BTC USD 111,075 Gold USD 3,328.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi aristokrat malaysia berhad (n-6-0317)

Fauzi Datuk penipu???

Fauzi-KoratN9.jpg

100_0558.jpg

Waspada berurusan dengan individu mendakwa Datuk

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Orang ramai digesa supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan urusan perniagaan termasuk dengan individu yang mendakwa mempunyai gelaran Datuk.

Ini kerana semakin banyak pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan gelaran itu bagi mengaburi mangsa seperti yang dilakukan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang berkata, orang ramai perlu 'membuka mata' mereka dan jangan terlalu cepat percaya apabila berurusan dengan pihak yang tidak dikenali, termasuk yang bergelar Datuk.

Katanya, orang ramai yang berurusan dengan individu bergelar Datuk perlu memastikan terlebih dahulu kesahihan pangkat tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Pada masa kini, semakin banyak pihak yang mendakwa diri mereka sebagai Datuk walaupun sebenarnya mereka tidak pernah dikurniakan gelaran tersebut.

"Mereka hanya menggunakannya untuk kepentingan peribadi dan 'memancing' mangsa sebelum melakukan kegiatan jenayah seperti yang berlaku dalam kes Datuk Sosilawati Lawiya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nama suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang tidak tersenarai sebagai Penerima Darjah Kebesaran (Bergelar) Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan yang disiarkan dalam laman web rasmi Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA).

Bagi Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Aspalella A. Rahman pula, gelaran Datuk pada masa kini tidak lagi menjamin personaliti seseorang itu.

Beliau juga khuatir persepsi masyarakat terhadap pemegang gelaran tersebut akan turut berubah berikutan kes pembunuhan Datuk Sosilawati.

"Suatu ketika dahulu gelaran Datuk adalah untuk individu yang berjasa kepada negara tetapi kini terdapat golongan yang sewenang-wenangnya menggunakan gelaran tersebut untuk mengaburi mata masyarakat dan melakukan perbuatan terkutuk.

"Saya khuatir kes seumpama ini (pembunuhan Sosilawati) akan memberi impak kepada mereka yang mempunyai gelaran Datuk dan menghakis rasa hormat orang ramai terhadap mereka,'' jelasnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad percaya terdapat banyak kes penipuan oleh individu yang menggunakan gelaran Datuk berlaku sebelum ini tetapi tidak mendapat liputan kerana tiada laporan polis yang dibuat berhubung salah laku tersebut.

''Saya berharap kes pembunuhan Sosilawati ini akan membuka mata orang ramai supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu percaya kepada individu bergelar Datuk sebelum mengesahkan kesahihannya,'' katanya.

SEMAKAN DARJAH DAN GELARAN DATUK/DATO
http://www.istiadat.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=63&Itemid=0

JADI, ADAKAH GAMBAR DI ATAS YANG BERGELAR DATUK MERUPAKAN DATUK YANG DIANUGERAHKAN? SO U ALL PANTAU DAN JAUHILAH DARI BELIAU. WASPADA KERANA WAJAH DI ATAS PERNAH SCAMMMMM DUIT AHLI KOPERASI DAN MENJALANKAN BIZ ATAS ANGIN. SEBELUM INI BELIAU MEMBUKA KOPERASI DI N9 TAPI KANTOI OLEH SKM MALAYSIA DAN KINI BUKA PERSATUAN KUTIP DUIT AHLI PULA...SO RUJUK DULU DENGAN AGENSI YANG BOLEH MENGESAHKAN. SELAMAT HARI MALAYSIA.
 
Sponsored Post

KOPERASI ARISTOKRAT MALAYSIA BERHAD

Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menjalankan pendakwaan terhadap 2 Ahli Lembaga Koperasi iaitu Koperasi ARISTOKRAT Malaysia Berhad pada 14/10/2010 di Mahkamah Sesyen 3 Seremban. Pendakwaan di buat terhadap Pengerusi dan Setiausaha Koperasi ini yang merupakan adik beradik dan seorang daripadanya bergelar Dato’.

Pihak Pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM100,000.00. Setelah rayuan di buat oleh peguam kedua-dua OKT, Mahkamah telah memerintahkan jaminan sejumlah RM50,000.00 bagi setiap OKT, passport antarabangsa OKT diserahkan kepada Mahkamah dan Kedua-dua OKT dikehendaki melapor diri sekali setiap bulan di pejabat KPDNKK di Seremban 2.

Kedua-dua OKT di dakwa atas pertuduhan berikut yang melibatkan sejumlah RM3.99 juta yang di kutip dari orang awam.
PERTUDUHAN TERHADAP DATO AHMAD FAUZI BIN DAUD SELAKU PENGERUSI KOPERASI

1) Kesalahan di bawah Seksyen 10A Akta Koperasi 1993
Suspek telah mengemukakan diri sebagai koperasi sedangkan koperasi masih belum di daftarkan dengan SKM. Suspek telah membuka akaun koperasi di RHB Bank cawangan Taman Senawang, Seremban.

2) Kesalahan di bawah Seksyen 10A Akta Koperasi 1993
Suspek telah mengemukakan diri sebagai koperasi walaupun koperasi masih belum didaftarkan dengan SKM. Suspek telah mengambil deposit sejumlah RM3.99 juta yang dinamakan sebagai pinjaman persahabatan dari orang awam.

3) Kesalahan di bawah Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993.
Suspek telah secara tidak berhemat dan bertekun telah mengambil deposit dari anggota koperasi dan orang awam dengan menawarkan pembayaran balik sejumlah 10% hingga 12% sebulan atas jumlah deposit tersebut walaupun koperasi belum mempunyai sebarang aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

4) Kesalahan di bawah Seksyen 46(1) Akta Koperasi 1993
Suspek telah didakwa mengambil wang koperasi sejumlah RM3,600.00 sebagai bayaran elaun tanpa kelulusan Mesyuarat agung Tahunan koperasi.

5) Kesalahan di bawah Seksyen 50(e) Akta Koperasi 1993
Suspek telah mengambil mengambil deposit yang dinamakan sebagai pinjaman persahabatan dari bukan anggota tanpa kelulusan SKM.

6) Kesalahan di bawah Seksyen 54(2)(d) Akta Koperasi 1993
Suspek telah menggunakan wang koperasi sejumlah RM2,512,500.00 sebagai pelaburan harta tak alih ke dalam Syarikat Pantas Klasik Sdn. Bhd.

7) Kesalahan di bawah Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993
Suspek telah secara tidak berhemat dan bertekun telah mengambil wang koperasi sejumlah RM252,000.00 sebagai pinjaman untuk membeli kenderaan untuk diri sendiri tanpa mendapat kelulusan dari Mesyuarat Lembaga Koperasi terlebih dahulu. Suspek gagal membayar balik pinjaman ini menyebabkan koperasi mengalami kerugian sejumlah RM 252,000.00.

8) Kesalahan di bawah Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993
Suspek telah secara tidak berhemat dan bertekun telah menggunakan wang koperasi sejumlah RM2,512,500.00 sebagai pelaburan ke dalam Syarikat Pantas Klasik Sdn. Bhd.(SPKSB) tanpa membuat kajian daya maju terlebih dahulu. Tindakan suspek menyebabkan koperasi mengalami kerugian sejumlah RM1,170,788.00 kerana SPKSB gagal membayar balik wang pokok pelaburan ini.

9) Kesalahan di bawah Seksyen 46(1) Akta Koperasi 1993
Suspek telah mengambil wang koperasi sejumlah RM32,000.00 sebagai bayaran gaji untuk diri sendiri di mana suspek tidak layak untuk dibayar gaji.

PERTUDUHAN TERHADAP ROSLINA BINTI DAUD SELAKU SETIAUSAHA KOPERASI.

1) Kesalahan di bawah Seksyen 10A Akta Koperasi 1993
Suspek telah mengemukakan diri sebagai koperasi sedangkan koperasi masih belum di daftarkan dengan SKM. Suspek telah membuka akaun koperasi di RHB Bank cawangan Taman Senawang, Seremban.

2) Kesalahan di bawah Seksyen 10A Akta Koperasi 1993
Suspek telah mengemukakan diri sebagai koperasi walaupun koperasi masih belum didaftarkan dengan SKM. Suspek telah mengambil deposit sejumlah RM3.99 juta yang dinamakan sebagai pinjaman persahabatan dari orang awam.

3) Kesalahan di bawah Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993.
Suspek telah secara tidak berhemat dan bertekun telah mengambil deposit dari anggota koperasi dan orang awam dengan menawarkan pembayaran balik sejumlah 10% hingga 12% sebulan atas jumlah deposit tersebut walaupun koperasi belum mempunyai sebarang aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

4) Kesalahan di bawah Seksyen 46(1) Akta Koperasi 1993
Suspek telah didakwa mengambil wang koperasi sejumlah RM3,000.00 sebagai bayaran elaun tanpa kelulusan Mesyuarat agung Tahunan koperasi.

5) Kesalahan di bawah Seksyen 50(e) Akta Koperasi 1993
Suspek telah mengambil mengambil deposit yang dinamakan sebagai pinjaman persahabatan dari bukan anggota tanpa kelulusan SKM.

6) Kesalahan di bawah Seksyen 54(2)(d) Akta Koperasi 1993
Suspek telah menggunakan wang koperasi sejumlah RM2,512,500.00 sebagai pelaburan harta tak alih ke dalam Syarikat Pantas Klasik Sdn. Bhd.

7) Kesalahan di bawah Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993
Suspek telah secara tidak berhemat dan bertekun telah membuat bayaran sejumlah RM252,000.00 kepada Ahmad Fauzi Bin Daud sebagai pinjaman tanpa mendapat kelulusan dari Mesyuarat Lembaga Koperasi terlebih dahulu. Koperasi mengalami kerugian sejumlah RM 252,000.00 kerana peminjam gagal menjelaskan pinjaman ini.

8) Kesalahan di bawah Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993
Suspek telah secara tidak berhemat dan bertekun telah menggunakan wang koperasi sejumlah RM2,512,500.00 sebagai pelaburan ke dalam Syarikat Pantas Klasik Sdn. Bhd.(SPKSB) tanpa membuat kajian daya maju terlebih dahulu. Tindakan suspek menyebabkan koperasi mengalami kerugian sejumlah RM1,170,788.00 kerana SPKSB gagal membayar balik wang pokok pelaburan ini.

9) Kesalahan di bawah Seksyen 46(1) Akta Koperasi 1993
Suspek telah mengambil wang koperasi sejumlah RM20,030.00 sebagai bayaran gaji untuk diri sendiri di mana suspek tidak layak untuk dibayar gaji.

Hakim : Tuan Amran bin Jantan
Pegawai Pendakwa SKM: En. Kamarulzaman Bin Mohamad Buhari
Peguambela : En. S. Paul Krishnaraja
 
Apakah mereka berdua ini akan/sudah dipenjarakan atas puluhan kesalahan di bwh seksyen akta koperasi? Bagaimana pula dengan ahli2 koperasi yang teraniaya dan dilucutkan keahlian tanpa wajaran?

Mohon bantuan en jani.

Pihak Pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM100,000.00. Setelah rayuan di buat oleh peguam kedua-dua OKT, Mahkamah telah memerintahkan jaminan sejumlah RM50,000.00 bagi setiap OKT, passport antarabangsa OKT diserahkan kepada Mahkamah dan Kedua-dua OKT dikehendaki melapor diri sekali setiap bulan di pejabat KPDNKK di Seremban 2.

perbicaraan masih lg berjalan& tertuduh cuma kna hadir mahkamah bila ada perbicaraan.

Ahli @ anggota koperasi. biasanya seseorang anggota koperasi hanya layak diisytiharkan anggota koperasi apabila membayar yuran masuk & membayar modal syer minimum.
yang menjadi persoalan.. ahli @ anggota ni membayar modal syer kepada koperasi atau memberi pinjaman persahabatan?
sekiranya ahli membayar modal syer masih boleh menuntut modal syer tersebut kembali. Just my 2cent..& juga pglman kerja ngn SKM dl..
 
saya nak tanya sikit tentang ni.....................

sekiranya ahli membayar modal syer masih boleh menuntut modal syer tersebut kembali. Just my 2cent..& juga pglman kerja ngn SKM dl..

kat bahagian mana nak tanya pasal tu.....pengalaman tu penting.....
Reply With Quote
 
refer pada tempat koperasi tu register..klau register kt seremban..pergi ke skm seremban.. biasa ada pegawai khas yang uruskan tentang koperasi bermasalah camni..
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Back
Top
Log in Register