BTC USD 24,593.4 Gold USD 1,785.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kopi buat payu dara kecut !

gooddjinn

Active Member
Messages
2,432
Joined
Mar 14, 2006
Messages
2,432
Reaction score
122
Points
43
Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. - Agensi

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Dunia/20081024225315/Article/index_html

:D :D :D
 
Sponsored Post

rissa

Super Active Member
Messages
7,123
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
huh,,, good in4 thx eheh

p.s nescafe classic menjadi pilihanku...:D
 

rissa

Super Active Member
Messages
7,123
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
so kena kurangkan singgah ke CB or SB,,,
no more ice blended even for takeaways

p.s nak boikot ke hape nie?
 

gooddjinn

Active Member
Messages
2,432
Joined
Mar 14, 2006
Messages
2,432
Reaction score
122
Points
43
so kena kurangkan singgah ke CB or SB,,,
no more ice blended even for takeaways

p.s nak boikot ke hape nie?

tak payah ler boikot.. cume kurangkan pengambilan kafein jer..

'Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka'.

:D :D :D
 

rissa

Super Active Member
Messages
7,123
Joined
May 5, 2007
Messages
7,123
Reaction score
54
Points
75
tak payah ler boikot.. cume kurangkan pengambilan kafein jer..

'Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka'.

:D :D :D

waoww bahaya utk peminum2 tegar expresso doubleshot:eek::eek:
 

tomie

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,911
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,911
Reaction score
8,277
Points
886
Awards
1
sapa yg terlebih kembang tu...bleh la amal minum kopi setiap hari :) :">
 
Sponsored Post

Top
Log in Register