BTC USD 39,251.1 Gold USD 1,799.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi kosara malaysia berhad

shamputra

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,993
Reaction score
23
Points
25
salam...saya ade terjumpa artikel mengenai koperasi pesara kerajaan. adakah ia boleh dipercayai?atau ia hanya koperasi biasa sahaja

iklan+KOSARA.JPG

KOSARA UTAMAKAN KEBAJIKAN AHLI

Pernahkah anda terfikir ke mana tujuan anda selepas bersara? Mungkin bagi sesetengah orang, bersara adalah saat yang paling ditunggu-tunggu dalam dunia kerjaya bagaimanapun, ada juga yan melanjutkan perkhidmatan semata-mata untuk menghilangkan kesunyian. Ada juga yang menghabiskan masa bersama cucu-cucu sambil beribadat padahal banyak lagi peluang menarik menanti golongan ini.

Perkara ini adalah lumrah dalam hidup seseorang apabila digelar pesara. Hal ini sebenarnya bukanlah satu jalan penyudah bagi golongan ini kerana inilah peluang keemasan yang patut digunakan oleh mereka untuk melalui satu fasa baru dalam kehidupan selepas sekian lama sibuk menguruskan kerjaya.

Kini, pesara mempunyai banyak pilihan untuk bersosial dan menghabiskan masa lapang. Kosara merupakan satu-satunya koperasi yang ditubuhkan untuk menghimpunkan pesara di samping menitikberatkan aspek kebajikan.

Kosara ditubuhkan pada 17 Januari 2009 yang lalu dengan objektif yang tersendiri.

Pengurusi Kosara, Louis Md Zain berkata, walaupun baru sahaja ditubuhkan, namun ia merupakan satu usaha untuk mengumpulkan seramai mungkin golongan pesara menyertai koperasi ini.

Beliau berkata,”Kami mensasarkan 50 ribu penyertaan dan mengalu-alukan seramai mungkin, kerana koperasi ini satu-satunya tempat untuk pesara bertukar idea, bekerjasama dan memohon bantuan”.

Memandangkan penyertaan tidak terhad, kosara telah menetapkan RM20 sebagai yuran keanggotaan seumur hidup. Di samping itu juga, saham untuk seorang ahli adalah serendah RM200 dan lebih, mengikut kemampuan ahli. Ahli juga boleh menjelaskan bayaran ini mengikut kadar tertentu dalam tempoh enam bulan. Tidak ada syarat-syarat tertentu untuk menyertai koperasi ini. Had umur juga tidak terbatas dan tidak perlu mempunyai kad pencen dan sebagainya.

Selain mengutamakan soal kebajikan, koperasi ini merupakan satu-satunya tempat perlindungan golongan pesara sekiranya mereka ditimpa masalah. Dalam usia emas, ahli juga boleh menunaikan ibadah haji dan umrah.

“Kami masih lagi dalam perancangan untuk membuat lawtan ke pejabat kerajaan negeri bagi mendapat sokongan untuk membangunkan tanah dengan mendirikan chalet bagi memudahkan pesara menjana pendapatan bukan sahaja unutk kepentingan koperasi malahan untuk kerajaan juga” katanya.

Louis percaya dengan adanya penyertaan daripada pesara yang terdiri daripada pelbagai bidang mampu menjana ekonomi negara seiring dengan wawasan kerajaan.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Koperasi Kosara Malaysa Berhad, No9-3, Jalan Wangsa Maju Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuaa Lumpur menerusi talian 03-41430014 atau fax di 03-414313.

SUMBER : SINAR HARIAN JUMAAT 15 MEI 2009

#JIKA SILAP TREAD, MOD SILA ALIHKAN.THANKS..
 
Sponsored Post

mustang rider

Active+ Member
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33

kalau nak kepastian refer kat SKM (suruhanjaya koperasi)

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
danialarif

Freshie
Joined
Nov 2, 2007
Messages
2
Reaction score
0
Points
3
Senangn je, kalau denganr macam "Too good to be true", biasanya memang scam la.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register