kamal_kampong
Legendary Member
- Joined
- Apr 30, 2007
- Messages
- 16,675
- Reaction score
- 839
- Points
- 171
KUALA LUMPUR: Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Bhd (CBP) dijangka akan memberikan dividen kepada ahlinya pada kadar yang lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 2019 berbanding tujuh peratus pada 2018, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nor Abd Razak.
Tanpa menyatakan kadarnya kerana proses pengauditan masih dijalankan, beliau berkata pemberian dividen itu akan dibuat pada Mei ini.
“Pengumuman hanya akan dibuat (mengenai kadar dividen) selepas diluluskan oleh pengawal selia.
“Setakat hari ini, 60 peratus sudah selesai dan prestasi pencapaian CBP pada 2019 amat menggalakkan dan melebihi daripada apa yang dicapai pada 2018,” katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini .
Beliau berkata, CBP turut dijangka mencatatkan keuntungan bagi 2019 melebihi RM52 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya.
CBP yang ditubuhkan pada 7 Jun 1950 diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai sebuah bank pada 2004, kini memiliki keanggotaan melebihi 90,000 orang dan modal syer berbayar hampir RM1 billion.
Tahun lalu, CBP mengumumkan pemberian dividen sebanyak tujuh peratus kepada ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018 berbanding hanya enam peratus bagi tahun sebelumnya.
Ia pemberian dividen tertinggi dalam tempoh lima tahun.
-BERNAMA