BTC USD 61,092.7 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Krisis China & India - Insiden Kematian Pertama Dalam Tempoh 45 Tahun

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Selepas laporan media mula menyebut tentang konflik antara India dan China yang (ketika itu) sedang berlaku di Ladakh, khasnya di kawasan yang dikenali dengan nama Pangong Tso - banyak pihak menarik nafas lega selepas keadaan mula reda.

Screenshot-1994.jpg


Tindakan China bersetuju untuk menarik keluar pasukan tentera mereka 2 km pada tarikh 10 Jun 2020 daripada garis sempadan dilihat sebagai petanda baik konflik itu berjaya diselesaikan dengan jalan diplomasi.

Bagaimanapun, laporan yang baru saja dikeluarkan oleh kerajaan India pada 17 Jun 2020 menunjukkan perkembangan tidak sihat - selepas insiden kematian telah berlaku akibat pertempuran, menamatkan tempoh tenang 45 tahun yang berjaya dikekalkan.


Menamatkan rekod bersih 45 tahun

Screenshot-1995.jpg


Walaupun pertempuran dalam skala kecil tanpa tembakan dan peluru kerap kali berlaku di garisan sempadan yang memisahkan India dan China, sudah 45 tahun belum ada kehilangan nyawa dilaporkan.

Malangnya, dalam pertempuran terbaru ini kerajaan India melaporkan seramai 20 orang anggota tentera mereka telah terkorban.

Beberapa insiden sebelum ini sudah berlaku dan mengorbankan nyawa anggota tentera kedua-dua negara bertempur. Antaranya adalah insiden pertempuran dua kali pada bulan September dan Oktober tahun 1967.

Dua pertempuran itu yang berlaku di titik sempadan yang dikenali dengan nama Nathu La dan Cho La, menjadi konflik sempadan paling banyak mengorbankan nyawa askar kedua-dua negara setakat ini.


428 kematian dalam dua pertempuran

Screenshot-1996.jpg


Insiden bulan September tahun 1967 didakwa dimulakan oleh tindakan askar China menyerang pegawai-pegawai tentera India yang ketika itu ditugaskan memasang pagar, di titik sempadan Nathu La yang dikuasai India.

Perang selama 5 hari itu akhirnya tamat setelah kedua-dua negara berjaya mengadakan gencatan senjata.

Kejadian kedua pula berlaku pada bulan Oktober tahun yang sama, akibat pertengkaran antara kedua-dua pasukan di mana kedua-dua pihak saling tuduh-menuduh antara satu sama lain melakukan pencerobohan.

Peperangan selama satu hari itu memaksa pasukan tentera China berundur daripada laluan Cho La, memberikan kemenangan mutlak kepada tentera India.

Dalam dua insiden itu, dilaporkan seramai 88 orang tentera India dan 340 tentera China terbunuh.

Insiden terakhir melibatkan kematian anggota tentera yang bertugas di kawasan itu pula berlaku pada tahun 1975, selepas kumpulan petugas India diserang hendap di sebuah laluan terpencil berdekatan Arunachal Pradesh - mengorbankan empat nyawa.

Itu adalah kali terakhir senjata api digunakan, selepas perjanjian pada tahun 1996 berjaya dicapai mengharamkan penggunaan senjata api sekiranya konflik di kawasan sempadan India dan China tercetus.


Pertempuran berdarah terbaru tahun 2020

Screenshot-1997.jpg


Disebabkan peraturan itu, anggota tentera kedua-dua negara hanya boleh bertindak balas dan bertempur dengan menggunakan buku lima serta senjata-senjata primitif seperti batu dan kayu.

Menurut laporan awal dari India, punca kejadian bermula selepas China menceroboh masuk 3 lokasi titik sempadan, mendirikan khemah dan pos pengawal walaupun arahan keluar telah diberikan.

Bagaimanapun, kisah sebaliknya pula dilaporkan oleh wakil China yang menyifatkan tentera India pula yang menceroboh masuk ke kawasan mereka.

Apa yang kita tahu setakat ini, insiden pertempuran itu berlaku semasa wakil kedua-dua negara masih lagi dalam perbincangan bagi meredakan keadaan.

Selepas perbincangan itu mencapai kata putus dengan persetujuan wakil kedua-dua negara untuk kekal mencari titik tengah secara diplomasi, kumpulan yang disertai 50 orang askar India mula menjalankan operasi untuk memeriksa sama ada tentera China benar-benar telah keluar seperti yang dipersetujui sambil meruntuh dan membakar struktur yang telah dibina China secara haram.

Walaupun begitu, operasi mereka terpaksa dihentikan selepas kumpulan 250 orang askar China dilaporkan berkumpul untuk menghalang mereka membersihkan binaan dan mendakwa pasukan tentera India itu pula telah menceroboh kawasan mereka.

Konflik yang bermula dengan pertengkaran lisan akhirnya merebak menjadi insiden lebih buruk.


Benarkah tentera China menggunakan senjata berbahaya?

Screenshot-1998.jpg


Pertempuran yang berlaku mengakibatkan kematian kepada 3 orang pegawai tentera India, khasnya ketua kepada batalion 50 orang tersebut yang berpangkat Kolonel menjadi satu kehilangan besar buat India.

Disebabkan oleh kecederaan parah yang dialami, kerajaan India melaporkan pertambahan seramai 17 orang lagi petugas mereka yang telah meninggal dunia.

China setakat ini belum melaporkan sebarang angka rasmi, tetapi dilaporkan 43 orang aska mereka cedera parah atau meninggal dunia hasil daripada maklumat yang diperolehi.

Jurucakap People's Liberation Army China bagaimanapun mengesahkan ada anggota tentera mereka yang terkorban.

Ada pihak mendakwa kadar kematian yang tinggi berlaku, disebabkan oleh tindakan askar China menggunakan batang kayu yang disaluti paku dalam menyerang musuh - namun setakat ini belum ada pengesahan tentang kebenaran dakwaan ini.


Gambar satelit jelaskan aktiviti China ketika ini

Screenshot-2000.jpg


Wakil kedua-dua buah negara sedang mengaturkan pertemuan dan perbincangan bagi mencari jalan agar keamanan dapat dikekalkan.

Beberapa gambar satelit yang berjaya diperolehi menunjukkan dakwaan pihak India terhadap China ada kebenarannya. China didapati mempergiatkan aktiviti mereka di kawasan tersebut, dengan kehadiran lebih 100 buah kenderaan di bahagian sempadan China.

Screenshot-1999.jpg


Gambar yang diambil pada 27 Mei itu dikatakan secara jelas menunjukkan bagaimana projek China untuk meratakan kawasan tersebut serta membina laluan, bakal mewujudkan insentif untuk China menguasai dan melebarkan penguasaan mereka di kawasan tersebut.

Sistem jalanraya yang telah dibina serta beberapa perubahan yang dilakukan ke atas aliran sungai dikatakan telah dilakukan secara besar-besaran oleh China, bagi membolehkan kawasan tersebut dihubungkan secara langsung dengan negara mereka.

Pada 19 Jun 2020, selepas kedua-dua kerajaan menafikan ada anggota tentera yang ditahan pihak lawan dalam insiden berdarah itu; kerajaan China membebaskan 10 orang anggota askar India termasuk empat orang berpangkat pegawai - selepas rundingan antara kedua-dua wakil negara.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
c1_2031371_1607502888.jpg

Helikopter milik tentera India dilihat meninjau banjaran pergunungan di Leh, ibu negeri bersama wilayah kesatuan Ladakh yang bersempadan dengan China. - Foto AFP

India tuduh China bantu kumpulan pemberontak

NEW DELHI: Pegawai India menuduh China membantu kumpulan pemberontak yang kini meningkatkan serangan di sempadan India dengan Myanmar sejak beberapa bulan lalu.

Ketika pertelagahan dua negara kuasa nuklear Asia itu masih berterusan di Himalaya, tuduhan terbabit membuka isu baharu pula antara India dan China.

Pegawai India mendakwa kumpulan bersenjata di Myanmar, termasuk Tentera Negara Wa Bersatu (UWSA) dan Tentera Arakan, adalah proksi Beijing.

Mereka turut menuduh China membekalkan senjata dan mendedahkan lokasi tentera India kepada kumpulan pemberontak di timur laut India.

Menurut laporan Bloomberg, pegawai terbabit mendakwa beberapa agensi keselamatan memberi amaran kepada kerajaan India bahawa sekurang-kurangnya empat pemimpin pemberontak paling dikehendaki India berada di bandar Kunming di selatan China.

Difahamkan, China melatih dan membekalkan senjata kepada kumpulan itu sejak pertengahan Oktober lalu, termasuk tiga pemberontak etnik Naga yang berjuang untuk mewujudkan negara sendiri di sempadan India-Myanmar.

Pemberontak terbabit dikatakan bertemu dengan pegawai dan pesara tentera China serta orang tengah lain bagi mewujudkan jaringan tidak rasmi.

Pegawai India berkata keadaan di sempadan Myanmar menyebabkan New Delhi bimbang tentera India semakin terdesak, ketika ketegangan terus memuncak dengan China dan Pakistan di kawasan sempadan lain sepanjang 14,000 kilometer (km).

Mereka juga memaklumkan, India mengerah beberapa batalion merangkumi 1,000 anggota tentera setiap satu, menuju ke sempadan Myanmar selepas seorang tentera terbunuh dalam serangan hendap pada 21 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Luar China menafikan tuduhan itu dan menegaskan negara itu tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.

UWSA turut menafikan ada memainkan peranan membantu atau menyokong kumpulan pemberontak India bagi pihak China.

India dan China mempunyai kepentingan strategik di Myanmar yang menjanjikan banyak manfaat ekonomi kepada kedua-dua negara

China umpamanya, melabur dalam projek saluran paip gas dan jalan darat menghubungkan wilayah Yunnan dengan Teluk Benggala.

India pula melabur dalam projek Kaladan Multimodal bernilai AS$292 juta (RM1.18 bilion) yang bakal menghubungkan negeri kurang membangun di timur laut India dengan Teluk Benggala.

Laluan ini membolehkan import eksport barangan utama dari kedua-dua negara itu dilakukan tanpa perlu melalui Selat Melaka antara Malaysia, Indonesia dan Singapura. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
Pertempuran baharu tentera di sempadan China-India

NEW DELHI: Pertempuran baharu dilaporkan berlaku di garisan kawalan sebenar (LAC) antara tentera China dan India di Sikkim berhampiran sempadan Himalaya.

Difahamkan, pertembungan tanpa senjata berlaku selepas tentera China cuba menceroboh wilayah sempadan India melalui garisan sempadan terbabit.

Tentera India menyifatkan pertembungan di Naku La itu sebagai 'pergeseran kecil' manakala Kementerian Luar China mendakwa 'tidak menerima sebarang maklumat' mengenainya.

Sumber kerajaan India pula memaklumkan, empat tenteranya cedera manakala pasukan tentera China berjaya diusir tetapi tidak diketahui berapa yang cedera dalam pergaduhan tanpa senjata itu.

Rundingan antara komander kedua-dua pasukan tentera itu semalam tidak menampakkan sebarang tanda positif bagi menyelesaikan kemelut.

Difahamkan, India tidak akan bertolak ansur dengan cubaan China memperluaskan kuasa diplomatik di rantau Asia Selatan menerusi pelaburan secara besar-besaran.

Sehubungan itu, India menyekat syarikat China melabur di India termasuk mengharamkan lebih 150 aplikasi internet dibangunkan syarikat media sosial China.

Pensyarah Kajian Hubungan Antarabangsa di Kings College, London, Harsh Pant, berkata kemelut di sempadan Himalaya itu adalah antara cubaan Beijing bagi mengukur sentimen antarabangsa terhadap tindakannya di rantau itu.

"China juga mungkin mahu menilai bagaimana reaksi pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Joe Biden, terutama berhubung tuntutan terhadap Taiwan dan wilayah maritim di Indo Pasifk dan Asia Tenggara," katanya. - AGENSI
 

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,726
Reaction score
425
Points
91
China-India kembali tegang di Naku La

955179.jpg


MEDIA-MEDIA India pada Isnin lalu melaporkan bahawa tentera China bertempur dengan tentera negara itu di Naku La, utara Sikkim, India pada 20 Januari lalu sehingga mengakibatkan anggota keselamatan kedua-dua pihak mengalami kecederaan.

Portal-portal berita antarabangsa turut menyiarkan kejadian tersebut yang berasaskan kepada laporan berita media-media India di kawasan sempadan antara kedua-dua buah negara yang dipersetujui sebelum ini.

Sikkim merupakan sebuah negeri yang terletak antara Bhutan dan Nepal iaitu kira-kira 2,500 kilometer ke timur kawasan Ladakh dan satu kenyataan tentera India menyatakan berlaku konfrontasi kecil di kawasan Naku La.

Tentera China juga dilaporkan mengalami kecelakaan dalam kejadian terbaharu tersebut tetapi ia tidak membuat sebarang komen rasmi dalam insiden tersebut yang mana kedua-dua buah negara didapati telah meningkatkan pembinaan infran=struktur di beberapa bahagian sempadan itu.

Pada Mei tahun lalu, terdapat pertempuran kecil berlaku di Naku La yang setinggi lebih 5,000 meter dan sebulan kemudian pula satu pertempuran berlaku yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 askar India terbunuh di Lembah Galwan, wilayah Himalaya di Ladakh.

Kematian askar India dalam pertempuran itu juga adalah yang kali pertama berlaku selepas empat askar dari negara berkenaan terkorban di Garisan Kawalan Sebenar (LAC) dan merupakan sempadan kedua-dua buah negara yang sepanjang 3,440 kilometer pada tahun 1975.

Askar-askar India dari pasukan rondaan Assam Raifal itu terkorban apabila mereka diserang oleh tentera China di Arunachal Pradesh.

955181.jpg


Sebelum ini kedua-dua pihak berperang pada tahun 1962 berhubung isu sempadan yang menyaksikan kekalahan New Delhi di Ladakh.

Bagaimanapun, berita pertempuran terbaharu itu didakwa palsu oleh portal berita Global Times yang memetik kenyataan daripada satu sumber dan insiden berkenaan tidak dicatat dalam buku rondaan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).

Tambahan pula, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dilaporkan memberitahu para pemberita bahawa beliau tidak mempunyai maklumat berhubung pertempuran yang didakwa berlaku di Naku La itu.

Insiden terbaharu itu dilaporkan berlaku ketika hubungan antara India dan China semakin tegang di kawasan sempadan dengan kedua-dua buah negara menempatkan puluhan ribu askar bersama senjata berat serta jet pejuang di kawasan Himalaya sejak 20 askar New Delhi dilaporkan terkorban pada tahun lalu.

India sebelum ini juga pernah menuduh China menceroboh wilayah India tetapi dinafikan oleh Beijing.

Tentera India kemudian membuat penjelasan bahawa hanya terdapat kejadian permusuhan secara bersemuka antara askar-askar negaranya dengan China di kawasan Nakula, Utara Sikkim pada 20 Januari lalu dan ia berjaya diselesaikan oleh beberapa komander tempatan.

Justeru, kenyataan itu meminta pihak media supaya tidak memperbesar-besarkan laporan tentang pertempuran tersebut yang secara faktanya tidak betul.

955180.jpg

Gambar fail menunjukkan askar-askar China di kawasan Naku La, sempadan antara China dengan India. - Foto AFP

Beberapa pegawai dilaporkan berkata, seorang anggota rondaan China didakwa cuba untuk memasuki wilayah India dan dia dipaksa memasuki kembali ke negaranya manakala terdapat beberapa laporan bahawa kayu dan batu digunakan dalam konfrontasi itu.

Bagaimanapun, tiada senjata api digunakan dalam kejadian itu.

Pengarah Pusat Kajian Asia-Pasifik di Institut Kajian Antarabangsa Shanghai, China, Zhao Gancheng memberitahu Global Times bahawa beliau tidak pasti sama ada India dengan sengaja terlibat dengan usaha untuk menghasut China.

Seorang Felo di Yayasan Penyelidikan Pemerhatian, Manoj Joshi menulis dalam portal berita The Quint menyatakan kejadian terbaharu di Naku La itu dipercayai bukan terjadi secara kebetulan terutamanya ketika ia berlaku buat kali kedua dalam tempoh lapan bulan.

Pada 8 Mei tahun lalu, ketika tentera India dan China bertempur di Naku La, ia didakwa berlaku kerana reaksi berlebihan tentera Beijing terhadap usaha New Delhi memantau latihan infantri negara jirannya itu di mukim Gamba, Tibet.

Namun, kata Joshi, insiden pada 20 Januari itu bukannya satu insiden permusuhan secara bersemuka tetapi ia dipercayai berlaku disebabkan oleh satu latihan ketenteraan tentera China yang bertujuan untuk memperkukuhkan dominannya di garisan sempadan tersebut.

Ketika mengulas mengenai insiden terbaharu itu, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan tentang harapan China terhadap isu sempadannya dengan India.

Menurut kenyataannya seperti dilaporkan portal berita Global Times bahawa China selalu menekankan tentang penyelesaian secara aman dan ia tidak akan dicapai hanya melalui hasrat daripada satu pihak sahaja. - Agensi


== sinar harian
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
INDIA-CHINA-BORDER-POLITICS-MILITARY_1613688200.jpg

Gambar menunjukkan tentera China mengosongkan kem mereka di Pangong Tso, persempadanan Himalaya. - Foto AFP

China kosongkan kem tentera di sempadan Himalaya

NEW DELHI: Imej satelit yang dikeluarkan semalam menunjukkan China sudah merobohkan puluhan struktur dan mengosongkan seluruh kem tentera di sepanjang sempadan Himalaya yang dipertikaikan dengan India.

Minggu lalu, kedua-dua negara kuasa nuklear itu bersetuju menarik balik pasukan dan kelengkapan ketenteraan masing-masing dari Pangong Tso (Tasik Pangong) di wilayah Ladakh.

Imej satelit terkini beberapa kawasan di tebing utara Pangong Tso sejak Selasa lalu menunjukkan beberapa kem tentera China yang berada di situ sejak penghujung Januari lalu sudah dipindahkan.

"Kami turut melakukan tindakan sama," kata jurucakap tentera India di New Delhi yang enggan dikenali

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh, memberitahu Parlimen, kedua-dua negara bersetuju menarik balik tentera mereka secara berperingkat dan dalam keadaan aman di sekitar Pangong Tso.

Tambah beliau, komander tentera akan melakukan perbincangan lanjut bagi mengakhiri konflik di bahagian lain di sempadan Ladakh.

Walaupun India-China sudah beberapa kali mengadakan rundingan diplomatik dan perbincangan ketenteraan, kedua-dua negara masih belum mencapai kata putus bagi perjanjian bersama sehingga bulan ini.

Ini menjadikan fasa pertama pengunduran tentera kedua-dua negara dilakukan dalam keadaan amat kritikal.

Terdahulu, video dan imej yang dikeluarkan oleh tentera India pada awal minggu ini turut memaparkan tentera China mula mengalihkan khemah, kereta kebal dan kenderaan mereka. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
India-China border row: 10th round of Corps Commander talks tomorrow | LAC | Pangong Tso | WION News

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
clashi_1613797996.jpg


China siar video pertembungan dengan tentera India di sempadan

BEIJING: China mengeluarkan rakaman video dramatik dipercayai memaparkan pertembungan antara tenteranya dengan tentera India di sempadan yang menjadi pertikaian dua negara, tahun lalu.

Kementerian Pertahanan China semalam menamakan empat tenteranya yang maut dalam pertempuran itu yang turut mengorbankan sekitar 20 tentera India.

Rakaman yang dikeluarkan syarikat media tempatan CCTV dipercayai menunjukkan tentera India bergerak ke arah askar China di Pergunungan Karakoram, membawa kayu dan perisai tertera perkataan 'Polis'.

Rakaman kemudian menunjukkan jarak dekat pertembungan kedua-dua pihak dan pertempuran dalam gelap, sebelum tentera China dilihat merawat seorang lelaki di lantai kerana kepalanya berlumuran darah.

"Mereka kini memindahkan khemah baharu yang lain di sini," kata seorang askar dalam video itu dengan mendakwa pihak India melanggar konsensus dan melintasi sempadan bagi 'membangkitkan kemarahan tentera China.

Pertempuran di sempadan Lembah Galwan pada Jun tahun lalu, adalah antara pertempuran paling tragik antara kedua-dua pihak sejak beberapa dekad lalu.

Namun, perjanjian dua hala menghalang penggunaan senjata jika berlaku konflik namun pertembungan kedua-dua pasukan keselamatan di sempadan sering membabitkan pertempuran bersenjatakan kayu dan batu serta pergaduhan.

Beijing mengakui pertempuran itu menyebabkan kematian tetapi tidak mengesahkan ada tentera China terkorban selepas insiden itu.

Kementerian Pertahanan berkata, Komander Batalion, Chen Hongjun dan tiga askar lain diberi anugerah posthumous. Media tempatan melaporkan askar termuda yang terkorban berusia 19 tahun.

India dan China sering bertelagah menerusi perang di sempadan sejak tahun 1962, selain menuduh antara satu sama lain berusaha merentas sempadan yang menjadi pertikaian dekat wilayah Ladakh India, bertentangan Tibet.

Beijing dan New Delhi kemudian menghantar puluhan ribu pasukan tambahan ke sempadan, tetapi minggu lalu, mengumumkan persetujuan untuk 'bertenang' di sepanjang kawasan sempadan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721

Ladakh standoff: India, China agree to disengage their troops from Gogra Heights | LAC | Moldo​



 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
A Bizarre article from 2013 has resurfaced on Chinese social media. It claims that Beijing will invade Taiwan by 2025 and Arunachal Pradesh by 2040. The article's nuances are laughable, the endgame is not.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register