BTC USD 37,263.6 Gold USD 1,797.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Krew Melodi Bikin Kecoh di Majlis Kawin BCL-AS

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,042
Points
1,101
PETALING JAYA: Sidang media tergempar yang diadakan oleh syarikat Ashraf Sinclair, Beyond DDB Sdn Bhd tentang dakwaan 'Melodi manipulasi fakta' ketika majlis resepsi perkahwinannya dan Bunga Citra Lestari berlangsung dalam suasana tenang pada awalnya. Tetapi keadaan bertukar rupa sebaik kedatangan krew 'Melodi' di Bukit Damansara, jam 11.30 pagi tadi.

Biarpun sidang media itu berlangsung tanpa kelibat pengantin baru, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari, namun, pengurus Beyond DDB, Amin Hussen berjaya menerangkan keadaan sebenar dan memberi gambaran tepat apa yang terjadi pada majlis resepsi perkahwinan Ashraf dan Bunga, di Hotel Saujana, Subang Jumaat lalu.

Difahamkan apa yang dipaparkan dalam Melodi semalam menggambarkan seolah-olah Bunga ‘tidak selesa’ dengan wartawan di negara ini.

Lebih memburukkan keadaan seorang wartawan hiburan sebuah akhbar tabloid, digambarkan 'ada masalah' dengan layanan kedua mempelai sedangkan situasi tersebut berlaku disebabkan perkara lain.

Dalam laporan tersebut, majlis perkahwinan Ashraf dan Bunga digambarkan sedikit tercela apabila wartawan di negara ini digambarkan seperti diberi layanan 'kelas kedua'.

Difahamkan wartawan-wartawan sudah menunggu lama untuk menemuramah pasangan pengantin baru namun kerana kesuntukan masa kedua mempelai tidak dapat memenuhi kehendak krew terbitan TV3, Melodi dan Nona yang mahukan 'ekslusif' interview bersama Ashraf-Bunga.

Perkara tersebut dikatakan menjadi titik tolak kepada laporan yang dikatakan tidak beretika dalam siaran Melodi semalam.

Dalam rancangan itu, Bunga digambarkan seperti tidak s**a dan mahu marah apabila diajukan soalan mengenai berita kehamilannya yang menjadi sebab mereka bernikah awal.

Menurut Amin, Bunga agak tertekan apabila keluarganya terpaksa meninggalkan majlis tersebut awal untuk pulang ke hotel penginapan.

Perkara tersebut telah mengganggu emosi Bunga hingga mengakibatkan berlaku pertikaman lidah. Namun Melodi menggambarkan Bunga seperti tidak s**a dengan media di negara ini.

Lebih memburukkan keadaan, disiarkan visual wartawan hiburan sebuah akhbar tabloid yang kononnya tidak puas hati dengan layanan pasangan pengantin baru itu.

Namun wartawan hiburan tersebut yang turut hadir dalam sidang media berkenaan menerangkan apa sebenarnya yang terjadi ketika itu.

“Saya malu dan sedih bila digambarkan sedemikian. Saya digambarkan macam orang gila. Hakikatnya bukan macam itu. Saya nak memudahkan kerja wartawan-wartawan yang lain sebab itu saya ajak semua dalam satu sidang media.

“Kita kena faham ini majlis kahwin. Kita perlu hormat apa yang penganjur dah sediakan untuk kita. Saya geram sangat kenapa saya digambarkan seperti itu sedangkan itu bukan hakikat sebenar yang terjadi,” kata wartawan itu.

Pertikaman lidah turut berlaku di antara Amin Hussen dan krew Melodi selepas itu. Walaupun suasana sedikit tegang tapi masih dalam keadaan terkawal dan berhemah.

Kedua-dua belah pihak melahirkan apa yang mereka rasa mengenai laporan yang disiarkan dalam Melodi semalam.

Menurut Amin, pihak pengurusan dan kedua mempelai kesal dengan laporan yang tidak tepat.

“Bukan sahaja kami kecewa, tapi kedua-dua pengantin juga kecewa dengan apa yang telah disiarkan,” kata Amin.

Tegas beliau, sidang media tersebut diadakan untuk menerangkan keadaan sebenar yang terjadi dan bukannya meminta pihak Melodi memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

“Ingin saya tegaskan di sidang media ini, kami hanya ingin menerangkan keadaan sebenar dan tidak mengharapkan pihak Melodi memohon maaf. Cuma kami sangat kesal dengan apa yang telah dilaporkan semalam.

“Kami melayan media dengan baik, tapi mereka (Melodi) memaparkan perkara yang sebaliknya,” katanya.

Menurut Amin, sehingga kini pihaknya belum lagi mengambil sebarang tindakan berhubung perkara tersebut dan mereka menyerahkan kepada pihak penerbitan Melodi untuk menjernihkan keadaan.

“Kami tidak bercadang membesarkan isu ini. Apa yang diharapkan pihak Melodi melihat kembali dan cuba betulkan kesalahan fakta seperti yang dilaporkan itu.

“Kami faham tugas wartawan namun kita perlu mengetahui apa yang sebenarnya terjadi sebelum membuat laporan sedemikian,”kata Amin.

Dalam pada itu, difahamkan, pihak Melodi yang diketuai penerbitnya Nas Ahmad, wartawan Michelle yang membuat liputan ketika perkahwinan Ashraf, tetap dengan pendirian mereka menyiarkan laporan tersebut berdasarkan fakta dan apa yang terjadi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa niat ketika menyunting laporan berkenaan. Apa yang penting saya cuba melaporkan apa yang terjadi ketika itu (majlis Ashraf-Bunga),” kata Michelle.

Jelasnya, apa yang disiarkan itu telah dimaklumkan kepada pihak atasan dan mereka meluluskannya.

“Apabila mereka beri kebenaran jadi saya siarkan,” katanya.
 
Sponsored Post

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Melodi mmg suka terjah... :))
 

rockstar

Active+ Member
Joined
Jan 7, 2007
Messages
4,833
Reaction score
33
Points
30
at last aku pong x phm..miahah sapa marah sape nih?....:)):)):))
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,520
Reaction score
19
Points
65
michele punye keja..

kalo aku kawin,michele dtg tanya mcm2,aku pn bengkek..

kita sibuk nak kawin,happy,dia sibuk nak tanya soalan..

nanti2 la...
 

epbx

Super Active Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
m a m p u s kau ler pengantin baru....
selalu syaitan menangis klau org kawin...
tp yg pasangan nie aku rasa syaitan suka sbb leh tambah
bilangan syaitan kt muka bumi:eek::eek::eek:
 

traderfox

Super Active Member
Joined
Apr 25, 2008
Messages
7,727
Reaction score
231
Points
83
Melodi ni mmg poyo ckit...budget bagus...
 

sharpshooter

Fun Poster
Joined
May 10, 2008
Messages
324
Reaction score
1
Points
15
wartawan pun kadang x agak2 ...
dalam majlis org datang bg la ucapan ke , buat liputan ke..
nie datang nak terjah...
kalau aku pun aku balinh je pakai kusi... bengong..
 

epbx

Super Active Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
michele punye keja..

kalo aku kawin,michele dtg tanya mcm2,aku pn bengkek..

kita sibuk nak kawin,happy,dia sibuk nak tanya soalan..

nanti2 la...

aku rasa kalau kau kawin krew melodi x pegi kot...
kau jgn risau ler...:D
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,369
Reaction score
3,060
Points
201
michele punye keja..

kalo aku kawin,michele dtg tanya mcm2,aku pn bengkek..

kita sibuk nak kawin,happy,dia sibuk nak tanya soalan..

nanti2 la...

Wartawan TV3 ni dah besar kepala.Rasa mereka sahaja betul.Bangsa manusia jakun tak reti hormat org.Pegi majlis kawin respect la..tak usah la dok terjah tanya soklan ke hapa.Bila apa yg mereka buat ni kontroversi maka dituduhnya org tak nak kerjasama la..itu la.Pada mereka ni buat program adu domba..lagakan org...bal..bla..Hancing la Wartawan Melodi ni.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register