KPRU gesa Najib terima pelawaan Anwar debat 17 April

CG Sponsors




Adakah anda mahu datok seri Najib berdebat dengan DSAI?


  • Total voters
    0

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136



Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Perdana Menteri di bawah kerajaan sementara, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima jemputan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0, untuk perdebatan awam dengan Pemimpin Pakatan Rakyat (PAKATAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto parti politik masing-masing.


Bagi menggalakkan budaya sihat berdebat, KPRU menggesa stesen radio utama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan siaran langsung perdebatan tersebut, supaya rakyat seluruh negara diberikan peluang untuk menonton perdebatan tersebut secara langsung.


Perdebatan manifesto itu dijadualkan untuk berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina pada 17 April (Rabu) ini.
KPRU mengalu-alukan cadangan BERSIH 2.0 mengadakan perdebatan antara Najib dan Anwar. Menurut KPRU, perdebatan awam merupakan suatu budaya politik dan pilihan raya yang sihat.

Banyak negara yang mengamalkan semangat demokrasi akan mengadakan perdebatan antara calon-calon sebelum pilihan raya, seperti perdebatan antara calon presiden di Amerika Syarikat, perdebatan antara calon presiden di Taiwan, perdebatan antara calon Ketua Eksekutif Hong Kong dan sebagainya. Calon-calon yang menyertai debat diberi platform politik untuk berkomunikasi dengan orang ramai, dipersoalkan oleh orang awam dan serta membincangkan idea lawan.


KPRU berpendapat, walaupun perdebatan ini dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan, namun, RTM wajar menyiarkan siaran langsung bagi semua orang mempunyai peluang untuk menonton debat ini tanpa penapisan.


Semenjak Radio Televisyen Malaysia RTM1, RTM2 dan TV3 menyiarkan manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) secara langsung dan lengkap, RTM dan stesen komersial lain, Natseven (NTV7) dan Astro wajar memberi ruangan siaran bagi perdebatan awam antara Anwar dan Najib untuk mematuhi “Ikrar Integriti Pilihan Raya” yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN, Najib yang komited untuk mempromosi pilihan raya yang adil dan bersih.


KPRU menegaskan bahawa ini bukan kali pertama bagi cadangan perdebatan antara Anwar dan Najib. Anwar sendiri telah banyak kali menjemput Najib berdebat mengenai isu-isu ekonomi negara. Namun, menurut Najib perdebatan bukan suatu budaya kita, beliau gunakan alasan ini untuk mengelak diri daripada berdepan dengan Anwar.


Menurut KPRU, dari hari pertama Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga ke hari ini, beliau kelihatan teragak-agak dan lemah ketika menghadapi isu-isu utama. Jika Najib mempunyai keberanian untuk menerima jemputan perdebatan ini, mungkin dia dapat mencuci dirinya dari imej negatif itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50195
 
Sponsored Post

bart72

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2007
Messages
4,269
Reaction score
12
Points
25
nak berdebat pun takut pm apa.
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
Klu jd debat ni aku konfom malaysia akan sunyi dan lenggang sume ngadap dpn tv tgk debat
 

butterfingers

Super Active Member
Joined
Aug 16, 2010
Messages
5,324
Reaction score
5
Points
65
ajak rosmah je la..nk ajak najib smpai jd pembangkang la x dtg2..
 

mysuperfx

Active Member
Joined
Jul 10, 2009
Messages
2,150
Reaction score
28
Points
30
Pemimpin 1Malaysia yang disayangi. Sahutlah cabaran Anwar tu. Jgn risau, Dato Najib byk idea boleh dibentangkan tak pun Dato' Najib yang kena telentang oleh idea-idea Anwar. Come Dato' Najib, kami sentiasa sokong kamu berdebat dgn Anwar. Jgn bagi malu Umno-BN dan kak Rosmah Mansor.
 

Awie

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
3,462
Reaction score
10
Points
25
najib debat je, anwar mesti takut mah, anwar takde telor taw! semua penyokong bn taw anwar takde telor, debat je..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register