TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,123
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,123
- Reaction score
- 22,836
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh sejak lima tahun lalu dengan perbelanjaan kira-kira RM26,825,000 melibatkan 14 kontraktor.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerja-kerja yang perlu dibaiki antaranya tempat duduk penonton, lif, surau, kemudahan asas, elektrik, mekanikal serta lampu limpah.
"Kita sudah maklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya memastikan kontraktor yang dilantik itu adalah kontraktor yang berwibawa dan ia mesti diagihkan kepada beberapa kontraktor yang pakar dan mahir dalam bidang masing-masing".
Beliau bercakap kepada pemberita di sini yang turut dihadiri Pengarah JKR Datuk Shafie Mohamad.
Ahmad Razif berkata JKR telah memberi jaminan bahawa awal Jan depan stadium itu boleh digunakan untuk perlawanan bola sepak Piala FA dengan muatan penonton sehingga 35,000 orang. - Bernama
sinarharian