BTC USD 28,638.7 Gold USD 1,969.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperal dituduh rasuah lepaskan 3 tahanan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,137
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,137
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
Johor Bahru: Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini atas enam pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM900 untuk melepaskan tiga tahanan dadah, awal tahun ini.

Tertuduh, Koperal Roslan Ariffin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Dia yang bertugas di Balai Polis Sri Lalang, Kluang dekat sini, didakwa bagi tiga tuduhan meminta suapan RM300 setiap seorang daripada Muhammad Haziq Abu Hurairah, Mohamad Nor Akhmal Zulkifli dan Wan Mohamad Iskandar Wan Abdullah.

Bagi tiga lagi tuduhan, dia didakwa memperoleh RM900 daripada Muhamad Shahrul Fitri Ngadimon, Mohamad Nor Akhmal dan Wan Mohamad Iskandar.

Perbuatan yang dilakukan tertuduh di balai polis terbabit pada 1 Januari 2014 itu adalah bagi tujuan melepaskan Muhammad Haziq, Mohamad Nor Akhmal dan Wan Mohamad Iskandar yang ditahan kerana disyaki positif dadah.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2238#sthash.fmrAQeAF.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register