Kopi Batin

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SEMENYIH: Buruan sekian lama terhadap syarikat hantu yang bertanggungjawab menghasilkan 'kopi seks' atau 'kopi batin' yang mengandungi racun berbahaya berhasil apabila dua kilang pemprosesan bahan haram itu diserbu, petang semalam.

Kilang haram yang tersorok di kawasan terpencil di Taman Perindustrian Villa Raya dan Taman Sri Haneco, Batu 23, Semenyih, dibongkar hasil intipan sekian lama.

Lebih mengejutkan apabila hasil serbuan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya merampas pelbagai bahan kimia berbahaya bernilai RM2 juta.

Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui serbuk putih dipercayai kimia sildenafil seberat dua kilogram yang mampu menghasilkan 70,000 peket serbuk kopi seks yang disembunyikan dalam tong sampah di kilang itu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM , Wan Hamid Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan pemprosesan kopi haram berkenaan di kawasan terpencil diusahakan ahli perniagaan tempatan.

Menurutnya, susulan itu, seramai 14 pegawai penguat kuasa farmasi dan dibantu 10 pegawai KPDNKK bertindak menyerbu kilang pertama kira-kira jam 5.30 petang.

"Hasil pemeriksaan dilakukan, kami menemui dua lelaki warga Nepal berusia 30-an dan seorang lelaki tempatan berusia 60-an yang mendakwa bekerja sebagai juruteknik. Siasatan menemui pelbagai peralatan digunakan khusus memproses serbuk kopi campuran.

"Agak mengejutkan apabila pegawai farmasi menemui bahan mentah iaitu serbuk putih sildenafil seberat dua kilogram yang boleh menghasilkan kira-kira 70,000 peket kopi seks haram. Selain itu, turut ditemui glukos, gula, serbuk perisa dan serbuk koko yang dijadikan bahan tambahan di dalam kopi seks berkenaan," katanya.

Menurutnya, semua bahan mentah terbabit termasuk beberapa serbuk kimia mencurigakan dipercayai diadun bersama untuk menghasilkan serbuk kopi campuran yang dijual antara RM10 hingga RM20 sepeket.

"Selain itu, kilang berkenaan didapati dijadikan makmal haram bagi memproses kopi campuran dengan pelbagai jenama termasuk makanan kesihatan dipercayai mengandungi kimia sibutramine untuk menguruskan badan.

"Susulan itu, pihak farmasi dan KPDNKK menyerbu pula satu lagi kilang terletak empat kilometer dari kilang pertama. Ketika serbuan dilakukan melalui pintu belakang, pihak kami menemui lapan wanita tempatan yang diambil bekerja membungkus produk kopi," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati beribu peket kopi dibungkus di kilang kedua berkenaan dan dimasukkan ke dalam kotak pelbagai jenama.

"Jelas satu penipuan, apabila kebanyakan kotak kopi berkenaan tertera tulisan dihasilkan di Perancis, Jepun dan Amerika Syarikat sedangkan ia produk dikilangkan di negara ini.

"Pihak KKM percaya, kilang kedua itu dijadikan markas membungkus pelbagai jenama kopi campuran yang ditambah kimia perangsang seks sebelum diedarkan kepada syarikat jualan langsung tempatan selain dieksport," katanya.
 
Sponsored Post

sokia

Legendary Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
16,256
Reaction score
5
Points
115
dasat tu....hati2 sebelum minum
 
Sponsored Post
Top
Log in Register