BTC USD 57,083.3 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Korea Utara bersedia lancar kapal selam peluru berpandu balistik

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,845
Reaction score
4,448
Points
601
peluru_1618222104.jpg
Foto yang dikeluarkan KCNA menunjukkan peluru berpandu balistik kapal selam dipamerkan dalam perarakan ketenteraan di Pyongyang pada Januari 2021. - Foto AFP

SEOUL: Korea Utara membina sebuah kapal selam baharu yang dipercayai mampu membawa sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu balistik dan sedang menunggu masa sesuai untuk mendedahkannya.

Ia berdasarkan satu laporan agensi berita berita Korea Selatan, Yonhap, yang memetik sumber pegawai Seoul yang tahu mengenai perkara berkenaan.

"Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) percaya Korea Utara sudah menyiapkan pembinaan kapal selam yang didedahkan pada 2019.

"Korea Utara mungkin melaksanakan ujian peluru berpandu balistik menggunakan kapal selam itu selepas majlis pelancarannya," kata pegawai itu seperti dilaporkan agensi berita berkenaan.

Kapal selam itu dipercayai dibangunkan daripada kapal selam model kelas Romeo era Soviet yang diubah suai, dan dibina di Limbungan Kapal Selatan Sinpo di sepanjang pesisir pantai timur, yang juga pangkalan armada kapal selam Korea Utara.

Menurut laporan itu, Korea Utara juga turut membina kapal selam lebih besar yang mampu membawa peluru berpandu lebih canggih, merujuk kepada peluru berpandu Pukguksong-4 dan Pukguksong-5, masing-masing didedahkan pada tahun lalu dan tahun ini ketika perarakan tentera dan mesyuarat utama parti pemerintah.

Khamis lalu, portal 38 North mendakwa berdasarkan imej satelit, Korea Utara berkemungkinan sedang bersiap sedia untuk mendedahkan peluru berpandu balistik baharu, atau melaksanakan ujian peluru berpandu daripada kapal selam.

Kali terakhir Korea Utara melaksanakan ujian peluru berpandu daripada kapal selam adalah membabitkan Pukguksong-3 pada 2019, beberapa jam selepas mengumumkan akan meneruskan rundingan nuklear dengan AS. - AGENSI

 
Sponsored Post

Mata_Pena

Super Active Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,373
Reaction score
1,843
Points
141
Korea utara ni fake country.
Tunggu waktu je dinasti keluarga akan runtuh.

Dalam sejarah empayar ape pun akan sampai waktu jatuh.

Pada waktu tu.. korea selatan akan jadi penyelamat. Bawak segala pelaburan, pembinaan, dan majukan ekonomi korea utara.
(Ambil alih)

Dan 2 negara korea akan bersatu.

(Ini firasat aku je lah)
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,056
Reaction score
643
Points
121
Harap-harap tak kelaparan lah rakyat ko makan segala peluru berpandu yang ada tu.
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,557
Reaction score
1,363
Points
111
Korea utara ni fake country.
Tunggu waktu je dinasti keluarga akan runtuh.

Dalam sejarah empayar ape pun akan sampai waktu jatuh.

Pada waktu tu.. korea selatan akan jadi penyelamat. Bawak segala pelaburan, pembinaan, dan majukan ekonomi korea utara.
(Ambil alih)

Dan 2 negara korea akan bersatu.

(Ini firasat aku je lah)

Masa aku stadi dulu prof aku kata korea utara akan jatuh, dan china akan takluk korea utara, akan jadi salah satu wilayah china. Faham faham la perangai china.

Ni dia cerita time awal 2000. Tengok je la nanti.
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,785
Reaction score
408
Points
141
Masa aku stadi dulu prof aku kata korea utara akan jatuh, dan china akan takluk korea utara, akan jadi salah satu wilayah china. Faham faham la perangai china.

Ni dia cerita time awal 2000. Tengok je la nanti.

tunggu kene serang beramai2 baru China ambil alih pentadbiran..
tapi mesti Korea Selatan nak bersatu sbb tanah tu milik negara Korea..sama mcm Jerman Timur dan Barat..
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,557
Reaction score
1,363
Points
111
tunggu kene serang beramai2 baru China ambil alih pentadbiran..
tapi mesti Korea Selatan nak bersatu sbb tanah tu milik negara Korea..sama mcm Jerman Timur dan Barat..
Yang bagi tahu ni prof masa aku stadi kat UK. Bukan calang calang orang. Publish massive journals dlm major portal around the world.
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
7,276
Reaction score
865
Points
121
sbnrnya kuasa besar ni dabel standard

kalo Iraq kejap je diorg reka konspirasi dan tumbangkan kerjaan berperlembagaan
coz kaya dengan hasil bumi

bila time KorUt, Israel dan Myanmar walau dah jadi massive killings
masih xde tindakan yg sama

coz jika invade xde hasil
 

Mata_Pena

Super Active Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,373
Reaction score
1,843
Points
141
Masa aku stadi dulu prof aku kata korea utara akan jatuh, dan china akan takluk korea utara, akan jadi salah satu wilayah china. Faham faham la perangai china.

Ni dia cerita time awal 2000. Tengok je la nanti.
China kalau takluk secara ketenteraan akan jadi penaklukkan dan kes rumit + us akan kacau.

Kalau korea selatan hantar sumbangan dan bantuan lebih mesra pasal mereka kongsi bahasa yg sama. Lg pun bawah 1 bumbung.

China pulak akan masuk campo dari segi sokongan kewangan utk pegang ekonomi. Taktik ni mmg dah berjaya.

Takyah perang2

Tapi mmg tunggu je kuasa diktator korea utara jatuh
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,137
Reaction score
2,766
Points
206
Korea selatan kalau nak bersatu akan fikir dua kali juga. Kena kongsi kekayaan ke seluruh semenanjung korea, kena bayar kos buruh dengan kadar sama, nak educate balik orang utara yang ketinggalan serba serbi 40-50 tahun ke belakang. Bahasa pun dah lain. Betul-betul makan modal.
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,461
Reaction score
1,137
Points
156
Korea selatan kalau nak bersatu akan fikir dua kali juga. Kena kongsi kekayaan ke seluruh semenanjung korea, kena bayar kos buruh dengan kadar sama, nak educate balik orang utara yang ketinggalan serba serbi 40-50 tahun ke belakang. Bahasa pun dah lain. Betul-betul makan modal.
Bahasa mereka tak sama atau loghat berbeza macam Malaysia dan Indonesia?
Nampak macam bahasa NK lebih menekan2 macam kasar je.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register