BTC USD 63,090.0 Gold USD 2,383.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KONSPIRASI BERSAMA BRITISH BUATKAN BUKAN MELAYU KAYA-RAYA

2618918

Active+ Member
gem
Messages
4,224
Joined
Aug 8, 2012
Messages
4,224
Reaction score
2,627
Points
171
Awards
1
Ringkasan dari sesi membedah buku Sejarah Tamadun Alam Melayu

Penulis: Puan Zaharah Sulaiman
Judul Buku: Sejarah Tamadun Alam Melayu
Jawatan: Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Lokasi: INSTAC Kuala Lumpur

Kita terlewat 10 tahun ke belakang daripada kemerdekaan berbanding dengan negara Indonesia disebabkan pemimpin Melayu terpaksa berunding banyak kali dengan British (lebih 100 kali) demi kepentingan bangsa Melayu, malangnya pemimpin kita tetap gagal akhirnya. Kegagalan ini menyebabkan terbentuk apa yang dinamakan “kontrak sosial” yang mengandungi rangka perlembagaan hasil campurtangan empat orang asing, tanpa hadirnya orang Melayu pun di dalamnya.

Umumnya, bangsa Melayu waktu itu sebenarnya tidak redha dengan kemerdekaan itu kerana kandungan “kontrak sosial” itu berat sebelah yang akan merugikan orang Melayu.

Dari awal lagi British berpihak pada bangsa Cina sehingga membawa sejuta orang Cina pada waktu itu, dengan setiap daripada mereka diberi pemilikan tanah hasil “kontrak sosial” dengan kaum pribumi Tanah Melayu. Tanah yang mereka perolehi adalah tanah yg bernilai seumpama emas, dan juga tanah lombong. Malangnya di kala itu, bangsa Melayu hanya memiliki tanah-tanah di kampung yang nilainya amat rendah.

British telah membela kaum Cina sehingga mereka menjadi kaya-raya melalui pembiayaan Bank. Modal kaum Cina yang besar itu dibantu oleh Bank OCBC dan Hong Kong Bank.
Bangsa Cina tidak berjaya melalui kerajinan pun, tetapi kerana besarnya modal mereka tersebut, dan mereka terus menguasai kekayaan itu sehingga kini.

Pada hakikatnya, pada awal lagi bangsa Melayu adalah bangsa sangat rajin menoreh getah waktu awal pagi turut bersawah, waktu petang menganyam. Malangnya, modal mereka terlalu sedikit dan pekerjaan mereka di kampung itu tidak membawa kekayaan seperti orang Cina.

Orang melayu bijak sebenarnya, namun tersekat dari kemajuan kerana tiada bantuan modal.

Sekarang di Malaysia, 60 peratus daripada keseluruhan tanah adalah kepunyaan orang asing.

Tanah rizab Melayu di Pulau Pinang telah pupus. Manakala, di Kuala Lumpur tinggal hanya 1 peratus. Sebelum ini, penulis pernah menulis surat berkenaan perkara ini kepada Kerajaan. Namun hasilnya mengecewakan.

Tun Abdul Razak sedar tentang perkara ini atas nasihat Tun Sufian tentang kebanjiran bangsa Cina yang sangat ramai ke Malaysia ketika itu. Bagi mengimbanginya, Tunku Abdul Rahman Putra membawa orang-orang rumpun Melayu yang antaranya dari Filipina, Jawa, Sumatera dan seumpamanya berhijrah ke Malaysia.

Hasil penyelidikan penulis, bangsa Melayu adalah bangsa kedua tertua selepas bangsa Arab, iaitu Bani Jawi daripada keturunan Keturah. Anak Nabi Nuh (as) yang bernama Sam pergi ke Timur. Bangsa Melayu ramai dan hasil penyelidikannya adalah 99 peratus DNA bangsa Melayu boleh dikesan pada orang asli New Zealand, Hawaii, Djibouti, Burma, Cambodia, Siam dan sebagainya.

Orang Utara (Cina) turun ke bawah dan pada tahun 1972, dan seramai 2 juta orang Melayu di Cambodia dibunuh dalam satu tragedi penghapusan etnik. Sekarang Melayu Kemboja cuma tinggal 100 ribu orang sahaja. Vietnam itu satu asimilasi dengan bangsa Cina, yang berasal dari bangsa Melayu juga. Kalau lihat pada paras rupa mereka lebih mirip bangsa Cina. Orang Kedah pula ramai yang mati dibunuh Tai (orang Utara), ramai yang berasal daripada Patani dibunuh dgn kejam. Orang Kedah terkemudian ramai yang datang daripada Selangor, Perak dan lain-lain negeri.

Orang Melayu sangat tinggi ketamadunannya. Semasa Portugis mendarat, mereka terkejut melihat Istana Raja Melayu 3 tingkat dan beranda yg luas, namun tidak pasti diperbuat daripada apa. Melaka juga mempunyai kubu tembok batu.
Orang Melayu turut terkenal dengan kepandaian dalam bidang maritim. Mereka suka mengembara dengan kapal laut. Kapal laut orang Melayu sangat besar mengalahkan saiz kapal Portugis beberapa kali ganda.

Dicatatkan China pernah mengimport 200 buah kapal daripada Melaka.

Sebenarnya Laut Cina Selatan itu nama asalnya ialah Pentas Sunda yang menandakan besarnya Kerajaan Melayu yang menguasai lautan ketika itu, malangnya sejarah itu dilenyapkan oleh penjajah British dengan menukar namanya menjadi Laut Cina Selatan.

Di kala itu Melaka ada istana, Masjid yang elok, sebuah Masjid yang berwarna putih. British menghapuskan tapak-tapak sejarah ini dengan menggunakan jumlah wang yang besar.
Peninggalan sejarah ini banyak dilenyapkan kerana mahu menjaga keharmonian, tapi para penyelidik bersetuju mengungkitnya semula selepas kes Kulasegaran mempertikaikan bangsa Melayu bukan penduduk asal.

Para penyelidik mahukan orang Melayu kenal sejarah yang disembunyikan dan memperbaiki bangsa Melayu agar kembali bangkit untuk bersatu agar kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin orang Melayu yang dahulu tidak berulang lagi.

Lenyapnya Pulau Batu Putih ke tangan mereka amat mengaibkan kerana sudah ada perjanjian terdahulu yang dipersetujui bersama, kini kita kehilangan sebuah pulau yang bernilai dari segi lokasinya.

Keadaan yang membarah dalam kontrak sosial ditambah lagi apabila British hanya memajukan kawasan penempatan Cina sahaja, iaitu di kawasan bandar dengan menggunakan dana 100 juta Pound Sterling yang bersamaan dengan 1 Billion sekarang. Waktu itu bermulalah Sekolah Cina, Sekolah Inggeris, jalanraya, lampu dan sebagainya.

Melayu masih dikekalkan berada di kampung sedangkan kemajuan dilaksanakan hanya di bandar dengan rancaknya.

Di waktu kemerdekaan, Pulau Pinang masih belum sepenuhnya merdeka kerana British memajak tanah selama 4 tahun dan berjanji untuk membayarnya. Malangnya mereka mengkhianat lagi kepada orang Melayu.

British mengkhianat pada janji mereka kerana tanah-tanah Pulau Pinang yang bernilai tinggi itu tidak diserahkan kpd Kerajaan Kedah, sebaliknya diserahkan kepada orang-orang Cina.

Keadaan orang Melayu bertambah buruk apabila orang-orang Cina diberikan tanah itu, mereka mencagarnya di Bank OCBC dan Hong Kong Bank.

Maka, orang-orang Cina menjadi jutawan dalam sekelip mata tanpa menumpah keringat. Melalui duit Bank itu mereka membeli, membeli dan terus membeli, maka “money makes money”.

Konspirasi British dan orang-orang Cina ini menjadikan bangsa Cina menguasai ekonomi negara kita sepenuhnya.

Akibatnya, orang Melayu terus-menerus dipinggirkan dalam ekonomi negara kita hinggalah ke saat ini.

 
Last edited:
Sponsored Post

Jika disorot daripada sejarah lahirnya China sebagai sebuah republik selepas tumbangnya maharaja Manchu juga dinasti beraja terakhir di China pada 1911, pemimpin revolusi China, Dr Sun-Yat Sen adalah seorang ahli Freemasonn bersama rakan2nya, telah laksanakan revolusi berkenaan mengikut perancangan dirangka Grandmaster 33 mereka.

Selepas berlaku perang saudara diantara dua kumpulan revolusi, Kuomintang pimpinan Jeneral Chiang Kai Shek dan Komunis pimpinan Jeneral Mao Tze Tung, pemerintahan China telah dirampas dan dikuasai kelompok Komunis pimpinan Mao Tze Tung dan mereka terus berkuasa di China sehingga hari ini.

Kuomintang telah lari ke Pulau Taiwan, dan asaskan Republik Taiwan. Kuomintang mula bertebaran juga ke kawasan Asia yg lain utk sebarkan pengaruh mereka kpd masyarakat China dinegara2 lain termasuk di Tanah Melayu. Jeneral H.S. Lee, Jeneral Tan Cheng Lock dan Tan Siew Sin merupakan ahli2 Kuomintang yg bergerak ke Tanah Melayu utk laksanakan perancangan mereka dikalangan masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Setelah beberapa lama, mereka sepakat tubuhkan Parti MCA dan bergabung dgn parti Perikatan Tunku Abdul Rahman dan menangi pilihanraya 1955 mase tu. Apa yg kita tak ketahui, mereka juga mula asaskan Dong Jiao Zong, persatuan perniagaan Cina, persatuan2 Cina yg lain dan juga mula bawa sukatan pelajaran dr Taiwan utk dilaksanakan di Malaysia mulai tahun 1970-an, dgn menolak sukatan pelajaran Malaysia.

Mereka terus perjuangkannya sehingga hari ini. PAP pimpinan Lee Kuan Yiew di Singapura menerusi proksinya dipimpin anak saudaranya, Lim Kit Siang dan MPAJA yg kemudiannya dipimpin Chin Peng yg juga ahli keluarga kpd Lee Kuan Yiew dan Lim Kit Siang, bergerak sebarkan pengaruh mereka di Tanah Melayu dan Malaysia dalam jangkamasa yg berturutan drp tahun 1960an hingga 1970an.

MPAJA (kemudiannya dinamai PKM) bergerak lancarkan pemberontakan bersenjata dikawasan hutan dan pinggir bandar, manakala DAP dikawasan2 bandar. Sekarang ni barulah kita sedari perancangan mereka punyai agenda yg sama, DAP+PKM+MCA, bergerak dimata zahir seolah punyai tujuan berbeza tapi akhirnya matlamat yg sama, kuasai Tanah Malaysia dan singkirkan kuasa peribumi secara berterusan, sehingga akhirnya ramai rakyat marhein Melayu mulai jadi tersisih dibumi sendiri, kerana bumi dipijak milik orang.
 
Last edited:
Akhir tujuan British ialah hendak melemahkan Islam. Cara nya dgn membantu penubuhan bank-bank yg akan membangunkan perniagaan dan penguasa bangsa asing.

Daripada permulaan penjajahan lagi yakni Portugis sebenarnya mereka nak melemahkan Islam
Itulah matlamat utama mereka
Gold Glory Gospel
 
Rupa-rupanya dah pernah ada Bank Melayu.

Tapi, pengasas Bank Melayu di bunuh secara misteri.....

Woww......tak sangka.....

Masih kita kenal Allahyarham Mustapha Maarof, pelakon era 50an dulu?

FB_IMG_1669599988069.jpg


Ini adalah ayah beliau yang di bunuh oleh gangster gangster yang di dalangi PKM komunis. Pemilik Bank Melayu pertama yang menggoncang ekonomi Tanah Melayu ketika itu yang dikuasai oleh British dan kongsi kongsi gelap pendatang Cina.

Inilah Allahyarham Maarof Zakaria, pejuang ekonomi Melayu... Allahyarham tak sanggup melihat orang Melayu berhutang dengan ceti , maka ditubuhnya Bank Kebangsaan Melayu di Jalan Klang Lama dengan menjual tanah tanah milik keluarga beliau untuk mendapatkan modal permulaan

Allahyarham sedar, kekuatan politik tidak cukup membangunkan bangsa Melayu tanpa orang Melayu dibantu dari segi modal perniagaan dan pelaburan kewangan.

Pemikiran jauh dan tindakan Maarof yang juga seorang Lawyer itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking milik kaum cina yang hanya memberi pinjaman kepada kaum cina tetapi tidak kepada kaum melayu. Kaum melayu di kena kan bunga yang amat tinggi apabila terpaksa meminjam dari ceti dan kongsi kongsi gelap.

Dia di ugut dan di suruh menutup bank beliau oleh kongsi gelap , tetapi beliau tidak tunduk. Akibat nya beliau di ugut dan kongsi kongsi gelap ini telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta.

Akhirnya, pada 4 Disember 1947, rancangan jahat tersebut berjalan dengan licik, lalu tiga hari selepas itu Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur – Bentong.

maraf-keratanlama.transformed.jpg


Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.

bertapa dengkinya mereka sejak puluhan tahun yang lalu....kita adalah Bangsa Hebat. Mereka sebenarnya gentar kepada kita lebih lebih lagi bila kita bersatu.
 
Masih kita kenal Allahyarham Mustapha Maarof, pelakon era 50an dulu?

FB_IMG_1669599988069.jpg


Ini adalah ayah beliau yang di bunuh oleh gangster gangster yang di dalangi PKM komunis. Pemilik Bank Melayu pertama yang menggoncang ekonomi Tanah Melayu ketika itu yang dikuasai oleh British dan kongsi kongsi gelap pendatang Cina.

Inilah Allahyarham Maarof Zakaria, pejuang ekonomi Melayu... Allahyarham tak sanggup melihat orang Melayu berhutang dengan ceti , maka ditubuhnya Bank Kebangsaan Melayu di Jalan Klang Lama dengan menjual tanah tanah milik keluarga beliau untuk mendapatkan modal permulaan

Allahyarham sedar, kekuatan politik tidak cukup membangunkan bangsa Melayu tanpa orang Melayu dibantu dari segi modal perniagaan dan pelaburan kewangan.

Pemikiran jauh dan tindakan Maarof yang juga seorang Lawyer itu telah mencemaskan The Chartered Bank milik penjajah Inggeris dan Overseas Chinese Banking milik kaum cina yang hanya memberi pinjaman kepada kaum cina tetapi tidak kepada kaum melayu. Kaum melayu di kena kan bunga yang amat tinggi apabila terpaksa meminjam dari ceti dan kongsi kongsi gelap.

Dia di ugut dan di suruh menutup bank beliau oleh kongsi gelap , tetapi beliau tidak tunduk. Akibat nya beliau di ugut dan kongsi kongsi gelap ini telah merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Maarof supaya kemaraan ekonomi orang Melayu dapat disekat serta-merta.

Akhirnya, pada 4 Disember 1947, rancangan jahat tersebut berjalan dengan licik, lalu tiga hari selepas itu Maarof ditemui tidak bernyawa tergantung pada sebatang pokok di dalam hutan, Batu 13, Jalan Kuala Lumpur – Bentong.

maraf-keratanlama.transformed.jpg


Maarof dipercayai sedang menuju ke rumah ibunya di Seremban dengan memandu kereta bersendirian dari rumah beliau di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau menemui ajal dalam usia yang masih muda, iaitu 43 tahun. Sehingga kini, dalang kes bunuh Maarof, motif dan sosok pembunuh upahan tidak pernah dapat dirungkaikan.

bertapa dengkinya mereka sejak puluhan tahun yang lalu....kita adalah Bangsa Hebat. Mereka sebenarnya gentar kepada kita lebih lebih lagi bila kita bersatu.
Berat dah negara ni......sampai ke telur kena pegang dengan dragon.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register