BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Birr Bhd

adakah koperasi dibenarkan membuat pelaburanbegitu
kerana tujuan asal kewujudan koperasi adalah untuk menjalankan aktiviti perniagaan bersama-sama anggotanya
pengambilan modal/pelaburan dari anggota dan bukan anggota merupakan suatu kelemahan dalam perancangan penubuhan koperasi
 
KENYATAAN AKHBAR



1. Kebelakangan ini Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mendapati pelbagai iklan dan tawaran melalui internet dan risalah-risalah mengenai program-program perniagaan bercirikan ‘skim cepat kaya’ yang ditawarkan oleh koperasi-koperasi kepada orang awam yang menjamin pulangan lumayan sehingga ada yang menawarkan pulangan pelaburan sehingga 10 peratus pulangan/dividen setiap bulan. Risalah-risalah ini telah disebarkan secara meluas di tempat-tempat awam seperti stesen bas dan di masjid-masjid.


2. SKM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan tersebut. Beberapa kes ke atas anggota lembaga telah berjaya diambil tindakan termasuk menggantung, membubar dan memecat mereka yang terlibat dalam skim seumpama itu. Lain-lain yang terlibat masih dalam pemeriksaan dan siasatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.


3. SKM menyeru agar orang ramai berwaspada, berhati-hati dan bertindak bijak terhadap tawaran yang dijanjikan oleh koperasi-koperasi berkenaan supaya tidak mudah tertipu dengan pelaburan ala ‘skim cepat kaya’ yang dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan.


4. Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang musykil dan ragu-ragu mengenai kedudukan perniagaan koperasi, bolehlah meminta penjelasan daripada SKM melalui hubungan seperti berikut:-


No. Faksimili: 03-20944272/03-20935026

No. Telefon: 03-20935098 samb. 5807 (En. Alias Anak Ilai)

Atau sambungan 5828 (Pn. Rohana bt Mazlan)

E-mail: [email protected]





SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

TINGKAT 5, 6 & 7, BLOK J,

PUSAT BANDAR DAMANSARA,

50608 KUALA LUMPUR



JUN 2008
 
Jemputan,

PINJAMAN PERSAHABATAN KOPERASI

Hari ini dan esok

kepada rakan-rakan di Kuching, Sarawak,19-20 hb July, satu sesi taklimat biasa di No.838 level 8 bertmpt di HOLIDAY INN, Kuching berkenaan Dana Keusahawanan Koperasi Aristokrat Malaysia berhad. Semua rakan dijemput ke sana bila-bila masa bermula jam 2 ptg nie hingga 11 malam dan esok 8pagi hingga 5 ptg. Tidak formal.

Dapatkan info terus dari koperasi. Maklumkan semua!!!

Asharil
K00065
0194787756

www.keef-korat.com
 
SINI SAJA NAK KONGSI DENGAN KAWAN KAWAN MUNGKIN ADA YANG TAK BACA PAPER PADA 20 JULAI 2008 MUKA SURAT..23 MM

KAT SINI SAYA AMBIL DARI MM....SAMA SAMA KITA TAHU.....BESTNYA KOPERASI.......

DARIPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
Koperasi yang berjaya memberi dividen melabihi 25 %
1. KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD 175%
2. KOPERASI PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK BERHAD 100%
3. KOPERASI PERKERJA-PERKERJA STEVEDORING TAWAU BERHAD @ KOPESTA 93.47%
4. KOPERASI DOKTOR MALAYSIA BERHAD 70%
5. UNITED DEVELOPMENT COOPERATIVE SOCIETY LIMITED 70%
6. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN BERHAD 70%
7. KOPERASI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK BERHAD 50%
8. KOPERASI KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN SABAH BERHAD 50%
9. KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN BAN HIN LEE BANK BERHAD 50%
10. KOPERASI MERCU WARISAN MALAYSIA BERHAD 40%
11. KOPERASI GABUNGAN PEKEBUN KECIL PERAK BERHAD 30%
12. KOPERASI SERBAUSAHA MAKMUR BERHAD 30%
13. KOPERASI POLIS TERENGGANU BERHAD 30%
14. KOPERASI RANCANGAN TANAH BELIAWANIS BUKIT SEGAMAT BERHAD 30%
15. KOPERASI PERUSAHAN TANAH SUNGGAI LUI NEGERI SEMBILAN BERHAD 30%
16. KOPERASI WANITA KEPALA BATAS BERHAD 30%
17. KOPERASI JAKOPEN BERHAD 30%
18. KOPERASI KOLEJ ISLAM SAINS TERENGGANU BERHAD 30%
19. KOPERASI PEGAWAI PEGAWAI TADBIR NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERHAD 30%
20. KOPERASI BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD 20%

KOPERASI OH KOPERASI.......MAJU KOPERASI UNTUK NEGARA
 
nak tanya,sape yang dah join??betul ke dia bagi dividen tu sampai 25%??atau scam saja..
 
nak tanya,sape yang dah join??betul ke dia bagi dividen tu sampai 25%??atau scam saja..
 
nak tanya,sape yang dah join??betul ke dia bagi dividen tu sampai 25%??atau scam saja..

tentang dividen tu bukan scam........sebab saya sendiri pun pernah dapat 25 peratus tapi dah lama masa tu saya dapat dari koperasi bank rakyat........ini betul betul bukan cobaan.......:D:D:)cgrock:)cgrock.....masa tu pun syer masih lagi di buka untk ahli......
 
Birr diserbu!!!

Tiga koperasi skim cepat kaya diserbu
17/12/2008 4:39pm

Oleh HASHNAN ADBULLAH

PUTRAJAYA 17 Dis. – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara menyerbu secara serentak tiga buah koperasi masing-masing satu di Kelantan dan dua lagi di Kuala Lumpur semalam setelah dikenal pasti menjalankan kegiatan pelaburan bercirikan skim cepat kaya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, tiga koperasi itu adalah Koperasi Taqwa Malaysia Berhad (KOTAQWA) yang berpusat di Kelantan serta Koperasi Usahawan Malaysia Berhad (KUMB) dan Koperasi Birr Berhad (Birr).

Menurutnya, ketiga-tiga koperasi yang beroperasi sejak 2006 itu mempunyai nilai pelaburan berjumlah kira-kira RM80 juta.

Serentak itu, kata beliau, akaun dan aset milik ketiga-tiga koperasi itu dibekukan untuk siasatan lanjut. – Utusan.


SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

:(scam:(scam:(scam:(scam
 
Back
Top
Log in Register