BTC USD 36,269.7 Gold USD 1,842.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Viral Kos "Haji" dijangka meningkat lebih 50 peratus

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40
marzuk_1637985907.jpg


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary pada sidang media ketika hadir melawat sembilan unit kediaman yang hangus dalam kebakaran di Lorong Nik Pa, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Kerajaan menjangkakan kos mengerjakan haji meningkat sehingga 50 peratus, berikutan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata ia dijangkakan membabitkan kos lebih RM30,000, berbanding sebelum ini RM23,000.
Bagaimanapun katanya, jumlah tepat yang akan diputuskan akan diketahui awal tahun hadapan sebelum dimaklumkan kepada bakal jemaah.
"Selain peningkatan VAT, kos turut meningkat disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu susulan pandemik COVID-19.


"Sebagaimana kita tegaskan sebelum ini, Tabung Haji akan menanggung sebahagian daripada jumlah kos, namun kita belum putuskan berapa banyak yang akan ditanggung.
"Jika sebelum ini kos mengerjakan haji adalah RM23,000, namun kita hanya mengenakan RM9,980 kepada jemaah dan jumlah itu tidak pernah dinaikkan sejak 2001.
"Pada masa sama, kita juga berusaha untuk menyedarkan supaya bakal jemaah yang mampu dapat membayar penuh kos berkenaan," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, kuota jemaah haji juga akan diketahui awal tahun depan.

Beliau berkata, pihaknya akur dengan segala keputusan yang dibuat kerajaan Arab Saudi sama ada mengekalkan kuota sedia ada iaitu 30,000 jemaah atau dikurangkan.
"Kita perlu terima apa sahaja kemungkinan disebabkan COVID-19. Namun melihat kepada situasi semasa penurunan kes COVID-19 di negara berkenaan, kita mengharapkan jumlah kuota itu dapat dikekalkan atau ditambah," katanya.

 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1
Semua Barang Naik ye
Kene keje kuat lg lepas ni
 

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,214
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,214
Reaction score
97
Points
40

Kos haji dijangka meningkat lebih RM30,000​


marzuk_1637985907.jpg
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary pada sidang media ketika hadir melawat sembilan unit kediaman yang hangus dalam kebakaran di Lorong Nik Pa, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Kerajaan menjangkakan kos mengerjakan haji meningkat kepada lebih RM30,000, peningkatan sehingga 50 peratus berbanding sebelum ini RM23,000.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata peningkatan itu disebabkan Cukai Nilai Tambah (VAT) diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya.
Bagaimanapun katanya, jumlah tepat yang akan diputuskan akan diketahui awal tahun hadapan sebelum dimaklumkan kepada bakal jemaah.

"Selain peningkatan VAT, kos turut meningkat disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu susulan pandemik COVID-19.


"Sebagaimana kita tegaskan sebelum ini, Tabung Haji akan menanggung sebahagian daripada jumlah kos, namun kita belum putuskan berapa banyak yang akan ditanggung.
"Jika sebelum ini kos mengerjakan haji adalah RM23,000, namun kita hanya mengenakan RM9,980 kepada jemaah dan jumlah itu tidak pernah dinaikkan sejak 2001.

"Pada masa sama, kita juga berusaha untuk menyedarkan supaya bakal jemaah yang mampu dapat membayar penuh kos berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, kuota jemaah haji juga akan diketahui awal tahun depan.
Beliau berkata, pihaknya akur dengan segala keputusan yang dibuat kerajaan Arab Saudi sama ada mengekalkan kuota sedia ada iaitu 30,000 jemaah atau dikurangkan.

"Kita perlu terima apa sahaja kemungkinan disebabkan COVID-19. Namun melihat kepada situasi semasa penurunan kes COVID-19 di negara berkenaan, kita mengharapkan jumlah kuota itu dapat dikekalkan atau ditambah," katanya.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1
Mujahat da bagi rugi kat TH
Skrang TH tgh nak recover
Semoga keuntungan thn ni dpt membawa lebih byk jemaah melancong haji
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1

Arab Saudi larang bergambar di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi​

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi kini secara rasminya melarang pengunjung untuk merakam swafoto, gambar dan video di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah, lapor portal Kompas.com semalam.

Menurut laporan rasmi kerajaan Arab Saudi, merakam gambar di dalam Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah atau di sekitar tempat suci ini akan dianggap sebagai satu kesalahan.

Menurut rancangan itu, larangan dilaksanakan adalah untuk memberikan mesej kepada semua orang bahawa tempat suci di seluruh negara itu perlu dijaga kehormatan dan maruahnya sesuai dengan tujuannya.

Turut dinyatakan kini orang ramai kelihatan lebih asyik melakukan perkara sedemikian sehingga menjadikan ibadah di tempat suci hilang intipatinya.

Selain merugikan diri sendiri, melakukan perkara tersebut boleh mengganggu ketenteraman pengunjung lain untuk beribadah.

‘’Langkah ini diambil untuk menjamin kehormatan dan maruah tempat suci ini.

‘’Kebanyakan jemaah haji membuang masa mereka dengan mengambil gambar dan video, baru kemudiannya berdoa. Ini bukan sahaja tidak menghormati tempat suci, tetapi juga mengganggu orang lain yang solat,’’ kata kerajaan Saudi. – Agensi
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,223
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,223
Reaction score
3,201
Points
261
Awards
1

Subsidi haji: Pakar ekonomi saran jemaah perlu sedia terima hakikat​


Ahad | 28 November 2021
1276174.jpg

Seperti sedia maklum, peranan Tabung Haji (TH) telah menjadikan pelaksanaan urusan rukun Islam yang kelima bagi umat Islam negara ini lebih mudah dan teratur.
Segala keperluan berkaitan visa haji, pengangkutan, sajian makanan, penginapan di Makkah, Madinah, Mina dan Arafah serta penjagaan kesihatan dan bimbingan ibadat haji diuruskan sepenuhnya pihak TH.
Malah jemaah haji kita lebih beruntung kerana bayaran haji Malaysia adalah yang terendah jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain beserta dengan kemudahan dan perkhidmatan bertaraf dunia.

Menyentuh tentang kos haji, ketika ini bayaran yang ditanggung jemaah haji negara hanyalah sebanyak RM9,980 dan tidak pernah berubah sejak tahun 2009, manakala baki RM12,920 ditanggung oleh TH (bagi musim haji 2019).
Kos Meningkat
1276175.jpg

Kos pelaksanaan haji meningkat setiap tahun dan tahun ini dijangka melonjak berikutan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik kepada 15 peratus berbanding lima peratus sebelumnya serta infl asi yang terus meningkat.
Kenaikan kos itu juga disebabkan beberapa aspek termasuk bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) akibat penularan wabak Covid-19. Berlaku perbezaan ketara kos haji ketika 2019 iaitu sebanyak RM22,900 berbanding tahun ini yang dianggarkan akan naik kira-kira RM25,500.

Pemberian subsidi adalah satu bentuk bantuan oleh TH kepada pendepositnya. Namun, pemberian secara pukal dan menyeluruh ini bakal memberi impak kepada kelestarian TH.
Apatah lagi subsidi haji ini yang ditanggung secara langsung oleh TH tidak hanya terpakai kepada golongan tertentu tetapi turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi.
Oleh itu, sudah tiba masanya TH tidak dibebankan dengan jumlah subsidi haji yang tinggi dan bakal haji perlu bersedia untuk membayar lebih serta tidak boleh lagi bergantung kepada subsidi.

Isu penarikan subsidi pastinya menjadi bualan hangat dan tidak digemari rakyat. Namun persoalannya, adakah subsidi ini wajar diteruskan jika ia mendatangkan kesan besar kepada ekonomi dan masa depan TH?
Terima Hakikat
1276173.jpg

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pendeposit TH perlu bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan subsidi haji tidak lagi ditawarkan pada masa akan datang.
Rasionalnya, pemberian subsidi itu bukan sesuatu yang bersifat kekal kerana ia tidak termaktub dalam Akta Tabung Haji, selain cabaran yang dihadapi institusi kewangan Islam utama di Malaysia.

Malah, tiba masanya untuk TH menilai kembali pemberian subsidi haji secara menyeluruh atau pukal ini bagi memastikan ekonomi institusi kewangan Islam itu kekal mampan pada masa akan datang.
Menurutnya, sejak subsidi haji mula diperkenalkan sejak 2001, TH telah menanggung beban kewangan yang tinggi apabila subsidi ini meningkat setiap tahun akibat kos haji yang tinggi.
Keadaan ini bertambah membimbangkan apabila agensi kewangan itu juga tidak terlepas daripada impak perniagaan yang tidak menguntungkan beberapa tahun yang lalu.

Namun katanya, penilaian kembali subsidi ini tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa atau mengejut.
“Satu konsep khas perlu difi kirkan di mana konsep subsidi atau muassasah ini harus diberikan kepada golongan tertentu sahaja seperti B40. Manakala golongan M40 dan T20 yang tidak berada di bawah muassasah perlu mengambil pakej haji tanpa subsidi.
“Apapun kaedah atau konsep yang akan dibuat kelak perlu mengambil kira faktor asal iaitu membantu golongan B40,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau bagaimanapun tidak menolak jika berlaku penarikan subsidi ia bakal mencetuskan isu hangat dalam kalangan masyarakat.

Namun katanya, perkara itu sememangnya tidak dapat dielakkan dan rakyat perlu berpegang kepada reality dan pada masa sama kerajaan dan TH sendiri perlu ada solusi yang jelas dalam menangani isu ini.
“Jika benar subsidi akan dihapuskan, satu penerangan yang jelas harus dilakukan supaya pendeposit atau umat Islam yang berhasrat menunaikan haji dapat membuat perancangan kewangan.
“Saya percaya setiap keputusan yang diambil pastinya mengguna pakai satu kajian yang panjang dan bukan terus dilaksanakan begitu sahaja.
“Sebagai contoh, mungkin perancangan ini ambil masa 10 tahun iaitu dalam tempoh lima hingga 10 tahun itu, pengurangan subsidi dilakukan sedikit demi sedikit.
“Dalam situasi ini, pendeposit dapat melakukan perancangan kewangan yang sewajarnya dan hasrat mereka menunaikan haji itu tercapai,” katanya.

Beliau bagaimanapun menasihati umat Islam khususnya pendeposit TH agar sedar dan faham bahawa kewajipan menunaikan fardu haji diwajibkan ke atas mereka yang berkemampuan sahaja termasuk kemampuan dari segi kewangan.
Isu penarikan subsidi tidak seharusnya dijadikan alat propaganda sebaliknya fahami konsep bahawa subsidi tidak akan kekal selama-lamanya.
Polemik
1276172.jpg

Tokoh Kewangan Islam, Profesor Dr Zaharuddin Abd Rahman berpandangan, TH terpaksa berdepan kekangan dalam menangani isu penarikan subsidi kerana ia membabitkan konteks ekonomi dan politik.
Realitinya, kedudukan kewangan TH akan menjadi semakin sukar kerana terpaksa menanggung beban kenaikan kos haji setiap tahun, sedangkan Jemaah hanya membayar kurang sekali ganda daripada kos asal.
“Ia akan menjadi lebih rumit kerana apa sahaja yang menjadi tindakan TH untuk kurangkan subsidi kelak akan dilihat sebagai tindakan kurang popular dari sudut politik. Impak politik pasti akan berlaku.

“Bagi saya, apabila ada campur tangan politik dalam polisi sebegini maka ia perlu ditangani secara politik dan ekonomi sekali gus,” katanya.
Beliau bagaimanapun berpendapat, TH tidak disaran untuk memberhentikan pemberian subsidi secara mendadak kerana fungsi institusi itu akan dipersoalkan.
“Terlalu drastik jika tidak ada subsidi langsung kerana fungsi dan kewujudan TH sudah jelas. Tetapi jika dikurangkan atau subsidi itu ada had tertentu, saya fikir ini lebih baik untuk kelangsungan TH.

“Apa pun, berbalik kepada hokum Islam di mana kewajipan menunaikan haji adalah berdasarkan kepada kemampuan. Jemaah tidak boleh hendak bergantung dengan TH semata-mata.
“Kita kena faham institusi itu bersifat membantu dan jika dipaksa untuk meneruskan subsidi sedangkan keadaan ekonomi tidak mengizinkan maka kita tidak boleh memaksa, ia akan runtuh. Rakyat kena faham situasi ini,” katanya.
September lalu, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman melaporkan, kos haji dijangka meningkat pada musim haji akan datang berdasarkan pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

SOP itu memberi impak kepada kos haji akan datang kerana baru-baru ini jemaah haji perlu membayar sekitar RM15,000 hingga RM20,000 untuk lima hingga tujuh hari, membabitkan tiga lokasi iaitu Arafah, Muzdalifah dah Mina serta melaksanakan Tawaf dan Saie.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,438
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,438
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Sbb tu ada pakej2 yg 200k tu. Cover subsidi yg 9k ni
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Xkn salah dragon gk kot kos naik yg nie
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,995
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,995
Reaction score
2,739
Points
261
Awards
1
Kenekan la harga tinggi pada yg lebih dari 2 kali
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register