BTC USD 23,712.0 Gold USD 1,928.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDNHEP Kini Dikenali Sebagai KPDN

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
394,950
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
394,950
Reaction score
26,663
Points
2,836
Awards
2

KPDNHEP kini dikenali sebagai KPDN​


08 DEC 2022
A⁻A⁺

2015079.jpg


Azman


PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkuat kuasa 3 Disember lalu, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Azman Mohd Yusof.

Azman berkata, pemilihan singkatan nama kementerian kepada KPDN, yang telah dipersetujui Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, adalah bertepatan dengan peranan utama kementerian itu yang bertanggungjawab dalam mengharmonikan ekonomi negara.

“Di antara fungsi utama kementerian ini juga adalah sebagai peneraju dalam mengawal selia pembangunan ekosistem perdagangan domestik ke arah yang mampan, berdaya maju serta berdaya saing.

“Dalam hubungan ini, ekosistem perdagangan dalam negeri yang mampan akan menyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia dan secara langsung akan memastikan kesejahteraan para pengguna di negara kita terutamanya dalam menangani agenda peningkatan kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman dalam pada itu berkata Visi, Misi dan Fungsi Kementerian adalah dikekalkan dan tiada sebarang pindaan.

“Ini adalah kerana Visi, Misi dan Fungsi Kementerian yang sedia ada adalah selaras dengan fokus utama kerajaan pada masa kini yang melibatkan agenda merancakkan ekonomi negara dan menstabilkan kos sara hidup,” katanya. – Bernama

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register