BTC USD 24,302.5 Gold USD 1,803.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konvensyen Parti Amanah Negara 2022

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,683
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,683
Reaction score
18,205
Points
2,566
Awards
1
Majlis Perasmian Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Kedah 2022 | Istiadat Letak Kerja Pilihanraya & Komunikasi
Perasmian Oleh :
YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu
02 Julai 2022 | Sabtu
Dewan Cenderawasih MDP, Pendang, Kedah
PERKASA DAULAT RAKYAT
#Rahmatanlilalamin #PartiAmanahNegara #AmanahProgresifPeduli

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,683
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,683
Reaction score
18,205
Points
2,566
Awards
1
Kabinet perlu dirombak untuk mengurangkan jumlah menteri dan mewujudkan kementerian yang diperlukan sahaja.

Menteri, timbalan dikurangkan bantu jimat perbelanjaan negara

02 Julai 2022

1656745844816.png

Aiman Athirah (empat dari kanan) merasmikan Konvensyen AWAN Negeri Selangor Tahun 2022 di Grand Ballroom Bangi Resort Hotel pada Sabtu.

BANGI - Jumlah menteri dan timbalan menteri perlu dikurangkan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara ketika berdepan krisis.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Aiman Athirah Al Jundi berkata, rombakan perlu dilakukan dengan mengurangkan jumlah menteri dan mewujudkan kementerian yang diperlukan sahaja.

"Kita ada 31 menteri dan lima menteri kanan serta 38 timbalan menteri yang kebanyakan daripada mereka tidak berfungsi sejak zaman pandemik Covid-19 lagi.

"Kalau jumlah mereka boleh dikurangkan dan hanya ditumpukan kepada kementerian yang diperlukan ketika ini, di situ penjimatan boleh dibuat," katanya selepas merasmikan Konvensyen AWAN Negeri Selangor Tahun 2022 di Grand Ballroom Bangi Resort Hotel, pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua AWAN Negeri Selangor, Rawiyiah Zakaria.

Aiman Athirah berkata, langkah itu dilihat lebih efektif berbanding cadangan memotong 20 peratus gaji menteri seperti saranan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz bagi membantu rakyat meningkatkan kos sara hidup.

Tambahnya, potongan gaji tidak memberi kesan kepada menteri kerana mereka boleh mendapatkan sumber lain sebagai gantian kepada gaji yang dipotong itu.

Pada perkembangan sama, beliau berkata, krisis ekonomi yang dihadapi negara ketika ini disebabkan kelemahan pengurusan pentadbiran kerajaan BN 60 tahun dahulu.

"Isu sebenar kita adalah kegagalan kerajaan BN 60 tahun yang lepas, kita bergantung dengan import bahan makanan berjumlah RM55 bilion.

"Apabila berlaku perang Ukraine-Rusia dan pandemik Covid-19, menyebabkan rantaian makanan dalam negara terganggu

"Kalau dahulu kerajaan boleh memanfaatkan negara kita sebagai sebuah negara pertanian tetapi maju, Malaysia tidak akan hadapi masalah serumit ini," katanya.

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,283
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
23,283
Reaction score
4,399
Points
261

Sembang masa hampa perintah xdk plk kurangkan hehehe
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,683
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,683
Reaction score
18,205
Points
2,566
Awards
1
Presiden Amanah itu berkata, sekiranya menjadi perdana menteri, beliau tidak akan melayan desakan untuk mengadakan PRU lebih awal.

PRU15 sesuai diadakan selepas penggal Parlimen tamat tahun depan, kata Mat Sabu​

July 2, 2022 3:30 PM

Mohamad-Sabu-whatsapp-pic-fmt-020722-1.jpg

Mohamad Sabu berucap dalam Sidang Nadi Rakyat di Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA: Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, tarikh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ialah selepas penggal Parlimen tamat pada tahun depan.

Sekiranya menjadi perdana menteri, katanya, beliau tidak akan melayan desakan untuk mengadakan PRU lebih awal.

“Kalau saya perdana menteri, saya mahu sampai habis penggal Jun tahun hadapan,” katanya selepas menghadiri Sidang Nadi Rakyat yang turut dihadiri Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

PRU15 perlu diadakan selewat-lewatnya pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023.

Mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan untuk tidak membubarkan Parlimen yang tamat 31 Julai lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, terpulang kepada perdana menteri untuk melanjutkan atau tidak.

“MoU secara dasarnya tiada istilah tamat, hanya disebut tidak akan diadakan PRU sebelum Julai 2022, jadi selepas 31 Julai 2022 serah kepada perdana menteri nak lanjut atau tidak, tapi untuk MoU kita tak sebut bila ia tamat, cuma tarikh 31 Julai itu untuk Parlimen tidak dibubarkan.”

Pemimpin PH dipanggil polis
Mohamad berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan susulan 10 pemimpin PH dipanggil berkaitan himpunan membantah kenaikan harga barang di Kampung Baru semalam.

Katanya, beliau bersedia turun ke jalanan semula bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan susulan kenaikan harga barang ketika ini, selain isu rasuah dan penyelewengan.
“Kalau perlu saya turun, memang saya akan turun ke jalan raya semula, sebab kerajaan sekarang tak dengar hujah-hujah kita.”

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,683
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,683
Reaction score
18,205
Points
2,566
Awards
1
Kesetiaan dan menghayati perjuangan mengangkat 'daulat' rakyat akan diutamakan

Amanah perhalusi ciri, nilai setiap calon PRU15

02 Julai 2022

1656750291248.png

Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh (dua kiri) ketika nyanyian lagu Parti Amanah Negara sempena Konvensyen Amanah Kedah dan Istiadat Letak Kerja Pilihan Raya dan Komunikasi di Dewan Cenderawasih, pada Sabtu.

PENDANG – Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah berikrar memperhalusi ‘ciri’ dan ‘nilai’ dimiliki calon-calon parti tersebut bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kesetiaan dan menghayati perjuangan mengangkat ‘daulat’ rakyat akan diutamakan ketika memperhalusi ciri dan nilai calon tersebut.

“Sebagai parti politik yang menjadi peserta pilihan raya kelak, ‘bahan’ yang boleh kita jual atau tawarkan kepada rakyat adalah ‘idea’, ‘rekod’ dan ‘khidmat’ pemudah cara untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Semua ini ada pada parti Amanah,” katanya ketika membacakan teks ucapan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi sempena Konvensyen Amanah Kedah dan Istiadat Letak Kerja Pilihan Raya dan Komunikasi di Dewan Cenderawasih, di sini, pada Sabtu.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu, Amanah Kedah telah bersiap siaga untuk turun bersama rakyat dalam PRU nanti.

“Amanah dan Pakatan Harapan (PH) turun dengan satu hasrat, ‘Perkasakan Daulat Rakyat. Daulat rakyat telah diangkat dan dijunjung sebelum ini.

“Namun kerana adanya para politikus yang mengambil kesempatan atas nama rakyat telah ‘melompat’ di sana sini, maka suara ‘daulat’ rakyat itu telah dipermainkan,” katanya.

Beliau berkata, Amanah Kedah ingin menegaskan sesekali tidak akan menderhakai rakyat.

Kata beliau, sebagai persiapan gerak kerja pilihan raya, Amanah Kedah memutuskan untuk mengerakkan Biro Pilihanraya (BPR) sebagai sebuah Jentera Operasi (JOP).

Menurut Ismail, ia akan digerakkan secara intensif, lawatan ke lapangan, perundingan, pelancaran jentera di DUN dan penganalisaan data digerakkan dengan intensif oleh tenaga yang dilatih pada peringkat negeri.

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
112,683
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
112,683
Reaction score
18,205
Points
2,566
Awards
1
Ia berikutan kegiatan rasuah dalam negara ini semakin berleluasa dan rakyat juga dilihat kurang peka terhadap permasalahan tersebut. - Mohamad Sabu

‘Kedudukan indeks rasuah negara mungkin setara Afrika’

02 Julai 2022

1656766568475.png

Mohamad Sabu

PETALING JAYA - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berpandangan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahun ini dijangka semakin meningkat dan mungkin setara dengan negara Afrika.

Ujar beliau, ia berikutan kegiatan rasuah dalam negara ini semakin berleluasa dan rakyat juga dilihat kurang peka terhadap permasalahan tersebut.

“Kami mungkin dianggap tidak pandai memerintah, orang-orang baharu menjadi menteri tetapi kejayaan besar menurunkan indeks rasuah daripada tangga 61 ke 51 dalam masa setahun setengah.

“Satu tahun lebih mereka (kerajaan Perikatan Nasional) mengambil alih, indeks rasuah naik ke kedudukan 62.

“Tahun ini kalau diukur barangkali kita akan mencecah tangga 70 ke atas, ertinya kita setara dengan negara Afrika,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Sidang Nadi Rakyat yang diadakan di sebuah hotel pada Sabtu.

Hadir sama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengulas lanjut, beliau mengakui bimbang sekiranya persepsi rakyat khususnya bangsa Melayu terhadap parti politik tertentu tidak berubah.

“Persepsi mengatasi hujah. Itu yang berlaku dalam masyarakat Melayu sekarang ini. Persepsi takutkan DAP atau Cina sedang bermaharajarela dan ini bukan senang untuk dibuang.

“Saya bimbang kerana Pilihan Raya Negeri (PRN), Melayu yang menyokong kita (Pakatan Harapan) hanya sembilan peratus (Melaka) dan di Johor hanya tujuh peratus.

“Kita yang melihat keadaan dalam negara ini berasa bimbang sekiranya tidak berlaku perubahan mendadak kepada rakyat,” ujarnya.

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
370,513
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
370,513
Reaction score
22,841
Points
2,836
Awards
1
Baca ja la kalau pasai Parti Amanah Negara ni
Depa punya akar umbi pun lemah
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
370,513
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
370,513
Reaction score
22,841
Points
2,836
Awards
1
Sponsored Post

Top
Log in Register