BTC USD 96,972.5 Gold USD 2,693.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Serbu Kedai Makanan Laut Mahal

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,437
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,437
Reaction score
7,017
Points
916
Awards
1
07.01.2024 - Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini, dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menggempur sebuah kedai makanan laut di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, yang tular kerana mengenakan harga tidak masuk akal kepada pelanggan. Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata serbuan dibuat selepas pihaknya mengesan kiriman tular di TikTok dan kandungan sama dikongsikan pengguna lain di Facebook, Jumaat lalu.​

1704627965931.png


“Hasil maklumat Ops Samar mendapati premis yang diadu tidak meletakkan tanda harga makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut. Premis terbabit hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform hari ini. Pemeriksaan dan perbandingan harga mendapati harga premis berkenaan lebih tinggi berbanding restoran lain sekitar Teluk Nipah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

iky49ABX-BTV3-WORK-4.jpg


Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan kes diambil ke atas peniaga terbabit kerana disyaki melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011,” katanya.

Tambah Kamaluddin, sekiranya didapati berlakunya kesalahan mencatut dalam menjual atau membekalkan barangan dan perkhidmatan di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011, peniaga terbabit boleh dikenakan penalti RM500,000. Terdahulu, tular video di aplikasi Tikttok dikongsikan pengguna @keknyahfornour meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah kedai makanan laut yang mengenakan harga RM142 untuk hidangan ikan siakap bakar, tomyam, telur dadar, udang goreng tepung dan air kosong untuk dua orang. Pengguna terbabit turut membandingkan harga terbabit tidak setimpal dengan aspek kebersihan di kedai terbabit yang dilihat menggunakan kerusi berkulat untuk pelanggan.


Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/kpdn-serbu-kedai-makanan-laut-mahal/
 
Sponsored Post

Jika dah letak harga mahal tapi pelanggan masih nak makan juga masih salah ke?

Sama seperti minuman di cafe@star$ …coffee beans ….etc

salah rasanya.. kpdnkk leh mtk kos harga.. dia akan mtk kosting breakdown.. mcm mana leh dapat harga air kosong rm100 contoh ...

klu kata air kosong tu air import dari gunung fiji. pakai flight ✈️ import masuk.. leh la konsider.. haha
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register