BTC USD 33,640.7 Gold USD 1,782.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperal polis tendang perut pengawal keselamatan ditahan

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,110
Reaction score
307
Points
51

FOTO HIASAN

Petaling Jaya: Seorang koperal polis ditahan selepas dipercayai menendang perut pengawal keselamatan di sebuah kediaman Taman Sri Manja, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, seorang pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat laporan berhubung perkara itu jam 9 pagi, semalam.

"Laporan itu dibuat selepas pegawai berkenaan melihat satu rakaman video pergaduhan membabitkan seorang pengawal keselamatan dan anggota polis bertugas di IPD Petaling Jaya yang tular di aplikasi WhasApp.

"Pertengkaran itu berpunca apabila mangsa yang juga pengawal keselamatan berusia 59 tahun tidak membuka palang pintu masuk kawasan kediaman berkenaan lebih awal.

"Keadaan itu menyebabkan suspek (anggota polis) berusia 30-an terpaksa memberhentikan kenderaan serta menunggu lama sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

"Malah, suspek mendakwa mangsa mengeluarkan perkataan kesat kepada suspek menyebabkannya tidak berpuas hati lalu menendang perut pengawal keselamatan itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Suspek juga dikatakan turut mengugut mangsa kononnya mahu memukul pengawal keselamatan berkenaan menggunakan topi keledar miliknya.

"Susulan itu, kami menahan anggota berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah serta mendatangkan kecederaan," katanya.

Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan jenayah ke atas orang awam.


== harian metro
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,382
Reaction score
136
Points
43
wow, garang benor polis nya. puasa kot...
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,728
Reaction score
706
Points
171
Goodjob...Tahniah...
Anda pasti bangge dgn diri anda...
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
5,785
Reaction score
1,302
Points
156
Kadang2 boom gate ada masalah teknikal.
Bersabar je lah kalau lewat sikit pun.
Sedangkan TnGo pun kadang2 palang tak naik sebab teknikal.
Tak pernah pulak dengar jurutol kena tendang.
Semua orang tengah panas baran sebab kes wabak dan tak boleh balik kampung.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
32,914
Reaction score
1,886
Points
201
yusof azmi da kene tahan sebelum ni... jgn repeat masalah same.. huhu
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,261
Reaction score
717
Points
121
Naik motor je pun, tunggulah sekejap.
Ni kalau drive vellfire, mau ditembak terus pak guard tu.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register