KRISIS Ekonomi n Politik DI Lubnan | Perlu kerajaan berwibawa sebelum terima dana

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,489
Reaction score
3,195
Points
201
Lebanon recycles Beirut's shattered glass

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,489
Reaction score
3,195
Points
201

Lebanon faces another brain drain due to concerns over the economy and security following last month’s Beirut explosion. Many professionals are making plans to leave. Some have already gone.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,489
Reaction score
3,195
Points
201
Perdana Menteri Lubnan yang baru dilantik letak jawatan

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan yang baru dilantik, Mustapha Adib meletak jawatan pada Sabtu kerana gagal membentuk Kabinet dalam usaha membebaskan negara itu daripada krisis ekonomi terburuk sejak beberapa dekad lalu.

Pimpinan terdahulu mengundurkan diri selepas insiden letupan besar di Beirut pada 4 Ogos lalu yang mengorbankan lebih 190 orang, selain mencederakan ribuan dan memusnahkan ibu kota Lubnan.

Sejak dicalonkan pada 31 Ogos lalu, Mustapha ditekan untuk membentuk Kabinet baharu secepat mungkin bagi melakukan reformasi yang diperlukan dalam usaha membawa masuk bantuan asing berjumlah berbilion dolar.

"Saya meminta diri daripada meneruskan tugas membentuk kerajaan," kata Mustapha dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

"Saya minta maaf kepada rakyat Lubnan... atas ketidakmampuan saya untuk merealisasikan aspirasi untuk pasukan reformasi," katanya.

Di Lubnan, pembentukan kerajaan boleh berlanjutan sehingga berbulan-bulan, di mana perlunya perjanjian pembahagian kuasa antara parti politik bertujuan mengekalkan keseimbangan politik antara semua pihak.

Ini bermaksud, secara amalannya semua parti politik utama mesti menyetujui keputusan besar termasuk penyusunan Kabinet masa depan sebelum diserahkan untuk persetujuan Parlimen.

Usaha Mustapha untuk membentuk barisan baharu Kabinet disekat secara berkesan oleh parti utama yang mewakili komuniti Syiah di Lubnan iaitu Amal dan Hizbullah.

Kedua-dua pihak menolak untuk berganjak daripada permintaan mengekalkan Kementerian Kewangan di bawah kawalan mereka.

Mustapha adalah bekas duta besar berusia 48 tahun yang kurang dikenali.

Beliau dinamakan beberapa jam sebelum Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan lawatan kedua ke negara itu sejak letupan besar berlaku pada 4 Ogos di Lubnan, bagi mendesak pembentukan kerajaan reformasi.

Macron berkata beliau memperoleh komitmen daripada semua parti politik di Lubnan untuk membantu Mustapha dalam tempoh dua minggu.

Bagaimanapun, Mustapha gagal meraih sokongan daripada parti berkenaan.

Pengunduran Mustapha menjadikan individu itu perdana menteri ketiga atau calon perdana menteri yang berundur daripada jawatan itu kurang satu tahun. - AFP
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,489
Reaction score
3,195
Points
201
Lebanon's Prime Minister designate Mustafa Adib resigns | DW News

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,489
Reaction score
3,195
Points
201
Macron tuduh pemimpin Lubnan khianat, penyebab kegagalan kerajaan

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Ahad menuduh pemimpin Lubnan mengkhianati janji mereka berhubung kegagalan menubuhkan kerajaan selepas letupan besar yang menggemparkan di pelabuhan Beirut, Ogos lalu.

Dalam sidang media luar biasa khusus untuk Lubnan itu, Macron berkata, elit politik itu memutuskan "untuk mengkhianati" kewajipan mereka dan melakukan "pengkhianatan kolektif" dengan gagal menubuhkan kerajaan.

Perdana Menteri Lubnan, Mustapha Adib meletak jawatan Sabtu lalu, dengan mengatakan beliau tidak dapat membentuk sebuah kerajaan dengan reformasi.

"Mereka memutuskan untuk mengkhianati komitmen ini (untuk membentuk kerajaan)," kata Macron kepada wartawan dan menyatakan beliau malu dengan pemimpin negara itu.

"Saya melihat pihak berkuasa Lubnan dan kuasa politik memilih untuk memihak kepada kepentingan partisan mereka dan individu sehingga merugikan kepentingan umum di negara itu," katanya.

Beliau juga memberi peringatan tegas kepada Hizbullah, kelompok Syiah yang disokong Iran, yang diwakili dengan baik dalam kerajaan terdahulu dan beberapa penganalisis mendakwa ia menghentikan proses itu.

"Hezbollah seharusnya "tidak berfikir ia lebih berkuasa daripada yang sepatutnya... ia mesti menunjukkan yang ia menghormati rakyat Lubnan. Dalam beberapa hari kebelakangan ini, ia dengan jelas menunjukkan sebaliknya," kata Macron.

Macron yang melawat Lubnan sebanyak dua kali selepas letupan mengejutkan itu, berulang kali mendesak Lubnan supaya tidak lagi membuang masa dalam membentuk kerajaan.

Letupan membabitkan ratusan tan ammonium nitrat di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu itu membunuh lebih 190 mangsa, mencederakan ramai orang dan memusnahkan sebahagian besar ibu negara itu.

Bencana itu mencetuskan protes baharu mengenai rasuah dan salah urus, yang mendorong kerajaan sebelum ini berundur. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register