu.

Perancis yang telah menggariskan satu pelan damai untuk pembaharuan bagi kerajaan baharu, mahu mengekalkan satu rangkaian dialog dengan Hezbollah bagi mengelak ketidakstabilan Lubnan, kata Karim.

Paris melihat ia sebagai broker yang jujur untuk melakukannya ketika kemuncak ketegangan antara Washington dengan Tehran.

Perancis jadi orang tengah


Para pemerhati berkata, Perancis merupakan satu-satunya kuasa Barat mengekalkan hubungan secara langsung dengan Hezbollah dan menyatakan, duta Perancis ketika ini pernah memegang jawatan yang sama di Tehran.
"Terdapat hubungan secara langsung antara Paris dengan Hezbollah," kata seorang diplomat Arab di Beirut kepada AFP.

Washington kini dalam persediaan untuk mengadakan pilihan raya presiden AS dan ia kelihatan memberikan Perancis peluang ke atas Lubnan.

"Amerika telah menetapkan satu syarat bahawa Hezbollah tidak akan mengambil bahagian dalam kerajaan (baharu). Tetapi, Amerika boleh 'berpura-pura tidak melihat' ke arah Hezbollah jika terdapat satu perjanjian dan pembaharuan," kata diplomat berkenaan.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Hal Ehwal Asia Barat AS, David Schenker yang turut melawat Lubnan pada minggu lalu memberitahu akhbar An-Nahar bahawa Washington menghargai inisiatif Perancis.

Bagaimanapun katanya, AS berbeza pandangan dalam beberapa perkara termasuk Hezbollah bukannya sebuah pertubuhan politik yang sah tetapi sebuah kumpulan pengganas.

Dia tidak menemui tokoh-tokoh utama politik sebaliknya berjumpa dengan ketua tentera, Joseph Aoun iaitu seorang wakil rakyat yang telah meletakkan jawatan selepas letupan di pelabuhan Beirut, aktivis-aktivis masyarakat awam dan tokoh Syiah yang menentang Hezbollah.

Seorang tokoh Syiah memberitahu AFP bahawa Schenker berkata ketika dalam pertemuan mereka bahawa pertubuhan itu tidak boleh dipercayai untuk mengetuai pembaharuan.

"Hezbollah telah diberikan peluang yang cukup banyak sejak tahun 2015 untuk babitkan diri di dalam negara dan kelakuannya tidak berubah," kata satu sumber itu yang melaporkan kenyataan Schenker.

AS telah menuntut Hezbollah untuk meletakkan senjata tetapi turut mendesak satu minoriti politik di Lubnan bahawa negara tersebut perlu berkecuali dan memutuskan hubungan dengan Iran serta menjauhkan konflik di rantau tersebut.

Kebanyakan puak politik di Lubnan telah menerima bahawa pergerakan Syiah merupakan sebuah pasukan ketenteraan untuk berjuang bersama dan aktor politik yang mewakili semua cawangan di negara itu bersama sekutu-sekutunya yang ketika ini mendominasi parlimen.

Ketika memberikan reaksi terhadap Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo yang mendesak senjata-senjata Hezbollah akan ditangani sebagai keutamaannya, pemimpin Druze, Walid Jumlatt dalam wawancara menerusi televisyen pada minggu lalu berkata, penyelesaian itu akan berlaku menerusi politik.

"Biarkan Pompeo lupakan tentang roket buat masa ini. Perkara itu akan diselesaikan melalui politik apabila tiba masanya," ujarnya. - AFP

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/100298/GLOBAL/Perancis-AS-berbeza-pandangan-isu-Hezbollah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
US sanctions Lebanese allies of Hezbollah for first time


 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,850
Reaction score
3,887
Points
201
Lubnan perlu kerajaan berwibawa sebelum terima dana

BEIRUT: Kesatuan Eropah (EU) untuk pengurusan krisis, Janez Lenarcic meminta pembentukan segera kerajaan berwibawa di Lubnan sebelum fasa kedua sokongan kewangan untuk negara yang dilanda krisis dapat diberikan.


Beliau mengatakan bahawa EU menggerakkan 64 juta euro (RM315 juta) untuk tindak balas kecemasan terhadap letupan pelabuhan yang mengorbankan lebih dari 190 orang dan mencederakan ribuan orang di Beirut, pada 4 Ogos lalu.

Pusingan bantuan seterusnya adalah untuk pembinaan semula tetapi ia harus berjalan seiring dengan reformasi kerana masyarakat antarabangsa tidak bersedia menyokong tindakan yang menyebabkan keruntuhan kewangan dan krisis ekonomi.

Susulan tragedi letupan itu, Lubnan menolak sebarang penyelidikan antarabangsa dan akan melakukan siasatan sendiri dengan dibantu oleh pakar asing.

"Kami memerlukan kerajaan yang berwibawa yang dapat memberikan kepercayaan rakyat Lubnan dan bertekad untuk membawa negara ke arah yang positif.

"Politik Lubnan harus menyediakan apa yang diminta oleh rakyatnya dan ini juga yang diharapkan oleh masyarakat antarabangsa. Saya bercakap mengenai pemerintahan bukan hanya reformasi ekonomi.

"Pasti ada perubahan cara pemerintahan negara ini, "katanya sebaik tiba di Lubnan dengan menaiki penerbangan bantuan kemanusiaan.

Masalah ekonomi terburuk di Lubnan berlaku sejak perang 1975-1990 menyaksikan mata wang tempatan menjunam terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) dan kemiskinan meningkat dua kali ganda kepada lebih daripada separuh penduduk.

Kerajaan menyalahkan Gabenor Bank Pusat, Riad Salameh atas krisis itu walaupun beliau menolak semua tuduhan berkenaan.

Lenarcic berkata, mencapai kesepakatan dengan Tabung Bank Dunia (IMF) juga harus menjadi keutamaan awal bagi kerajaan seterusnya dan IMF berusaha untuk membantu Lubnan mengatasi krisis sosial dan ekonomi.

Sementara itu, merujuk kepada gerakan Hezbollah, situasi itu adalah realiti di Lubnan dan mahu melihat semua kelas politik disatukan.- AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register