Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB)

CG Sponsors




aiman27

Active+ Member
Joined
May 14, 2010
Messages
4,608
Reaction score
729
Points
71
KOTA BHARU, 11.Ogos - Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) yang telah ditubuhkan pada 21 .Januari.2011 mensasarkan RM10juta akan berjaya dipungut buat permulaannya dari ahli bagi menggerakkan ekonomi koperasi tersebut. Demikian dijelaskan oleh Pengerusi KRKB Haji Sabri Abdullah di sidang media malam tadi.

Sabri berkata KRKB ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Kelantan sama-sama melibatkan diri dalam bidang perniagaan terutamanya dalam perniagaan Ar.Rahn.

Menurut beliau lagi KRKB telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Permodalan Kelantan Berhad(PKB) yang menguruskan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn.

Beliau juga berkata walaupun KRKB ini baru ditubuhkan dan kini masih lagi membuka keahlian kepada rakyat Kelantan, namun yakin dengan prestasi yang memberangsangkan Ar-Rahn yang kini sudah mempunyai 25 cawangan di seluruh negara ahli akan mendapat pulangan dividen yang tinggi.

“ Kita akan menggunakan RM10juta yang kita dapat nanti untuk dilaburkan dalam perniagaan Ar-Rahn ini dan PKB telah memberi komitmen untuk menerima pelaburan dari koperasi ini.” Ujar beliau.

Ahli KRKB tidak perlu bimbang dalam urusan kewangan koperasi ini kerana KRKB telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) untuk membuat pelaburan dalam projek usahasama dan francais Ar-Rahn dan kerjasama antara kedua pihak ini akan memulakan pelaburan pertama di cawangan Ar-Rahn Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Bharu.

“antara kelebihan melabur dalam KRKB ini ialah pulangan dividen yang kompetitif serta saham minima sebanyak RM500 sahaja serta ahli diberi peluang untuk menambah dengan tanpa had dan pelaburan juga berasaskan syariah”katanya lagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan koperasi ini melalui talian 09-7414332 / 7432281 atau terus ke pejabat KRKB yang terletak di Pusat Pasar Borong Wakaf Che Yeh(Koperasi Rakyat Kelantan. Lot Pt 448, Tingkat 2, Jalan Kuala Krai, Batu 3, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan). Website : krk.com.my

http://gegarkelantan.net/v2/kota-bharu/koperasi-rakyat-kelantan-sasar-rm50-juta.html



Keistimewaan KRKB



* Pulangan dividen yang kompetitif.

* Risiko pelaburan yang rendah.


* Pelaburan berlandaskan syariah.

* Kumpulan pengurusan yang profesional.

* Saham minima RM500.00 dan tambahan tanpa had.



Syarat dan terma keanggotaan


* Berumur 18 tahun ke atas.

* Seluruh rakyat Kelantan walau di mana berada.

* Bermastautin tidak kurang 5 tahun di Kelantan.

* Anak yang Ibu atau bapanya dilahirkan di Kelantan.

* Bekerja di Kelantan sekurang-kurangnya 2 tahun berterusan (surat pengesahan majikan).

* Tidak disabitkan dengan kesalahan undang-undang.

* Usahasama dengan Permodalan Kelantan Berhad.



Cara Nak Memohon


* Mengisi Borang Permohonan Menjadi Anggota dengan lengkap (Borang boleh didapati di pejabat KRKB, Cawangan Ar-Rahn terdekat atau muat turun Laman Web KRKB

* Membuat bayaran pendaftaran ahli sebanyak RM 10.00

* Membuat bayaran saham minima RM 500.00 atau tambahan tanpa had secara sekaligus

* Semua bayaran boleh dibuat di pejabat KRKB atau melalui bank CIMB, no akaun- 03130000487108

* Sila pos @ faks salinan slip pembayaran ke nombor 09-7432280 sebagai bukti pembayaran

* Resit pembayaran akan dikeluarkan apabila bayaran telah dibuat

* Hantarkan borang serta bayaran ke pejabat KRKB
 
Last edited:
Sponsored Post

asby

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 8, 2009
Messages
11,810
Reaction score
14
Points
120
menarik..kena tanya lebih lanjut lagi
 

yushar

Fun Poster
Joined
Dec 27, 2005
Messages
192
Reaction score
1
Points
15
koperasi baru nih. buat bisnes ar-rahn. ada peluang untung tinggi.

mgkn blh cuba labur 2,3 ribu dulu ..
 

adiwira

Active Member
Joined
Feb 17, 2011
Messages
1,217
Reaction score
141
Points
33
Ingatkan koperasi Perumahan rakyat kelantan berhad tapi
Koperasi rakyat kelantan berhad rupenya..

Elok jugak nak test rm5k <..
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
rakyat kelantan jer ker...rakyat laen xbley join ker...
 

kawebiz

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2008
Messages
3,951
Reaction score
18
Points
25
untuk rakyat kelate jer
baru dilancarkan semalam 14hb oleh MB Kelate..

modal minima rm500...
cepat rebut peluang...
 

AARCEMARA

Active Member
Joined
Jul 8, 2010
Messages
1,157
Reaction score
56
Points
30
adus tak ada pluang le nampaknya...bukan org kelntan..mlepas den
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
kena ic kelate ke?

baru nak try...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register