Kos sebenar haji dijangka bertambah

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136


JEDDAH - Kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun ini dijangka meningkat lagi, selaras dengan pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah, yang menyaksikan pihak Lembaga Tabung Haji (TH) terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail berkata ekoran pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah di musim haji lepas, sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan.

Beliau berkata lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu terus bertambah, sekali gus meningkatkan lagi kos sebenar pengurusan bagi tiap seorang jemaah.

Beliau menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun lepas, bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian pada persidangan media selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini, Rabu.

Ismee berkata soal penginapan para jemaah haji Malaysia ketika ini hampir diselesaikan oleh TH dan pihaknya sedang menguruskan beberapa urusan lain yang penting seperti penerbangan jemaah dan sebagainya.

Beliau berkata biasanya soal penerbangan tidak membabitkan banyak masalah apabila pihaknya mendapatkan kerjasama baik daripada dua syarikat penerbangan utama untuk membawa jemaah ke tanah suci, iaitu penerbangan Malaysia dan Saudi Air.

Difahamkan ketika ini surat-surat tawaran untuk mengerjakan haji musim ini sudah disampaikan kepada semua jemaah yang berkenaan, dan mereka sudah mula melaksanakan latihan untuk melicinkan urusan ibadah haji. - Bernama



sumber:http://www.sinarharian.com.my/kos-sebenar-haji-dijangka-bertambah-1.148957
 
Last edited:
Sponsored Post

Ququd

Banned
Joined
Jun 13, 2008
Messages
1,305
Reaction score
0
Points
20
sekarang punyer kos pun xmampu lagi:(:)(:)((
 

myprofit

Active+ Member
Joined
Oct 11, 2007
Messages
3,570
Reaction score
637
Points
71
ermmm dengar cerita mekkah dah dikuasai puak wahabi..betul ker?
 

khairuls

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2010
Messages
9,212
Reaction score
10
Points
65
kalau dah rezeki, berapa pon harga dia insyaAllah sampai la kita.
rezeki tu kan Allah yg bagi :)

semoga kita semua dapat sampai ke sana nanti :)
 

nonoo1

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2010
Messages
5,853
Reaction score
323
Points
91
kalo daftar harini que dapat tahun bila ye?? adeh tak gi lg que giliran.. risau gk pikiaq ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register