mytrade
Super Active Member
- Messages
- 7,197
- Joined
- Dec 29, 2007
- Messages
- 7,197
- Reaction score
- 272
- Points
- 91
Kepada pemegang saham KPF, sila berikan komen anda berdasarkan perkembangan ni....pro dan kon transaksi ini...
FGV akan beli pegangan 51% Felda Holding dari KPF
Nilai belian ialah RM2.2 billion iaitu RM19.61 sesaham sebanyak 113 juta saham...
Sebahagian dari RM2.2 billion akan dipulang sbg dividen khas kpd 200,000 pemegang saham KPF....
Rujuk artikel di bawah...
Aku bagi komen awal...
Kenapa KPF perlu jual Felda Holding....iaitu mahkota dalam Felda...spt mana KFC dan QSR dalam KPJ dulu....
Nilai RM2.2 billion jauh lebih kurang dari offer awal semasa FGV nak listing dulu yg mana jika KPF lepaskan Felda Holding maka KPF akan dapat 37% pegangan FGV yg bersamaan dgn 1,349,815,130 unit saham FGV yg mana jika di tgk harga terakhir FGV semalam iaitu RM4.25 ia bernilai RM5,736,714,302......
sementelah klu dulu lepaskan felda holding bukan saja dapat 1.3 unit saham FGV yg bernilai RM 5 billion malah dividen yg sepanjang 2012 sudah menjana income sebanyak......(nanti diperiksa semula)
Harap perwakilan KPF dapat buat pertimbangan sewajarnya....
Felda Holding adalah permata kpd KPF..
Sumber : Berita harian 12/10/2013
Urus niaga dibuat pada harga RM2.2 bilion
FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan membeli baki 51 peratus saham yang tidak dimilikinya dalam FELDA Holdings Bhd (FHB) daripada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) dalam satu janji niaga bernilai RM2.2 bilion.
FGV dalam kenyataannya mengumumkan perkara itu semalam berkata, ia sudah mencapai persetujuan dengan KPF untuk mengambilalih kira-kira 113 juta saham FHB yang dimiliki koperasi itu pada harga RM19.61 sesaham.
“Pengambilalihan itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan daripada ahli KPF dan pemegang saham FGV, dan ia dijangka akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini,” katanya sambil menambah pembelian itu akan dibiayai menggunakan dana yang diraihnya daripada tawaran awam permulaan (IPO) sebelum ini dan juga pinjaman.
FGV berkata, apabila pembelian itu diselesaikan, ia akan menyaksikan kumpulan itu muncul sebagai sebuah syarikat perladangan minyak sawit bersepadu sepenuhnya.
Ia akan membolehkannya meraih kecekapan operasi serta sinergi dalam rantaian nilai perladangan kumpulan, pada masa sama menyelaraskan pengurusan dan kepentingan ekuiti aktiviti pertengahan dan hilirannya.
FGV ketika ini hanya menguasai 49 peratus kepentingan dalam FHB. Apabila pembelian itu diselesaikan, FHB akan menjadi anak syarikat miliknya.
Sumbang secara positif
“Pengambilalihan ini dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan FGV kerana FHB adalah sebuah kumpulan yang menguntungkan,” kata FGV dalam kenyataan berkenaan.
FHB kini adalah pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia berasaskan jumlah pengeluaran. Tahun lalu, ia menghasilkan 3.3 juta tan MSM yang mewakili lapan peratus daripada pengeluaran dunia bagi komoditi itu.
Operasinya disokong hampir 19,000 pekerja yang dibantu lebih 40,000 tenaga buruh di 138 ladang milik FELDA, 71 kilang minyak sawit, tujuh kilang penapisan, empat kilang penghancur isirung, sembilan kilang getah, kilang pembuatan dan beberapa logistik dan pukal pemasangan di seluruh Malaysia dan beberapa lokasi di luar negara.
Ia mempunyai 49 anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama yang beroperasi di Malaysia dan empat di luar negara. Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, FHB mencatatkan keuntungan bersih RM484.2 juta.
Bonus khas
Sementara itu, Pengerusi KPF, Datuk Faizoull Ahmad ketika dihubungi BH berkata, koperasi itu akan menggunakan sebahagian daripada RM2.2 bilion yang diraih daripada penjualan kepentingan dalam FHB itu untuk membayar bonus khas kepada lebih 200,000 ahlinya.
Sebahagian lagi, katanya akan dilabur semula dalam beberapa sektor yang berpotensi untuk menjana keuntungan seperti sektor perladangan di dalam dan luar negara.
Beliau bagaimanapun, enggan memberitahu peratusan yang akan diagihkan sebagai bonus khas itu.
“Pengumuman lanjut mengenai perkara ini bagaimanapun akan dibuat dalam mesyuarat agung tahunan KPF nanti,” katanya.