- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 73,721
- Reaction score
- 11,615
- Points
- 1,906
‘Tiada pilihan’ kecuali bubar DUN, adakan pilihan raya, kata pemimpin Sarawak
October 16, 2020 6:31 PM
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (2 dari kanan) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Komunikasi Pilihan Raya GPS di Kuching hari ini.
KUCHING: Seorang pemimpin GPS berkata, Sarawak tiada pilihan kecuali membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam beberapa bulan akan datang memandangkan penggal sekarang akan tamat pada Jun depan.
Ahli Majis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun jika kerajaan GPS tidak membubarkan DUN, ia akan terbubar secara automatik apabila penggalnya berakhir.
“Tetapi, ia bukan tradisi kami untuk membenarkan ia berlaku dan saya percaya kepada kebijaksanaan Ketua Menteri, Abang Johari Openg dan Yang di-Pertua Negeri, Abdul Taib Mahmud.
“Walaupun situasi di Sabah sangat teruk, kita tidak boleh banding Sarawak dengan Sabah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Komunikasi Pilihan Raya GPS di sini, hari ini.
Wan Junaidi berkata, ia adalah tanggungjawab dan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan pilihan raya diadakan dalam persekitaran selamat susulan lonjakan kes Covid-19 di dalam negara.
Katanya, sebaik saja DUN dibubarkan, hanya SPR mempunyai hak untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian, tempoh berkempen dan SOP, antara lain.
“SPR mempunyai 60 hari untuk menentukan tarikh pencalonan dan pengundian. Saya percaya ia mempunyai masa mencukupi untuk tampil dengan SOP ketat. Jika kami membubarkan DUN pada Disember, SPR boleh memutuskan untuk mengadakan pilihan raya tahun depan.”
Katanya, tidak mungkin darurat kesihatan awam diumumkan untuk menangguhkan pilihan raya.
“Saya tidak pasti, tetapi (secara peribadi, saya rasa) Covid-19 ialah sesuatu yang boleh ditangani jika semua orang bekerjasama dan mematuhi SOP. Kita sebenarnya boleh menghentikan penularan itu, jadi tidak mungkin kita boleh mengisytiharkan darurat untuk mengelakkan tanggungjawab berperlembagaan.”
Bagaimanapun, beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat, jika perlu.
www.freemalaysiatoday.com

'Tiada pilihan' kecuali bubar DUN, adakan pilihan raya, kata pemimpin Sarawak
Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun jika kerajaan GPS tidak membubarkan DUN, ia akan terbubar secara automatik apabila penggalnya berakhir.