BTC USD 28,100.5 Gold USD 1,968.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN akan wujudkan ‘Menu Rahmah’, harga bawah RM5, Nasi+lauk+sayur

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,694
Joined
Apr 15, 2012
Messages
34,694
Reaction score
2,999
Points
266
Awards
1
menu-rahmah.jpeg
Salahuddin sewaktu melakukan lawatan mengejut di beberapa kedai makan sekitar Bandar Baru Bangi, hari ini.

KPDN akan wujudkan ‘Menu Rahmah’, harga bawah RM5​

  • Oleh KOSMO!
  • 27 Januari 2023, 4:05 pm


PETALING JAYA – Kerajaan bercadang untuk mewujudkan ‘Menu Rahmah’ di setiap kedai makan dan restoran dalam masa terdekat khusus untuk membantu golongan miskin tegar yang memerlukan makanan bermasak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menu tersebut akan ditawarkan pada harga di bawah RM5 dan ia merangkumi nasi, lauk sama ada seketul ayam atau ikan bersama sayur-sayuran.

“Saya mencadangkan diwujudkan satu menu makan tengah hari ini bawah RM5 iaitu nasi, seketul ayam atau ikan (ikan rakyat) bersama sedikit sayur. Ia bertujuan untuk membantu golongan yang sangat memerlukan.
“Bagaimanapun menu lain seperti menu premium contohnya udang, sotong, ikan siakap atau jenahak kita tidak usik, itu terpulang kepada mereka (pembeli), mereka ada pilihan. Fokus kita kepada golongan miskin tegar yang memerlukan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan mengejut di beberapa kedai makan sekitar Bandar Baru Bangi hari ini sebagai sebahagian daripada Ops Menu 3.0.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, satu perjanjian memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai bersama beberapa persatuan restoran dan kedai makan bermasak seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran Tomyam Malaysia (Pertom) dalam masa terdekat.

“Nampaknya setakat ini, semua persatuan bersedia untuk mewujudkan menu tersebut yang dinamakan Menu Rahmah atau menu kasih sayang.
“Kami akan mengumumkan MoU dalam masa terdekat dengan pengusaha kedai makan termasuk kedai tom yam yang akan turut menawarkan menu ini sehingga lewat malam.
“Saya harap peranan kementerian sedikit sebanyak dapat membantu rakyat dalam mendepani kos sara hidup,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Ikuti sidang media Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub selepas mengetuai sesi walkabout di atas dan pengumuman OPS Menu
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1

Khairul Azri

· 33m ·

"Nah 'terduduk' lah engkau orang lepas ni semua rakyat boleh makan RM5, hebat kerajaan ini", kata Rafizah teruja.
.
Komen:
Rafizah, hang baca betul².

"Kerajaan akan memperkenal Menu Rahmah, iaitu hidangan makanan pada harga RM5 dan ke bawah, KHUSUS untuk golongan miskin tegar".

'KHUSUS UNTUK GOLONGAN MISKIN TEGAR'.

Siapa miskin tegar?

Pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang tahun 2025.

Hang yang dapat gaji minimum RM1,500 sorang ni excited sangat pasaipa?

1f937_200d_2640.png
1f3c3.png



326542607_479428071064665_4012357198830779084_n.jpg



 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1
oh kira macam RMT untuk rakyat dewasa la ni...kerajaan ada bagi susu coklat tak untuk rakyat nanti?
utk rakyat dewasa tapi dlm golongan miskin tegar kan

tapi mcmana diorang nak tau orang tu orang ni miskin tegar atau tak?

pastu kan, tak marah ke peniaga peniaga lain sebab kena sailang oleh menu rahmah ni
kot diorang punya jualan drop sebab hal ni

ke mcmana
 
Sponsored Post

Top
Log in Register