BTC USD 111,075 Gold USD 3,328.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Usahawan Siswazah Perdana (M) Berhad - kosperberhad.com

Tak patut betul la koperasi KOSPER ni, macam main-main kan orang sahaja. Ramai terjebak kat sini ni. Nasib baik tak bayar yuran dia RM250 tu, kalau tak burn la. Dah la bagi sijil atas nama KOSPER BIO TANI, bukannya atas nama koperasi, tu yg musykil tu.

Kira koperasi amik untung masuk poket la ni... sebab dah tentu duit masuk kat kosper bio tani sdn bhd / enterprise . ..tah mana satu yg betul ... aku pun terjebak join program ni pada tahun lepas lagi bulan 11. Skrg ada 16 kompeni yg jalankan program ni, tapi kompeni yg paling awal adalah AKU UNITED la. skrg diorang jalankan atas nama AJL ... amacam agak-agak... pikir-pikirkan la. PRojek tu memang ada la, dah pegi sana. tapi apa2 "invest at your own risk la', tengok betul2, dah join jangan komplen kalau apa-apa jadi..
 
Sponsored Post

ini betul betul gempak

KOPERASI USAHAWAN SISWAZAH PERDANA BERHAD (KOSPER) Tidak diluluskan PErmohonan untuk ditubuhkan. dan kepada mereka yang telah membayar deposit diminta Membuat laporan bertulis kepada Pengarah SKM wilayah. dan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia.

Penubuhan kosper ini telah dibatalkan oleh sebab terdapat perlanggaran Akta koperasi dan mengambil deposit secara tidak sah.

SUMBER : (Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)Wilayah Persekutuan)


so dah tamat la pencarian dan kepastian yang saya cari selama ini
kosper memang penipu dan merosakkan wang org islam sahaja...

bagi yang telah terkena diminta membuat laporan kepada bank negara mahupun SKM

wow..daftar tak lepas..

kalo camnih..memang :(scam ler...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register