BTC USD 67,573.3 Gold USD 2,315.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Korea Selatan Pecat Klinsmann

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
446,842
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
446,842
Reaction score
35,927
Points
2,836
Awards
2

Korea Selatan pecat Klinsmann​


16 FEB 2024

2540150.jpg

Klinsmann. Foto Agensi


TEKA-TEKI masa depan Jurgen Klinsmann sebagai pengendali Korea Selatan akhirnya terjawab pada Jumaat.

Persekutuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) memutuskan untuk menamatkan khidmat jurulatih yang berasal dari Jerman itu susulan kegagalan skuad Taegeuk Warriors dalam saingan Piala Asia Qatar 2023 bulan lalu.

Keputusan pemecatan itu turut dimaklumkan kepada Klinsmann menerusi panggilan telefon sebelum Presiden KFA, Chung Mong-gyu mengumumkan pemecatannya kepada media.

Susulan pemecatan itu KFA difahamkan perlu membayar pampasan berjumlah AS$5 juta (RM24 juta) kepada jurulatih berusia 59 tahun itu.

Seperti mendapat bayangan hayatnya tidak panjang bersama Korea Klinsmann mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, staf kejurulatihan dan penyokong sepanjang bersama pasukan tersebut.

“Kepada semua pemain, staf kejurulatihan dan semua peminat bola sepak Korea dengan ikhlas dan rasa syukur!

“Terima kasih di atas semua sokongan anda yang membawa kami ke separuh akhir Piala Asia dan pengembaraan yang hebat dalam tempoh 12 bulan. Tanpa kalah 13 perlawanan berturut-turut! Teruskan berjuang,” katanya menerusi hantaran di laman sosial X.

Keputusan tersebut menyaksikan seorang jurulatih interim akan dilantik bagi membimbing Korea Selatan untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan.

Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi panas itu ialah legenda Korea Selatan, Hong Myung-bo dan Kim Ki-dong.


 
Sponsored Post

Tak sampai setahun dah kena pecat
Berita dilantik pada 27 Feb 2023
Dipecat 16 Feb 2024

Thread 'Klinsmann Pengendali Baharu Korea Selatan'

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register