BTC USD 95,081.2 Gold USD 3,329.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid

MrMama

Active Member
Messages
1,631
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,631
Reaction score
7
Points
25
KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.

Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.

Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

“Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan di pusat media Parlimen di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja.

Katanya, ini berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terhadap soalan dikemukakan beliau bahawa kerajaan telah menggunakan tabung wang rakyat sebanyak RM748.26 juta untuk membina masjid melalui peruntukan khas Perdana Menteri.

‘‘Bagaimanapun tidak ada perancangan yang bersistem, struktur dan agihan peruntukan adil diberikan kepada penganut agama bukan Islam.

‘‘Menurut jawapan kerajaan, kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM9 juta untuk bantuan kepada semua institusi ibadat bukan Islam dalam tempoh 2003 hingga 2008 iaitu satu jumlah 1.2 peratus sahaja,” jelasnya.

Kor Ming menegaskan, prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan oleh itu semua rakyat Malaysia termasuk rakyat bukan beragama Islam harus menerima ajaran agama yang betul.

Menurut beliau, justeru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga.

‘‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,” jelasnya.
 
Sponsored Post

Pedulikan cia ni...... Ni semua disebabkan slogan dari PM barulah ni.... 1 malaysia....,. Tu yg cia ni mcm naik lemak..... Apa yg melayu wat, dia nak sama jgk....... Xde halangan beragama pun dah cukup baik.......:mad:

Bagi aku, cia ni seorang oportunist & nak dilihat sebagai jaguh membela nasib bangsa lain...... Seingat aku, rumah2 ibadat terutama cia, xpayah kerajaan keluar duit, tetap gagah.... sebab fund mudah diperoleh (ramai bussinesman).....

Tapi mungkin kerajaan wajar kurangkan kos pembinaan, sebaliknya cari idea mcm mana nak tarik golongan muda untuk ke masjid.....
Aku tgk, masjid gah, tapi digunakan maksima waktu sembahyang jumaat dan hari raya je...... (itupun ramai bangsa asing mcm bangla & indo) Waktu solat biasa, masjid yg gah, saf cuma sebaris dua je....... tu pun veteran2.....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register