akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 58,650
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 58,650
- Reaction score
- 6,827
- Points
- 881
- Awards
- 1
Kor Ming melampau gelarkan pemimpin Melayu-Islam lalat
IzwanJanuary 29, 2025
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah Malaysia (UMMAH) menyatakan rasa kesal dan terkilan terhadap kenyataan Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang menggelarkan pemimpin muda Umno sebagai ‘lalat’ dan dirinya sebagai ‘singa’.
- -
Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, gelaran dan kenyataan itu adalah penghinaan sangat biadab serta tidak boleh diterima, terutama apabila ia ditujukan kepada pemimpin Melayu-Islam yang membawa suara rakyat.
“Kami yakin pemimpin muda Melayu-Islam ini adalah pemimpin yang berjuang untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.
“Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, tadi.
Mohd Zai berkata, kenyataan seperti itu tidak seharusnya wujud dalam sebuah kerajaan yang kononnya mengamalkan prinsip kebersamaan dan saling menghormati.
“Tindakan Kor Ming juga jelas mencerminkan kurangnya rasa hormat terhadap pemimpin Melayu-Islam serta nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat Malaysia.
“Ia bukan sahaja memalukan pemimpin yang disasarkan, tetapi menghina bangsa Melayu Islam secara keseluruhan. Lalat seumpama serangga yang terbang hinggap mencari sisa makanan kotor dan dianggap kecil dan lemah,” katanya.
Justeru, pihaknya menggesa agar Kor Ming segera memohon maaf secara terbuka kepada pemimpin muda yang disasarkan dan seluruh rakyat Melayu atas kenyataan tersebut.
“Kami juga menuntut agar semua pihak, terutama pemimpin politik yang berucap dengan penuh tanggungjawab dan beradab dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan agar keharmonian dan perpaduan negara terus terpelihara.
“Kami juga menyeru agar rakyat Malaysia sentiasa mendukung prinsip-prinsip kesopanan dan kesusilaan, saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang politik atau kaum.
“Negara ini perlu bergerak ke arah politik matang dan sejahtera dengan semangat perpaduan, bukannya dengan saling menjatuhkan dan menghina,” katanya.
Terdahulu, Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata beliau enggan melayan mahupun bergaduh dengan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini.
Ia berhubung isu sandwic ‘ham’ yang dijual di KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan logo halal tidak sah.
Malah, Kor Ming menganggap kedudukan dirinya adalah singa, manakala Dr Akmal adalah lalat, dan tidak setaraf jika melayan kerenah Akmal itu. – HARAKAHDAILY 29/1/2025