BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Kelantan akan memasang CCTV di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi tujuan pemantauan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,914
Top Poster #7
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,914
Reaction score
6,292
Points
881
Awards
1
KPDN Kelantan akan pasang CCTV di stesen minyak di sempadan negara
. Gambar fail Bernama

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan Malaysia-Thailand bagi tujuan pemantauan.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, dalam masa terdekat sebagai permulaan, CCTV itu akan dipasang di stesen-stesen terpilih yang dipercayai sering menjadi pilihan penyeludup.

Beliau berkata, langkah itu antaranya adalah sebagai langkah mencegah kegiatan pembelian minyak secara berulang yang dibimbangi untuk tujuan penyeludupan.

"Buat masa sekarang, pendekatan KPDN adalah dengan meletakkan anggota penguat kuasa secara statik di beberapa stesen terpilih seperti di Tumpat dan Pasir Mas,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat-syarikat minyak dan masih belum dimuktamadkan lagi.

"Setakat ini stesen minyak sudah mempunyai CCTV masing-masing dan sekiranya pemantauan mahu dilakukan, pihak KPDN perlu ke stesen minyak untuk membuat pemantauan khususnya melihat di CCTV stesen.

"Apa yang kita inginkan adalah pemantauan boleh dilakukan daripada pejabat sahaja,” katanya.

Di daerah bersempadan terdapat 46 buah stesen minyak dalam radius 20 kilometer yang menjadi tumpuan penyeludup bahan api berkenaan, tambah beliau. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
 
Sponsored Post

Baler ah…

Nasi dah jadi bubur

Hari tu berdegang sembang kena seludup berbilion macam xdak pemantauan, penguatkuasa xwujud makan gaji buta

Diesel dah naik dan2 nak pasang cctv… dapat duit hasil jimat subsidi kot?

Ka lepas pasang cctv dah xda penyeludup, jadi petrol xjadi naik?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register