Konvensyen Sayap Pemuda dan Awan Amanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Rating PM masih tinggi jadi tidak perlu tekan rakyat

20 September 2020

MGF20092020_KONVENSYEN-PEMUDA-AMANAH-DAN-AWAN07-681x454.jpg

Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat berucap pada Konvensyen Pemuda dan Awan Amanah Wilayah Persekutuan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Amanah (Amanah), Suhaizan Kayat meminta sayap Pemuda dan Awan serta akar umbi supaya tidak terlampau obses menguar-uarkan dan memberikan penekanan terhadap Perikatan Nasional untuk mengembalikan mandat rakyat yang dirampas penghujung Februari lalu.
Ini kerana, pihaknya khuatir ia akan memberi kesan dan tempias buruk terhadap parti dan PH kelak.


“Perikatan Nasional ini, rating PM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) waktu ini memang agak tinggi. Jadi kalau kita terlalu obses mendesak mereka mengembalikan mandat rakyat ini, kita khuatir ada kesan dan rakyat akan bosan dengan kita.
“Tetapi ingat, jika ada ruang dan peluang itu tiba tepat pada masanya, maka kita gunakan peluang itu dan memanfaatkan sebaik-baiknya.

“Kita kena sabar bertindak secara bertamadun dalam setiap langkah ke arah memperjuang dan mengembalikan hak rakyat dan kepentingan negara.
“Ini bermakna janganlah sampai kita uar-uarkan sampai rakyat bosan dan kecewa dengan tindakan kita..kita perlu terima hakikat rakyat ketika ini terbeban dengan pandemik Covid-19 yang sangat mendalam,” kata Setiausaha Organisasi Amanah Nasional itu dalam majlis menyempurnakan Kovensyen Pemuda dan Awan Amanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu negara.

Turut hadir Setiausaha Agung Amanah, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Pemuda Amanah Nasional Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.
Suhaizan yang juga Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Johor menambah, di negeri tersebut ramai peniaga kecil-kecilan termasuk kira-kira 400,000 rakyat yang bekerja di Singapura bakal menerima kesan buruk apabila pandemik Covid-19 berakhir nanti.

Menurutnya, berbanding kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang berulang alik bekerja di negara jiran itu, ketika ini angka tersebut sudah merosot kepada sekitar lebih 1,000 orang sahaja sehari.
“Di Johor ramai akan kehilangan pekerjaan nanti akibat tempias Covid-19, termasuk peniaga kecil dan sebagainya.

“Kerajaan negeri juga menjangkakan ekonomi negeri itu akan mengalami kemerosotan 20 peratus kemerosotan, itu hanya ramalan..
“Jadi jika ada peluang kita manfaatkan dengan menyelesaikan masalah rakyat, tetapi perlu sedar kita tidak boleh lari dari persiapan berdepan Pilihan Raya Umum-15.

“PM sudah cakap kalau mereka boleh bentuk kerajaan di Sabah, barulah disegerakan PRU-15. Maka kita dalam PH sebagai satu gabungan sahaja lebih mudah meneruskan urusan kerusi bertanding.
“Tetapi PN berada dalam ‘market’ sama iatu orang Melayu dan Islam melibatkan Bersatu, UMNO dan Pas sukar menguruskan pengagihan kerusi dalam kalangan mereka,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, Muhyiddin takut membubarkan Parlimen sekarang untuk PRU.
Ujarnya, walaupun Muhyiddin berkuasa menasihati Sultan Johor pembubaran DUN serentak dengan Parlimen, tapi beliau tidak berkeyakinan boleh menguruskan masalah dalaman parti PN.

“PN pun pening sebab terlampau banyak gabungan parti dalam gabungan PN.Kita hanya satu gabungan utuh iaitu PH, mereka dalam PN ada gabungan BN, Muafakat Nasional dan kini bertambah dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Ini menggambarkan ia sangat bermasalah berbanding kita walaupun baru berusia lima tahun, Amanah diberi peluang meletakkan calon di Sabah iaitu lebih baik daripada langsung tidak ada,” tegasnya. – MalaysiaGazette


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Jangan ambil ringan ‘ancaman’ PRU15 oleh PM – Hatta


20 September 2020

MGF20092020_KONVENSYEN-PEMUDA-AMANAH-DAN-AWAN02-681x454.jpg

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berucap pada Konvensyen Pemuda dan Awan Amanah Wilayah Persekutuan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Para pemimpin dan ahli-ahli peringkat akar umbi Parti Amanah Negara (Amanah) diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang diperjuangkan dalam situasi semasa politik tanah air.
Setiausaha Agungnya Dr. Hatta Ramli berkata, ini kerana Amanah dan Pakatan Harapan sedang berdepan musuh kuat dan setiap langkah yang diletakkan perlu disusun secara berhati-hati.


“Ingat kita sekarang ini berdepan manusia jenis bukan ‘easy enemy’, setiap langkah akan disaingi mereka dengan lebih laju dan kehadapan daripada ketangkasan kita yang mendesak kita supaya bijak dan berhati-hati dalam menghadapi musuh politik.
“Malah Pilihan Raya Umum-15 boleh berlaku bila-bila masa dan jangan ambil ringan ‘ancaman’ itu yang dilontarkan (Perdana Menteri).

“Walaupun politik sekarang berbeza, ia bukan sekadar ancama tetapi ia membuat keadaan kita supaya bekerja lebih keras dan bersungguh-sungguh. Maka kita patut bersiap sedia dari sekarang untuk menghadapinya,” katanya di Konvensyen Sayap Pemuda dan Awan Amanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu negara hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Amanah Lumut itu, perkara itu telah dibincangkan bersama pengerusi Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan untuk membuat segala persiapan menghadapinya.
Tambah beliau, bagi menangani saat-saat getir yang bakal mendatang itu, Amanah sebagai sekutu PH akan melakukan segala urusan pentadbiran peringkat kepimpinan tertinggi partinya untuk tindakan seterusnya.
Ujar beliau, walaupun PH telah kehilangan kerajaan tujuh bulan lalu, Amanah masih utuh dan padu daripada segi kepimpinan yang kini menjangkau usia lima tahun.

Beliau mengakui, usaha ke arah mendapatkan kembali mandat dan kepercayaan rakyat yang diberikan pada PRU14 lalu yang telah diambil menerusi pembelotan dan ditadbir oleh Perikatan Nasional.
Dalam pada itu kata Hatta, Amanah juga terpaksa membuat beberapa keputusan yang mungkin tidak memuaskan semua pihak dalam partinya sambil mengakui berikutan wujud tindakan beberapa pihak dalam parti melampaui batasan yang memaksa parti memecat mereka.

“Semua perlu ingat keputusan besar parti perlu datang dari kepimpinan tertinggi Amanah dan muktamad walaupun ahli-ahli di bawah menentang atau pandai berbahasa mengeluarkan pandangan bernas.
“Walaupun dalam parti diamalkan sikap keterbukaan meluahkan pandangan ia perlu rasional dan tidak terlampau mengkritik atau sensitif yang tidak mewakili pendirian parti..dan kita tidak perlu membuang masa layan atau menjawab kritikan atau pandangan pihak luar apabila datang pada kita sehingga melanggar disiplin parti.

“Sebaliknya beliau menyarankan para anggota parti supaya mara ke hadapan dengan politik matang dan bertamadun untuk memastikan wujud kesinambungan dalam Amanah negara,” katanya.
Tegasnya, tempoh tujuh bulan sebagai mantan kerajaan memerintah membantu Amanah menimba pengajaran pahit dan praktikal bahawa perkara itu boleh berulang lagi bila-bila masa akan datang.

Sehubungan itu katanya, semua kena berhati-hati dan bijak membaca suasana dengan baik dan perlu mengembalikan mandat PU14.
“Rakyat masih sebahagian besar beri kepercayaan kepada kita sehingga kini walaupun hilang kerajaan tujuh bulan lalu, maka ia harus dikembalikan secara adil,” ujarnya.-MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Kedudukan saya sebagai Speaker mencabar – Suhaizan

20 September 2020

MGF20092020_KONVENSYEN-PEMUDA-AMANAH-DAN-AWAN04-681x454.jpg

Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat berucap pada Konvensyen Pemuda dan Awan Amanah Wilayah Persekutuan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Suhaizan Kayat mengakui kedudukan beliau sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Johor di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) sangat mencabar.
Bagaimanapun beliau tidak berdepan dengan masalah untuk meneruskan legislatif DUN Negeri di bawah pentadbiran baharu berbanding Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.


“Semua termasuk di Johor ramai pelik dan tanya bagaimana saya dapat jadi Speaker untuk dua kerajaan sekarang sedangkan negeri lain semua speaker mewakili PH sudah tiada berkuasa.
“Memang mencabar kedudukan itu…semua Speaker tidak ada lagi,, misalnya di Kedah dan Perak speaker PH letak jawatan, sahabat saya di Melaka juga disingkirkan manakala di Parlimen senario sama.

“Apabila wujud keadaan yang mana bilangan kerusi DUN 27 – 29, jadi pihak kerajaan melihat juga bahawa pemimpin-pemimpin dalam kerajaan (PN) itu tidak begitu yakin.

“Kalau dia buat sesuatu usul menggugurkan Speaker maka mereka khuatir ‘ruling’ itu tak lepas dan takut ia akan menjadi ‘ruling’ gulingkan MB pula, itulah sebenarnya mereka bersangkut di situ,” katanya semasa berucap menyempurnakan Perasmian Konvensyen Sayap Pemuda dan Awan Amanah Wilayah Persekutuan di ibu negara hari ini.

Tambah beliau, akhirnya mereka yang membentuk kerajaan PN di Johor dengan mengambil kira situasi semasa membuat keputusan mahu mengutamakan kestabilan dewan negeri.
“Maknanya mereka berpandangan bahawa selagi Speaker (saya) boleh berlaku adil ‘then proceed’ (kekal sebagai speaker).


“Tidak banyak bezanya kerana muka-muka lama masih ada. Setakat ini semuanya berjalan baik dan kita bersiap sedia apa jua keadaannya lepas ini termasuk Pilihan Raya Umum,” tegasnya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,582
Reaction score
11,037
Points
1,906
Malaysia Gazette

13m ·

KUALA LUMPUR - Parti Warisan Plus yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal dilihat mempunyai peluang yang cerah dalam Pilihan Raya Negeri itu. Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Hatta Ramli berkata, pihak atau parti lain yang bersaing hanyalah sekadar menduga-duga atau mencuba nasib masing-masing. Bagaimanapun beliau mengakui parti baharu, Parti Cinta Sabah (PCS) di bawah pimpinan bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman sebagai pesaing serius walaupun tidak diambil kisah oleh semua parti yang bertanding. [ 152 more words ]
https://malaysiagazette.com/.../warisan-plus-ada-peluang.../

Warisan Plus ada peluang cerah untuk menang


20 September 2020

MGF20092020_KONVENSYEN-PEMUDA-AMANAH-DAN-AWAN09-681x454.jpg

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli mengatakan sesuatu kepada Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat (kiri) pada Konvensyen Pemuda dan Awan Amanah Wilayah Persekutuan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Plus yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal dilihat mempunyai peluang yang cerah dalam Pilihan Raya Negeri itu.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Hatta Ramli berkata, pihak atau parti lain yang bersaing hanyalah sekadar menduga-duga atau mencuba nasib masing-masing.


Bagaimanapun beliau mengakui parti baharu, Parti Cinta Sabah (PCS) di bawah pimpinan bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman sebagai pesaing serius walaupun tidak diambil kisah oleh semua parti yang bertanding.
Disebabkan itu, PRN Sabah dilihat sebagai pertembungan antara Warisan Plus dengan gabungan rakyat Sabah (GRS).

“Jika dilihat paling besar adalah PCS tapi setakat ini tidak seorang pun ambil serius parti berkenaan walaupun bertanding di banyak kerusi.
“Ia juga tidak memberikan kelebihan apatah lagi ia bertembung sesama sendiri dalam kelompok (gabungan) sama,” katanya selepas Perasmian Konvensyen Sayap Pemuda dan Awan Amanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu negara.

Sebaliknya, Hatta menyifatkan pembahagian yang dibuat oleh Datuk Seri Shafie Apdal (Presiden Warisan Plus) cukup baik dan teratur tanpa ‘overlap’ langsung.
Tambah beliau, perkara berkenaan sudah diperjelaskan sebaik-baiknya oleh Warisan dan Pakatan Harapan yang bertanding di bawah tiket Warisan Plus kepada pengundi Sabah dan mereka menyedari hakikat itu.

Hatta menjangkakan Shafie menang dalam pilihan raya ini jika tidak melakukan sebarang kesilapan semasa berkempen.
”Sekiranya dia tidak melakukan apa-apa kesilapan semasa berkempen, maka semuanya akan berakhir dengan baik (memihak kem Shafie),” katanya.- MalaysiaGazette


 
Sponsored Post
Top
Log in Register