BTC USD 26,834.0 Gold USD 1,959.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Cadang Perkenal 'Insurans Rahmah'

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,850
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2

KPDN cadang perkenal 'Insurans Rahmah'​

20 Mac 2023 04:46pm

2133484.jpg


Salahuddin ketika ditemui media selepas hadir pada Kenduri Menu Rahmah di Bangunan Parlimen, pada Isnin. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang merancang untuk memperkenalkan inisiatif 'Insurans Rahmah' bagi memberi kemudahan perlindungan pada kadar yang lebih berpatutan untuk rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini satu syarikat insurans telah memberikan respons yang positif berhubung cadangan itu.

"Yang pertama sekali memberikan respons ialah Etiqa Insurans, saya telah meminta pegawai (untuk mengadakan) sesi libat urus tengok macam mana kita boleh jayakan Insurans Rahmah ini.

"..sama ada insurans (perlindungan) kenderaan, perumahan, hartanah dan seumpama dengannya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kenduri Menu Rahmah anjuran KPDN di Dewan Serbaguna, Bangunan Parlimen pada Isnin.

Ditanya mengenai syarikat-syarikat insurans lain yang berminat dengan inisiatif itu, Salahuddin berkata, beliau yakin lebih banyak syarikat akan turut serta berdasarkan impak ‘domino effect’ yang terbukti selepas inisiatif Menu Rahmah mula diperkenalkan.

Turut hadir di majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim serta Ahli-ahli Parlimen.

Sebanyak 14 pemain industri termasuk persatuan-persatuan penyedia makanan yang menawarkan Menu Rahmah turut serta dalam majlis itu, antaranya Mydin, AEON Big, Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim, Pertubuhan Sahabat Tom Yam Prihatin Se-Malaysia dan PLUS Berhad.

Turut serta, wakil Marrybrown Sdn Bhd, Old Town White Coffee, McDonald’s Malaysia, Burger King, A & W Malaysia, Texas Chicken Malaysia, Bubblebee, Mios Kitchen dan Temerloh Catering Sdn. Bhd.

Sementara itu, Salahuddin berkata kerajaan akan melancarkan Jualan Rahmah untuk Hari Raya di sebuah gedung tekstil pada Rabu ini.

Beliau berkata, inisiatif seumpama ini menerima sambutan memberangsangkan daripada rakyat seperti pasar raya Mydin yang menawarkan harga baju raya serendah RM30 manakala Jakel menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk baju raya.

"Ini semua berita gembira kepada rakyat menjelang raya dan saya diberitahu semua hypermarket juga akan terus menjual harga barangan asas dengan Jualan Rahmah," katanya. - Bernama


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,850
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini satu syarikat insurans telah memberikan respons yang positif berhubung cadangan itu.

"Yang pertama sekali memberikan respons ialah Etiqa Insurans, saya telah meminta pegawai (untuk mengadakan) sesi libat urus tengok macam mana kita boleh jayakan Insurans Rahmah ini.

"..sama ada insurans (perlindungan) kenderaan, perumahan, hartanah dan seumpama dengannya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kenduri Menu Rahmah anjuran KPDN di Dewan Serbaguna, Bangunan Parlimen pada Isnin.
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,842
Top Poster #7
Joined
Aug 2, 2007
Messages
33,842
Reaction score
7,431
Points
481
Awards
1
saya nak tahu siapa si Rahmah ni .. dan kenapa guna nama dia :unsure:
Istilah dlm bahasa Arab.....tukar ke bahasa melayu menjadi kasih syg.......makna kata klau dlm bahasa melayu nama dia menu kasih syg, insurans kasih syg, harga barang kasih syg......ini bertepatan dengan konsep yg amanah bwk sebelum nie
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,850
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,850
Reaction score
28,306
Points
2,836
Awards
2
Manusia kebanyakan tidak mau bersyukur

Sesungguhnya Allah mempunyai karunia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur [2:243]

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَهُوَ الَّذِيْۤ اَنْشَاَ لَـكُمُ السَّمْعَ وَا لْاَ بْصَا رَ وَا لْاَ فْئِدَةَ ۗ قَلِيْلًا مَّا تَشْكُرُوْنَ

"Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur."

(QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 78)
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,842
Top Poster #7
Joined
Aug 2, 2007
Messages
33,842
Reaction score
7,431
Points
481
Awards
1
dulu menu rakyat 1 malaysia...sekarang menu rahmah,

dulu insuran klompok 1 malaysia...sekarang insuran rahmah,

macam takde idea je bangNon
Kena la ubah nama tp bgs la semua utk kepentingan rakyat....
 
Sponsored Post

Top
Log in Register