Korea Utara ulangi amaran sedia lepaskan tembakan lagi
2010/11/25
SEOUL: Korea Utara terus menyalahkan jirannya, Korea Selatan kerana memprovokasi pihaknya sehingga tercetusnya serangan kelmarin dan memberi amaran akan mengulangi tembakan sama ke pulau yang menjadi pertikaian.
Parti Demokratik Rakyat Korea (DPRK) berkata pihaknya hanya membalas tembakan ke atas deretan bangunan di Pulau Yeonpyeong kelmarin selepas tentera Korea Selatan gagal menghentikan latihan ketenteraan di perairan yang dipertikaikan di Semenanjung Korea itu.
“DPRK bertanggungjawab melaksanakan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea dan demi mempertahankan keadilan, kami sedia untuk menyerang lagi," kata parti komunis itu dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Berikutan serangan Korea Utara itu, sekurang-kurangnya empat terkorban dengan lebih 80 bangunan dan kediaman ditembak di Pulau Yeonpyeong yang berhampir Laut Kuning yang menjadi sempadan yang dipertikaikan.
Pyongyang tidak menerima sempadan maritim yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dibuat selepas tamatnya Perang Korea pada
1950-53. - AFP