BTC USD 57,645.7 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Korban kambing gebu elak banjir

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
SHAH ALAM: Mereka bukan anggota ekstrem Black Metal, tetapi lebih kepada kumpulan ajaran sesat yang menjadikan kambing gebu dan sihat untuk dikorbankan kepada jembalang tertentu sebelum darahnya dialirkan ke laut kononnya bagi mengelak kawasan mereka diserang banjir.

Upacara mengorbankan kambing itu pula tidak boleh dilakukan pada masa sebarangan sebaliknya hanya dijalankan ketika air laut pasang.

Selepas melakukan upacara syirik itu, anggota kumpulan ajaran sesat terbabit memasak kambing berkenaan di lokasi dan memakannya beramai-ramai.

Itu yang berlaku di sekitar kawasan Teluk Gong, Klang apabila sekumpulan penduduk yang dipercayai terpesong akidahnya sanggup mengorbankan kambing sebagai ‘ancak’ kepercayaan karut dianuti.


Ketika mendedahkan perkara terbabit, bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata beliau baru saja menerima maklumat berkenaan dan terkejut apabila mendengarnya.


“Berdasarkan maklumat yang saya terima, upacara terbabit dilakukan setiap bulan dan sudah berlarutan sejak berbulan lalu.

“Paling terbaru, ia dijalankan pada Deepavali lalu membabitkan penyembelihan kambing di satu kawasan di Teluk Gong. Mereka berharap selepas darah haiwan berkenaan dialirkan ke laut maka kawasan itu tidak dilanda banjir kilat akibat air pasang,” katanya, semalam.

Menurut Abdul Rahman, lebih memeranjatkan, jemaah masjid di sekitar Teluk Gong adalah antara mereka yang menganggotai kumpulan terbabit.

Beliau berharap pihak berkuasa agama Selangor mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan terbabit kerana ia syirik dan menyekutukan Allah s.w.t.

“Dulu ada yang melakukan mandi Safar, memberi ancak berupa nasi pulut dan kini mengalirkan darah kambing disembelih ke laut kononnya untuk menghindar banjir.

“Perkara seperti itu cukup mengecewakan kerana ia dilakukan sendiri oleh penganut Islam dan saya harap tiada lagi individu yang terpengaruh menjadi pengikut kumpulan terbabit,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali supaya lebih proaktif dalam memusnah, membanteras selain membendung kegiatan ajaran sesat yang dilihat semakin aktif di negeri berkenaan.

Menurut beliau, sebelum kerajaan negeri bertukar pemerintah, kegiatan ajaran sesat di Selangor berjaya dikurangkan sehingga tinggal beberapa saja yang aktif, tetapi melakukannya secara tersembunyi.

“Ketika itu, ada ajaran sesat yang tinggal kurang daripada 40 peratus saja untuk dimusnahkan, tetapi kini ada yang sudah mula aktif selepas beranggapan tiada tindakan bakal dikenakan pada mereka.

“Saya ada menghubungi beberapa pegawai pihak berkuasa agama negeri dan terkejut mendapati tiada sebarang aktiviti menentang gejala ajaran sesat kononnya kerana tiada arahan lagi diberikan setakat ini,” katanya.


nak makan kambing free cakap saja terang2

:mad:
 
Sponsored Post

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,023
Reaction score
222
Points
133
Dah jatuh haram makan kambing ni..........
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register