BTC USD 23,903.7 Gold USD 1,787.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kotak telur pun dah kena caj, ramai bengang peniaga buat undang-undang sendiri

zackpenang

Fun Poster
Messages
785
Joined
Jan 9, 2010
Messages
785
Reaction score
303
Points
41

“Penat aku dengan Malaysia sekarang” - Kotak telur pun dah kena caj, ramai bengang peniaga buat undang-undang sendiri​

Sabtu, 02 Julai 2022 8:00 PM
Oleh: MSTAR


553.png

Notis di sebuah pasar raya memaparkan caj 30 sen dikenakan untuk setiap penutup telur. Foto: Facebook

KETIKA ini, isu kenaikan harga barang menjadi topik utama yang hangat dibincangkan sama ada di media sosial mahupun kedai kopi.
Bukan sahaja harga barangan yang semakin melambung, malah ada segelintir peniaga turut mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tertentu untuk mengaut keuntungan, sekali gus membuatkan rata-rata rakyat mengeluh ekoran situasi ekonomi semakin membebankan.

Pada Sabtu, tular satu perkongsian oleh seorang pengguna yang menyuarakan rasa tidak puas hati gara-gara sebuah pasar raya yang dikunjunginya mengenakan caj 30 sen untuk penutup kotak telur!


1644860.jpg

Seorang pengguna membuat perkongsian di Facebook mengenai caj yang dikenakan untuk penutup telur.
blank.gif


Pengguna tersebut turut memuat naik sekeping gambar memaparkan notis yang diletakkan di rak telur oleh pihak pasar raya bertulis 'Perhatian, kotak telur kena bayar RM0.30 satu untuk kotak tutup atas'.
"Penat aku dengan Malaysia sekarang," demikian kapsyen yang ditulis mengiringi perkongsian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: “Gilalah sekarang” - Ramai terkejut sejak bila ada upah potong ayam? Kena cincang sendiri di rumah kalau tak mampu
ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan kongsi sotong restoran mamak berharga RM100, ramai persoal nak tayang resit atau kereta?
Bagaimanapun, pengguna tersebut tidak menyatakan lokasi pasar raya berkenaan secara spesifik.
Susulan perkongsian tersebut, ternyata ia mengundang perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Rata-ratanya marah dan kecewa dengan tindakan peniaga berkenaan yang sewenang-wenangnya membuat undang-undang sendiri yang tidak masuk akal.
1644861.jpg

Perkongsian tersebut mengundang rasa berang dalam kalangan netizen.
"Bawa sendiri tutup telur dari rumah, tak payah susah-susah nak bayar 30 sen tu.
"Plastik letak telur tak nak caj sekali ke? Tahi ayam dekat kulit telur tak nak caj sekali ke?
"Nak kotak telur satu bang, nak hempuk kepala kau," demikian antara komen yang dilontarkan warga maya.

Plastik letak telur tak nak cas sekali ke? Tahi ayam dekat kulit telur tak nak cas sekali ke?​

NETIZEN​

Malah, ada juga netizen yang berkongsi gambar memaparkan notis arahan tidak masuk akal di sebuah pasar raya lain bertulis 'tolong ikat telur sendiri, baru bawa ke juruwang. Terima kasih'.
Posting tersebut sehingga kini meraih sehingga 1,100 shares di Facebook.
Untuk rekod, bermula 1 Julai, harga siling telur sudah ditetapkan pada kadar harga pasaran baharu iaitu telur gred A adalah 45 sen/biji, telur gred B pula 43 sen/biji manakala telur gred C ditetapkan 41 sen/biji.
1644859.jpg

Minggu lalu tular perkongsian seorang pengguna yang dikenakan caj upah memotong ayam.
Minggu lalu kecoh apabila seorang pengguna berkongsi resit pembelian barang dapurnya, yang memaparkan harga upah potong ayam di sebuah kedai adalah RM1 untuk setiap kilogram ayam yang dibeli.
Pengguna berkenaan membeli seekor ayam segar seberat 4.06 kilogram dengan harga RM36.18, jadi dia perlu membayar caj upah potong ayam sebanyak RM4.06.
Berdasarkan maklumat pada resit, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI
 
Sponsored Post

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,050
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
23,050
Reaction score
4,331
Points
261
Awards
1
Kurangkan telur kn mkn ja ikan bilis diet terbaru hehehe
 

mR.Klik

Fun Poster
Messages
108
Joined
Sep 21, 2007
Messages
108
Reaction score
57
Points
30
aku ada bebual ng seorg penjual ayam... upah potong ayam tu terpaksa... sebenarnya upah bersihkn ayam, buang bulu bagai semua... disebabkan harga ayam naik & kerajaan tetapkan harga siling, org yg bersihkan ayam tu dh kerugian...

contoh harga siling ayam rm9... penternak jual rm8.50... jd org yg semelih ayam & bersihkan ayam upah 50 sen je... selalunye upah semelih & bersihkan ayam rm2... jd diorg terpaksa kenekn cas pd pengguna...

keadaan ni bkn kt malaysia je tp krisis 1 dunia... harap kerajaan ada cara utk menbendung inflasi & krisis ni
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,050
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
23,050
Reaction score
4,331
Points
261
Awards
1
aku ada bebual ng seorg penjual ayam... upah potong ayam tu terpaksa... sebenarnya upah bersihkn ayam, buang bulu bagai semua... disebabkan harga ayam naik & kerajaan tetapkan harga siling, org yg bersihkan ayam tu dh kerugian...

contoh harga siling ayam rm9... penternak jual rm8.50... jd org yg semelih ayam & bersihkan ayam upah 50 sen je... selalunye upah semelih & bersihkan ayam rm2... jd diorg terpaksa kenekn cas pd pengguna...

keadaan ni bkn kt malaysia je tp krisis 1 dunia... harap kerajaan ada cara utk menbendung inflasi & krisis ni
Perternak tolak paling tinggi rm6 ja selalu rm5.50 lain ceta nie hehehe....
 

Fayafa

Active+ Member
Messages
2,675
Joined
May 21, 2017
Messages
2,675
Reaction score
989
Points
81
aku dok tgk org dok cucuh sarang teloq ni buat halau nyamuk&bakaq pun xpa psi xdak rega..pasni kena simpan psi dh kena beli..nk beli teloq kena bwk sarang seniri la pasni nmpk gayanya
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,913
Joined
Jul 1, 2008
Messages
38,913
Reaction score
3,552
Points
261
Awards
1
jgn risau.. lembaga telur akan pantau isu ni dri office berekon
 

hitman25

Fun Poster
Messages
985
Joined
Oct 8, 2010
Messages
985
Reaction score
141
Points
33
normal la kakak harga ni...harga ni tak dapat kat negara lain...
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,984
Joined
Jan 12, 2008
Messages
26,984
Reaction score
4,968
Points
261
Awards
1
Kurangkan telur kn mkn ja ikan bilis diet terbaru hehehe
ikan bilis pun mana ada yg murah..kecuali sekali makan had kan kpd 20 ekor sehari...boleh la jimat...hahahaha
 
Sponsored Post

Top
Log in Register