KRISIS Ekonomi n Politik DI Lubnan | Saad Hariri kembali menjadi PM Lubnan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,847
Reaction score
3,887
Points
201
Separuh rakyat Lubnan dalam kemiskinan sebelum letupan

BEIRUT: Lebih separuh penduduk di Lubnan berdepan kemiskinan akibat krisis ekonomi yang teruk, sebelum tragedi letupan di pelabuhan Beirut berlaku, menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk Asia Barat (ESCWA).

Menurut ESCWA, dianggarkan 55 peratus penduduk di negara itu kini terperangkap dalam kemiskinan.

Angka pada Mei lalu itu hampir dua kali ganda daripada kadar 28 peratus untuk tahun lalu.

Kemiskinan melampau meningkat hingga sekitar 23 peratus berbanding lapan peratus pada 2019.

Krisis ekonomi dan politik Lubnan semakin teruk pada 4 Ogos apabila letupan besar di pelabuhan Beirut mengorbankan 181 orang, mencederakan ribuan orang dan merosakkan kawasan besar di ibu kota.

Bencana itu terjadi ketika krisis kewangan terburuk di negara berkenaan dalam beberapa dekad yang menyaksikan puluhan ribu kehilangan pekerjaan atau sebahagian besar pendapatan mereka, bahkan ketika wabak COVID-19.

Anggaran rasmi terakhir kadar kemiskinan di Lubnan ialah 45 peratus.

Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menyatakan puluhan ribu orang kini berdepan dengan situasi kehilangan sumber pendapatan selepas letupan Beirut.

"Lebih 70,000 pekerja dianggarkan kehilangan pekerjaan akibat ledakan itu, dengan implikasi langsung kepada lebih 12,000 isi rumah," katanya.

ESCWA menyatakan golongan kelas menengah Lubnan menyusut dari 57 peratus pada 2019 kepada 40 peratus tahun ini, dan memberi amaran ramai warga Lubnan akan berhijrah.

"Cabaran sebenar dihadapi Lubnan ialah kumpulan ini yang mewakili sebahagian besar modal insan negara itu ingin berhijrah supaya dapat menghindari peluang ekonomi yang tidak menentu di Lubnan," katanya.

Beberapa bulan kebelakangan ini, orang kelas menengah Lubnan kecewa dengan kejatuhan mata wang tempatan, bank-bank yang memerangkap simpanan dolar mereka dan perkhidmatan awam yang semakin merosot, menyebabkan mereka berhasrat mencari kehidupan lebih baik di luar negara.

Sementara itu, Jumaat lalu, Lubnan memulakan sekatan pergerakan selama dua minggu akibat COVID-19 dengan kes jangkitan dilaporkan sebanyak 10,347 termasuk 109 kematian. - AFP
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,847
Reaction score
3,887
Points
201
Wakil peniaga umum langgar perintah berkurung Lubnan

BEIRUT: Seorang wakil sektor hospitaliti Lubnan pada Selasa berkata, perniagaan berasaskan pelancongan dan perkhidmatan tidak lagi akan mematuhi peraturan perintah berkurung, yang memburukkan situasi ekonomi negara.

"Bermula esok, kami akan membuka semua pintu," kata ketua Persatuan Pemilik Restoran, Kafe, Kelab Malam dan Kedai Pastri, Tony Ramy,

"Kami tak peduli lagi dengan keputusan tidak masuk akal untuk melaksanakan perintah berkurung, sama ada secara penuh atau separuh," katanya dalam satu wawancara menerusi televisyen, dari sebuah jalan di Beirut yang terjejas teruk akibat tragedi letupan pada 4 Ogos lalu.

Seorang jurugambar AFP berkata, puluhan individu berhimpun bagi menyokong kenyataan dibuat Ramy, segelintir membawa sepanduk bertulis "Pelancongan adalah nadi Lubnan" dan "Untuk kami, negara lenyap bersama letupan".

Pengisytiharan itu, dibuat bagi pihak lembaga pelancongan yang turut mewakili hotel dan resort di tepi laut, empat hari selepas pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung dua minggu, bagi membendung peningkatan jumlah jangkitan dan kematian harian akibat COVID-19.

Lubnan mencatatkan 13,687 kes COVID-19 dan 138 kematian.

Di bawah peraturan terbaru, semua pusat beli belah, kelab malam, gimnasium, kolam renang, restoran dan kedai kopi diarah ditutup.

Restoran, kedai kopi dan pastri boleh menyediakan perkhidmatan penghantaran namun hanya dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 6 petang (waktu tempatan). - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,847
Reaction score
3,887
Points
201
Lubnan berdepan perang saudara jika tidak dibantu - Macron

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Jumaat memberi amaran Lubnan berdepan risiko perang saudara jika dibiarkan bersendirian menangani krisis susulan letupan besar di pelabuhan Beirut awal bulan ini.

Pandangan itu disuarakan ketika Macron melakukan persiapan mengunjungi Lubnan pada Isnin dalam usaha memberi tekanan kepada pemimpin negara itu untuk melakukan reformasi radikal susulan letupan yang mengorbankan 181 orang dengan ratusan lagi cedera.

Paris dilihat tidak senang dengan perkembangan di Lubnan yang disifatkan perlahan dalam membentuk kerajaan baharu bagi melakukan reformasi selepas berlaku ledakan yang didakwa berpunca daripada simpanan ammonium nitrat yang ditinggalkan selama bertahun-tahun di sebuah gudang.

Rakyat Lubnan menyalahkan pemerintah dalam kejadian itu yang didakwa mereka terbabit dalam nepotisme, rasuah dan pengabaian sejak perang saudara bermula 1975 hingga 1990.

Macron menegaskan Perancis akan mematuhi dasar 'menuntut tanpa campur tangan' dan menunggu reformasi dilakukan termasuk meluluskan undang-undang antirasuah dan mereformasikan kontrak awam, sektor tenaga dan sistem perbankan.

"Jika kita tidak melakukan ini, ekonomi Lubnan akan runtuh dan yang menjadi mangsa adalah rakyat Lubnan," katanya. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,847
Reaction score
3,887
Points
201
LEBANON-BLAST-HERITAGE_1598788784.jpg

Tentera Lubnan berjalan melewati sebahagian bangunan tradisional yang musnah akibat letupan di Pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu. Foto AFP

Separuh penduduk Lubnan berdepan kekurangan makanan: PBB

BEIRUT: Lebih separuh daripada penduduk Lubnan berdepan risiko krisis makanan, susulan tragedi letupan di pelabuhan Beirut, kata agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

"Lebih separuh populasi penduduk berdepan risiko kegagalan memperoleh bekalan makanan asas menjelang akhir tahun ini.

"Pendekatan segera perlu diambil bagi mengelakkan krisis makanan ini daripada berlaku," kata Rola Dashti, Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Barat PBB (ESCWA).

Kerajaan Lubnan katanya, perlu memberi keutamaan terhadap pembinaan semula struktur penyimpanan di pelabuhan Beirut, iaitu gudang bijirin terbesar negara itu.

Lubnan dilanda kemelut ekonomi walaupun sebelum tragedi letupan berkenaan berlaku pada 4 Ogos lalu, yang meragut 188 nyawa, mencederakan ribuan lain dan memusnahkan sebahagian besar ibu negara.

Negara berkenaan terjerat dalam hutang, manakala nilai mata wang menjunam akibat pasaran gelap, menyebabkan kadar kemiskinan semakin meningkat dan ia diburukkan oleh pandemik COVID-19.

"Kadar purata inflasi tahunan dijangka melebihi 50 peratus pada 2020, berbanding 2.9 peratus tahun sebelumnya," kata ESCWA dalam satu kenyataan.

Lubnan bergantung kepada import makanan sebanyak 85 peratus dan kemusnahan struktur penyimpanan di pelabuhan Beirut boleh memburukkan keadaan sedia ada, kata agensi bantuan dan pakar. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,847
Reaction score
3,887
Points
201
Presiden Lubnan seru perisytiharan negara sekular

BEIRUT: Presiden Lubnan, Michel Aoun, menyeru perisytiharan 'negara sekular' dalam ucapan menjelang sambutan 100 tahun pewujudan Lubnan yang disiarkan melalui televisyen, semalam.

"Saya menyeru perisytiharan Lubnan sebagai sebuah negara sekular," katanya dalam ucapan yang menyusuli tragedi letupan besar di pelabuhan Beirut pada awal bulan ini dan keadaan krisis ekonomi semakin meruncing.

Beliau berkata, langkah itu adalah satu-satunya cara untuk 'melindungi dan memelihara pluralisme' serta mewujudkan perpaduan sebenar.

"Belia Lubnan mahu perubahan... untuk diri dan masa depan mereka," kata presiden berusia 85 tahun itu yang sekian lama dituduh oleh penunjuk perasaan sebagai tidak berhubung dengan golongan belia di negara berkenaan.

"Saya kata ya, masanya telah tiba. Ada keperluan untuk membangunkan, mengubah suai dan menukar sistem," katanya.

Aoun berkata, beliau akan mengadakan dialog, termasuk dengan pihak berkuasa agama dan pemimpin politik, untuk mencapai 'satu formula yang diterima oleh semua orang serta bakal termaktub dalam pindaan perlembagaan bersesuaian'.

Beliau dijangka bertemu perwakilan daripada blok Parlimen dan wakil rakyat bebas, hari ini, untuk memulakan rundingan ke arah menamakan pemimpin baharu selepas kerajaan meletakkan jawatan susulan insiden letupan di Beirut. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,847
Reaction score
3,887
Points
201
FILES-GERMANY-LEBANON-POLITICS_1598840668.jpg

(Gambar fail) Duta Lubnan ke Berlin, Mustapha Adib. - FOTO AFP

Duta disokong sebagai calon Perdana Menteri Lubnan

BEIRUT: Ahli politik terkemuka Sunni di Lubnan semalam menyatakan sokongan kepada duta negara itu ke Berlin, Mustapha Adib, sebagai calon Perdana Menteri yang seterusnya.

Pemilihan diplomat berusia 48 tahun itu diputuskan sehari sebelum rundingan Parlimen bermula untuk menamakan Perdana Menteri yang baharu, beberapa jam menjelang lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Majoriti wakil rakyat mesti membuat keputusan berhubung calon Perdana Menteri sebelum Presiden Michel Aoun menugaskan individu terbabit untuk membentuk kerajaan baharu di mana secara lazim proses berkenaan boleh memakan masa hingga berbulan-bulan.

Sekumpulan bekas Perdana Menteri meliputi ahli politik terkemuka Sunni, Saad Hariri, mengumumkan keputusan memilih Mustapha selepas meneliti beberapa nama.

"Mesyuarat bersetuju menamakan duta, Mustapha Adib, sebagai Perdana Menteri," kata bekas Perdana Menteri, Fouad Siniora, dalam satu kenyataan yang turut menekankan supaya pembentukan kerajaan disegerakan.

Kerajaan terdahulu Lubnan yang diketuai oleh Hassan Diab, meletak jawatan selepas insiden letupan besar ammonia nitrat di pelabuhan ibu kota ini pada 4 Ogos lalu sehingga mengorbankan sekurang-kurang 188 mangsa dan mencederakan ratusan lagi, selain mengakibatkan kemusnahan di pusat Beirut.

Insiden itu berlaku ketika Lubnan sedang dilanda krisis ekonomi terburuk dalam tempoh beberapa dekad, di samping bergelut dengan penularan COVID-19 dan ketidakpuasan hati rakyat yang meluas terhadap landskap politik negara ini.

Peserta tunjuk perasaan besar-besaran sejak 17 Oktober lalu bagi menentang ahli politik yang didakwa terbabit rasuah dan tidak cekap, sudahpun menolak sebarang nama yang mungkin diketengahkan hasil rundingan Parlimen.

"Kami menolak hasil rundingan Parlimen, yang sudah diketahui lebih awal dan seperti biasa akan membawa kepada kononnya kerajaan perpaduan nasional, iaitu yang disusun di luar negara," kata Naji Abou Khalil, ahli parti pembangkang National Bloc yang menyokong gerakan tunjuk perasaan itu.

Mustapha memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains politik dan pernah mengajar di sebuah universiti di Lubnan sebelum dinamakan sebagai Duta Lubnan di Jerman pada 2013.

Beliau juga memiliki hubungan rapat dengan bekas Perdana Menteri dan jutawan, Najib Mikati. - AFP.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,847
Reaction score
3,887
Points
201
Lebanon appoints Mustapha Adib as new PM
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,847
Reaction score
3,887
Points
201
Lebanon PM designate Adib pledges reforms, IMF deal


 
Sponsored Post
Top
Log in Register