BTC USD 39,105.8 Gold USD 1,872.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konstabel polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,655
Reaction score
938
Points
171
1620419570346.png

KUALA LUMPUR – Seorang konstabel percubaan yang dijumpai mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 di Sibu semalam merupakan bekas pemain Presiden Pahang.

Norhalim Tumiran sebelum ini merupakan seorang pemain bola sepak untuk skuad Piala Presiden Pahang pada musim 2015 hingga 2016 bersama beberapa pemain lain yang kini beraksi di Liga Super iaitu Nik Sharif Haseefy, Shahrul Nizam, Nur Izzat dan Zuhair Aizat.



Dia turut mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Bola Sepak Rakyat sebelum mengambil keputusan untuk menyertai polis dan baru ditugaskan di Sibu selepas tamat latihan asas konstabel selama enam bulan.

Arwah turut meninggalkan isteri dan seorang anak berusia setahun.

Kesnya masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,398
Reaction score
2,388
Points
201
bunuh-diri-1.jpeg
Gambar hiasan.

Polis maut ditembak rakan dikebumi malam ini​

  • Oleh ALICIA JOHNY KUEH
  • 8 Mei 2021, 5:59 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
SIBU – Mayat seorang anggota polis lelaki yang disyaki maut akibat ditembak rakan sekerjanya di sini kelmarin dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Pahang malam ini.
Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, bedah siasat ke atas mayat Norhalim Tumiran, 25, telah selesai malam tadi.
“Jenazah akan diterbangkan dari Sibu dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang, Selangor pukul 8 malam ini.
“Kemudian, jenazah akan dihantar ke Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang dan dikebumikan malam ini juga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Norhalim ditemui mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan dan masih terduduk di atas sofa di dalam sebuah rumah sewa di Lorong Permai Timur 9A di sini, 6 Mei lalu.
Dalam kejadian sekitar pukul 7.20 malam itu, difahamkan rakan mangsa yang juga seorang anggota polis, sedang bergurau dengan mengacukan pistol sebelum tertekan picu dan melepaskan tembakan ke arah mangsa yang sedang bermain permainan komputer di ruang tamu rumah.
Berikutan itu, tiga orang lelaki dalam lingkungan usia 21 ke 27 tahun yang berada di dalam rumah sewa terbabit pada hari kejadian telah direman sehingga 14 Mei untuk membantu siasatan kes.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. – K! ONLINE
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,901
Reaction score
325
Points
96
Alfatihah untuk arwah, tak pasal2 member yang ada dalam rumah tu kena reman sekali.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,398
Reaction score
2,388
Points
201

Telefon suami lebih 50 kali, tapi tak dijawab...​

MOHD Sharkar (kiri) memberi kata-kata semangat kepada Nurfitrah (kanan) sambil diperhatikan Jamilah dan anak tunggal mangsa di Felda Bukit Damar, Lanchang, hari ini. FOTO ROSELAN AB MALEK
MOHD Sharkar (kiri) memberi kata-kata semangat kepada Nurfitrah (kanan) sambil diperhatikan Jamilah dan anak tunggal mangsa di Felda Bukit Damar, Lanchang, hari ini. FOTO ROSELAN AB MALEK
Temerloh: "Suami ada menyatakan hasrat untuk membawa kami tinggal di Sibu, Sarawak selepas Aidilfitri ini, tetapi hasrat kami tidak kesampaian," kata Nurfitrah Ramli, hari ini.

Nurfitrah, 24, adalah isteri kepada Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran, 25, yang mati tertembak dalam kejadian di Sibu, Sarawak, Khamis lalu.

Nurfitrah berkata, pada hari kejadian beliau ada menelefon arwah suaminya lebih 50 kali, tetapi tidak diangkat dan keadaan itu menimbulkan tanda tanya kepadanya.


"Saya gusar dan mula memikirkan perkara tidak baik berlaku kerana biasanya suami akan menjawab panggilan walaupun ketika bertugas.

"Kemudian saya mendapat panggilan daripada rakannya memaklumkan kejadian tragis itu pada 8 malam.

"Saya amat terkejut mendengar berita tidak diduga itu dan hampir pengsan apabila kehilangan orang tersayang di bulan Ramadan ini," katanya ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, hari ini.

Beliau berkata, suami baharu dua bulan bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sibu selepas menamatkan kursus kepolisan di Pusat Latihan Polis Segamat.

Menurutnya, selama enam bulan suaminya berkursus, mereka tidak pernah bertemu kerana halangan pandemik Covid-19.


"Kami hanya dapat berjumpa dalam tempoh sejam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dia berangkat ke Sarawak.

"Dalam tempoh sejam itu, kami melepaskan rindu dan dia dapat menatap wajah anak perempuan kami, NurAlisya, berusia setahun dua bulan buat kali terakhir," katanya yang tinggal bersama ibunya di Felda Bukit Damar, Lanchang,

Dalam kejadian 7.30 malam Khamis lalu, Norhalim maut kerana terkena tembakan di sebuah rumah sewa di Sibu.

Siasatan awal polis mendapati seorang rakan mangsa dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arahnya sebelum tertekan picu dan tertembak ke arah sebelah kanan kepala menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Ibu mangsa, Jamilah Daman, 60, berkata, Norhalim adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan sangat berminat menjadi anggota polis sejak kecil.

"Nampaknya cita-citanya tercapai, tetapi sayangnya hayatnya dalam kerjaya itu hanya sekejap berikutan kematiannya tidak diduga itu.

"Walaupun sedih, kami reda dengan ketentuan Ilahi," katanya.

Sementara itu, Mohd Sharkar mencadangkan kerajaan menyediakan skim pencen kepada balu bagi membiayai dan membesarkan anak tunggal pasangan itu.

Jenazah Norhalim dijangka tiba tengah malam ini sebelum dibawa pulang ke Felda Bukit Damar, Lanchang.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,670
Reaction score
12,787
Points
2,376
AL-FATIHAH | Jenazah Konstabel Norhalim Tumiran Selamat Dikebumikan

Jenazah Konstabel Norhalim Tumiran, yang maut akibat terkena tembakan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar, Lanchang, Temerloh, malam tadi.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
11,674
Reaction score
1,598
Points
201
Gurau benda yg xsepatutnya gurau....
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,398
Reaction score
2,388
Points
201
Waris Nurhalim terima RM99,000 insuran

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
9 Mei 2021, 7:07 pm

TEMERLOH: Waris Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran, 24, yang maut selepas tertembak oleh rakannya di Sibu, Sarawak pada Khamis lalu akan menerima pampasan secepat mungkin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail memberi jaminan urusan pampasan Allahyarham diuruskan segera untuk diserahkan kepada warisnya.

Jelasnya, Allahyarham memiliki tiga skim insuran daripada Koperasi Polis sebanyak RM99,000 setelah menjadi ahli koperasi berkenaan.

“Pampasan itu dapat meringankan beban kewangan balu Allahyarham Nur Fitrah Ramli, 24, meneruskan kehidupan dan membesarkan anak tunggalnya, Nur Asyfa Alisyah berusia setahun dua bulan,” katanya kepada pemberita di rumah ibu Norhalim, Jamilah Daman di Felda Bukit Damar, Lanchang di sini hari ini.

Aidi berkata, beliau hadir ke rumah keluarga mangsa hari ini bersama isterinya sebagai tanda simpati kepada keluarga Allahyarham.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, tiga suspek direman selama tujuh hari sehingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kesemua suspek berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register