BTC USD 54,517.0 Gold USD 2,497.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kos Pengebumian Nurhaslinda Di Korea Selatan RM31,000

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,719
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
60,719
Reaction score
6,719
Points
916
Awards
1
27.12.2023 - Abang kepada rakyat Malaysia, Nurhaslinda Abdullah, 30, yang meninggal dunia di Korea Selatan, Isnin lalu berkata adiknya sempat menghubungi beliau untuk memaklumkan keadaannya yang tidak sihat.

“Adik saya sempat menghubungi memaklumkan dia tidak sihat dan meminta saya membeli tiket untuk pulang ke Malaysia,” kata Abdul Hafiz Abdullah, 35.

Abdul Hafiz berkata, adiknya itu baru ke Korea Selatan pada September lalu untuk bekerja kilang di sana. Menurutnya, adiknya pernah menjalani pembedahan jantung berlubang, 10 tahun lalu selain mempunyai masalah asma.

“Pada pagi Isnin lalu, adik saya ada menghubungi memaklumkan dia tidak sihat dan meminta saya membelikan tiket untuk pulang ke Malaysia. Saya kemudian meminta dia mencari tiket itu dan akan membeli untuknya selepas dia mengadu tak sihat dan sering sesak nafas,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Namun, Abdul Hafiz berkata, pada sebelah petang, rakan adik menghantar mesej memaklumkan adik kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital.

“Sekitar 7 malam rakan adik memaklumkan pihak hospital ingin memindahkannya ke sebuah hospital lain yang jaraknya kira-kira 130 kilometer (km). Namun, pada 8 malam saya menerima panggilan daripada kedutaan memaklumkan adik sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya yang tinggal di Kuching, Sarawak.

Katanya, kos untuk membawa pulang adiknya itu terlalu mahal dan selepas berbincang dengan ahli keluarga dan bagi memudahkan urusan mereka bersetuju untuk mengebumikannya di sana.

“Setakat ini wang yang terkumpul oleh saya baru RM12,000 dan sehingga kini kami memerlukan RM31,000 bagi urusan pengebumian. Berat hati sebenarnya kami buat keputusan ini kerana jika ada rezeki kita nak bawa dia balik ke sini,” katanya.

Menurutnya, dia juga sudah menandatangani surat kebenaran dari kedutaan untuk membenarkan adiknya dikebumikan di sana. Katanya, jenazah Nurhaslinda kini berada di Hospital Cheonju yang mana kos akan bertambah setiap hari jika urusan pengebumian tidak dijalankan secepat mungkin.
1703693543779.png
 
Sponsored Post

'Alhamdulillah, Rezeki Nurhaslinda Di Kebumi Di Sini' - Bapa

28.12.2023 - "Syukur Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan. Akhirnya jenazah anak saya akan dibawa balik," kata Abdullah Mat selepas dihubungi pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan yang memaklumkan jenazah anaknya, Nurhaslinda akan dibawa pulang pada 4 Januari ini.

Abdullah, 64, berkata, sebelum ini mereka sekeluarga reda jika anaknya terpaksa dikebumikan di negara itu disebabkan kekangan kewangan untuk membawa pulang jenazah ke Sarawak. Bagaimanapun, sebaik menerima panggilan telefon itu hari ini katanya, dia sangat lega kerana sememangnya menjadi hasrat dia untuk melihat jenazah anak keempat daripada enam beradik itu dikebumikan di kampung halaman di Kampung Sejingkat, di sini.

"Sebelum ini, berikutan kos untuk membawa pulang jenazah anak terlalu mahal kami sekeluarga berbincang dan sepakat untuk mengebumikan arwah di sana. Ia satu keputusan yang berat dan surat kebenaran daripada kedutaan Malaysia untuk membenarkan dikebumikan di sana juga sudah kami tandatangani. Namun, sebaik menerima panggilan daripada pegawai kedutaan, syukur doa kami dimakbulkan dan memang rezeki anak saya itu balik ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menerusi sidang video di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Santubong di sini, hari ini. Abdullah berkata, Nurhaslinda, 30, yang bekerja di Korea Selatan sejak September lalu, sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur.

"Dia pernah menjalani pembedahan akibat jantung berlubang kira-kira 10 tahun lalu dan ada mengadu dengan abangnya mengenai keadaan kesihatannya sebelum meninggal dunia Selasa lalu," katanya.

Allahyarham meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Cheonju dan jenazahnya kini masih ditempatkan di hospital berkenaan sementara menunggu proses untuk diterbangkan pulang ke Malaysia. Abang Nurhaslinda, Abdul Hafiz Abdullah pula berkata, mereka sekeluarga terharu dengan keprihatinan orang ramai yang menghulurkan sumbangan selepas kesulitan yang dihadapi disiarkan Harian Metro, semalam.

"Selepas berita itu disiarkan, sumbangan orang ramai mencecah RM50,000 malam tadi. Alhamdulillah, terima kasih kepada orang ramai yang bermurah hati menyumbang untuk meringankan beban kami. Terima kasih juga buat Pejabat Ahli Parlimen Santubong serta Datuk Seri Nancy yang banyak membantu mengurus dokumentasi serta Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan yang membantu menguruskan jenazah adik saya di sana dan berusaha untuk membawanya balik ke sini," katanya.

Sementara itu, Nancy yang kini berada di ibu negara menerusi sidang video bersama Abdullah dan Abdul Hafiz berkata, pihaknya menyalurkan sumbangan awal berjumlah RM31,082.25 kepada Wisma Putra bagi mempercepatkan proses pembayaran kos hospital, pengurusan jenazah dan pengebumian jenazah Nurhaslinda di Korea Selatan.

"Kami menyalurkan sumbangan itu bagi membolehkan dikebumikan segera selepas keluarganya bersetuju untuk dikebumikan di sana kerana tidak mahu jenazahnya disimpan terlalu lama di dalam bilik sejuk, malah kalau terlalu lama kos pengebumian juga akan meningkat. Namun, sebaik dimaklumkan jenazah akan dibawa balik, saya bersyukur dan setinggi penghargaan buat Kedutaan Malaysia di sana terutamanya pegawai Bahagian Konsular Wisma Putra, Arsi Shah Erwan dan Setiausaha kedua Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Sofiah Othman," katanya.
1703740439095.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register