BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Korea Utara Musnahkan Sebahagian Jalan Raya Antara Korea: JCS Korea Selatan

Md Hanif

Active Member
Messages
1,312
Joined
Jun 13, 2023
Messages
1,312
Reaction score
99
Points
35
Terdahulu : Korea Utara Bersiap Sedia Letupkan Jalan Sempadan Korea Selatan

e29b1b02fb8df0a7ab167d632373e4c8670f21c2cdc27

Sumber : Reuters

SEOUL, 15 Okt (Bernama-Yonhap) -- Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan, susulan ikrar rejim itu untuk memutuskan hubungan jalan raya dan kereta api yang pernah dianggap sebagai simbol kerjasama antara kedua-dua negara.

"Korea Utara meletupkan sebahagian jalan Gyeongui dan Donghae di utara Garisan Pemisah Ketenteraan sekitar tengah hari," lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan.

JCS juga memaklumkan bahawa pihaknya meningkatkan tahap pemantauan dan kesiapsiagaan sebagai tindak balas terhadap tindakan itu.

Kedua-dua Korea dihubungkan oleh jalan raya dan kereta api sepanjang Laluan Gyeongui, yang menghubungkan bandar sempadan barat Korea Selatan, Paju, dengan Kaesong di Korea Utara, serta Laluan Donghae yang terletak di sepanjang pantai timur.

Langkah ini diambil ketika Korea Utara terus meningkatkan ketegangan dengan Korea Selatan dan menghapuskan sisa-sisa usaha penyatuan antara kedua-dua negara.

Akhir tahun lalu, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menggelar kedua-dua Korea sebagai "dua negara bermusuhan," dan sejak itu rejim itu mengambil langkah untuk memusnahkan laluan darat antara Korea.

Korea Utara juga menanggalkan lampu jalan, menanam periuk api di sepanjang bahagian negara di Laluan Gyeongui dan Donghae, serta menghantar tentera untuk membina halangan anti kereta kebal dan memperkukuhkan pagar kawat berduri di bahagian Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan kedua-dua Korea.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register