pioneersynergy2u
Fun Poster
- Messages
- 474
- Joined
- Jun 22, 2008
- Messages
- 474
- Reaction score
- 49
- Points
- 20
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
dua bekas ahli lembaga koperasi didenda rm50,000 dan rm20,000
12 disember 2012
seremban - dua bekas ahli lembaga koperasi aristokrat malaysia berhad masing-masing didenda rm50,000 dan rm20,000 oleh mahkamah sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah kerana mengemukakan diri sebagai koperasi sedangkan koperasi itu belum didaftarkan dengan suruhanjaya koperasi malaysia (skm), empat tahun lalu.
Ahmad fauzi daud, 41 dan kakaknya rosliana, 44 turut menghadapi hukuman penjara masing-masing enam bulan dan tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
Hakim datin m. Kunasundary bagaimana pun membenarkan denda dan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua tertuduh mengemukakan rayuan di mahkamah tinggi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengemukakan diri sebagai ahli lembaga koperasi tersebut di sebuah bank di sini bagi membuka akaun semasa atas nama koperasi sedangkan koperasi tersebut belum didaftarkan dengan skm.
Ahmad fauzi yang bertindak sebagai pengerusi manakala kakaknya sebagai setiausaha koperasi tersebut melakukan kesalahan itu di rhb bank berhad cawangan taipan senawang, di sini, pada 5 jun 2008.
Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut seksyen 10a (1) akta koperasi 1993 (akta 502) dan boleh dihukum di bawah seksyen 10a(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih rm5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Turut didakwa bagi pertuduhan sama di bawah seksyen dan akta yang sama adalah anak saudara ahmad fauzi iaitu nur ruzliana ruzlam, 23, yang bertindak selaku bendahari koperasi tersebut.
Bagaimanapun dia dibebaskan dengan bon berkelakuan baik selama tiga tahun bercagaran rm10,000 dengan seorang penjamin.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam rajinder singh manakala pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa skm, norzarina jamaluddin - bernama
__________________
Dua bekas ahli lembaga koperasi didenda RM50,000 dan RM20,000
12 Disember 2012
SEREMBAN - Dua bekas ahli lembaga Koperasi Aristokrat Malaysia Berhad masing-masing didenda RM50,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah kerana mengemukakan diri sebagai koperasi sedangkan koperasi itu belum didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), empat tahun lalu.
Ahmad Fauzi Daud, 41 dan kakaknya Rosliana, 44 turut menghadapi hukuman penjara masing-masing enam bulan dan tiga bulan jika gagal membayar denda itu.
Hakim Datin M. Kunasundary bagaimana pun membenarkan denda dan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua tertuduh mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengemukakan diri sebagai ahli lembaga koperasi tersebut di sebuah bank di sini bagi membuka akaun semasa atas nama koperasi sedangkan koperasi tersebut belum didaftarkan dengan SKM.
Ahmad Fauzi yang bertindak sebagai pengerusi manakala kakaknya sebagai setiausaha koperasi tersebut melakukan kesalahan itu di RHB Bank Berhad cawangan Taipan Senawang, di sini, pada 5 Jun 2008.
Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 10A (1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 10A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Turut didakwa bagi pertuduhan sama di bawah seksyen dan akta yang sama adalah anak saudara Ahmad Fauzi iaitu Nur Ruzliana Ruzlam, 23, yang bertindak selaku bendahari koperasi tersebut.
Bagaimanapun dia dibebaskan dengan bon berkelakuan baik selama tiga tahun bercagaran RM10,000 dengan seorang penjamin.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Rajinder Singh manakala pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SKM, Norzarina Jamaluddin - Bernama
__________________