akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,439
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,439
- Reaction score
- 6,634
- Points
- 881
- Awards
- 1
Konsert Persahabatan Korea Selatan-Malaysia Rai Peningkatan Hubungan Dua Hala
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Konsert Persahabatan Korea Selatan-Malaysia yang diadakan pada Selasa, meraikan hubungan yang semakin erat antara kedua-dua negara dengan jangkaan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik tahun ini.
Dianjurkan oleh Kedutaan Korea Selatan di sini, konsert itu menampilkan penyanyi soprano terkenal dunia dari Korea Selatan, Sumi Jo, penyanyi tersohor Malaysia, Anuar Zain dan Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia, melambangkan pertukaran budaya dan kerjasama yang menjadi asas kepada peningkatan hubungan dua hala.
Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae berkata tahun 2024 menandakan momentum baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
"Dengan lawatan peringkat tinggi yang dirancang, pertukaran antara kita menjadi lebih dinamik berbanding sebelum ini.
Perdagangan dua hala telah melebihi US$25 bilion selama tiga tahun berturut-turut, dan konsert ini memperkenalkan muzik K-klasik kepada masyarakat Malaysia yang telah lama menghayati K-pop dan K-drama. Kami teruja untuk memperkukuh kerjasama strategik ini dengan lebih lanjut."
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Hari Penubuhan Negara dan Hari Angkatan Tentera Korea Selatan, yang diadakan di sini.
Konsert itu menampilkan persembahan memukau, dihadiri oleh 900 tetamu termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang merupakan tetamu kehormat.
Sumi Jo juga menyumbang untuk memberi makna kepada acara ini dengan membuat sumbangan amal kepada Selangor Cheshire Home, yang menyokong kehidupan berdikari bagi individu kurang upaya yang parah di Malaysia.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-64 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Malaysia merupakan rakan dagang ketiga terbesar Korea Selatan di Asia Tenggara.
-- BERNAMA