BTC USD 60,947.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Krisis China & India - Insiden Kematian Pertama Dalam Tempoh 45 Tahun

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721

India tingkatkan sistem ketenteraan, persediaan hadapi China​


NEW DELHI: Rancangan India yang sekian lama tertangguh bagi membaik pulih sistem ketenteraan mula menampakkan hasil selepas Perdana Menterinya, Narendra Modi menjalin kerjasama erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, sekali gus memperkukuh kerjasama pertahanan bagi menentang China.

Modi yang menghadiri sidang kemuncak pemimpin Dialog Keselamatan Kuadrilateral (Quad) hari ini bersama rakan sejawatnya dari Australia, Scottt Morrison dan Jepun (Yoshihide Suga) sedang mengatur langkah untuk melakukan rombakan semula terbesar tentera India sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1947.

Langkah untuk menggabungkan tentera darat, udara dan laut yang kini beroperasi dengan koordinasi yang longgar tercetus selepas AS dan United Kingdom (UK) bekerjasama dengan Australia untuk menempatkan lebih banyak kapal selam berkuasa nuklear di perairan Asia Pasifik.

Menurut seorang pegawai bulan lalu, Jabatan Hal Ehwal Ketenteraan yang baru ditubuhkan, mengarahkan tentera India mengawasi sempadan Pakistan untuk menyusun pelan supaya dapat diwujudkan integrasi dengan tentera laut dan udara.

Katanya, model itu akan diadaptasi di seluruh negara bagi membolehkan seluruh tentera berada di bawah struktur operasi baharu pada 2024.

Gabungan angkatan tentera itu akan memudahkan India berhubung dengan tentera dari AS dan sekutunya jika tercetusnya sesebuah konflik.

"Rakan kerjasama Quad sebelum ini mendapati mereka hanya dapat mengerah satu perkhidmatan ketenteraan India dalam satu masa, sebagai contoh, menggunakan khidmat tentera laut tanpa tentera udara atau sebaliknya.

"Perkara ini menyukarkan kerjasama memandangkan banyak operasi tidak dapat dilakukan secara bersama," kata Felo Penyelidik Kanan di Kolej Keselamatan Nasional, Universiti Kebangsaan Australia, Dr David Brewster.

Sejak beberapa dekad lalu, pemimpin India melakukan pemisahan membabitkan arahan dan kawalan ketenteraan bagi mengelakkan rampasan kuasa yang banyak berlaku di sekitar kejiranannya. - BLOOMBERG
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register