Santai Kongsi klan dulu-dulu /keratan akhbar lama Malaysia 70-80an [gambar berat]

CG Sponsors




istinggar

Active Member
Joined
Jun 5, 2010
Messages
1,315
Reaction score
43
Points
35
Menyelongkar isi rumah lalu terjumpa beberapa majalah dan keratan akhbar lama yang disimpan oleh mak ayah aku di bawah timbunan barang-barang lain. Apabila dibelek-belek lantas tertarik dengan cetakan pengiklanan zaman dulu-dulu. Jadi aku kongsikannya di sini, yang mana aku rasa agak menarik, zaman di mana hawa cuaca bahasa Melayu masih cerah dan tidak mendung seperti sekarang.

Ini diambil daripada majalah Cahaya Lembaga keluaran 1983. Dipercayai majalah ini ialah lidah rasmi pergerakan Puteri Islam dulu (tapi semua gambar AJK dalam majalah pada tahun 83 ni tak pakai tudung pun :D):

Iklan Nissan-Datsun.



Siapa yang pernah sempat dengan tabung unta ni? :"> Kalau tak silap aku pernah timbul juga kontroversi berkenaan tabung ni sebab ia berbentuk patung haiwan lengkap.



Iklan Ajinomoto.



Bank Bumiputra. Dah terkubur. Bahasa lunaknya 'penggabungan'.


*******************



Lagi gambar menarik:
Muka surat 3 Kredit digimortal
Muka surat 4 Kredit digimortal
Muka surat 5
Muka surat 6 Kredit Biggie80
Muka surat 8 Kredit HangPC2 & tilambujang
Muka surat 11 Kredit HangPC2
Muka surat 12 Kredit HangPC2 & stylus
Muka surat 13 Kredit HangPC2 & shane
Muka surat 14 Kredit HangPC2 & helmisaman
Muka surat 15, 16, 18, 19 Kredit HangPC2 & playermmc


*******************
 
Last edited:
Sponsored Post

istinggar

Active Member
Joined
Jun 5, 2010
Messages
1,315
Reaction score
43
Points
35
Yang ini diambil dari buku resepi yang tidak diketahui tajuknya, dipercayai dijadikan sisipan oleh sebuah majalah yang juga tidak diketahui tajuk dan tarikhnya. Mungkin sekitar 85-an berdasarkan gaya penulisan iklan yang biasa-biasa sahaja:

Periuk nasi ni masih ada dalam ingatan aku. Zaman kecik-kecik dulu. Sudah tiada dalam pegangan:



Nescafe.
 

istinggar

Active Member
Joined
Jun 5, 2010
Messages
1,315
Reaction score
43
Points
35
Yang ini diambil dari majalah Keluarga keluaran November 1978:

Pencuci Harimau. Masih ingat? :)).



Peti sejuk Sanyo.



Dumex.
 

istinggar

Active Member
Joined
Jun 5, 2010
Messages
1,315
Reaction score
43
Points
35
Yang ini diambil dari majalah Keluarga, 1979:

Moulinex. Ada bau-bau pencemaran sikit dengan penggunaan perkataan chopper dan blender.



TV Sanyo. Konsul kayu macam ni dah dikira barang antik, ada tombol pintu yang boleh ditarik secara sisian.



Seterika National yang boleh tahan beratnya.



Teh Lipton dengan Mahmood June sebagai pelaris. Rasanya dia dah meninggal.



VapoRub. Ada contengan pensel pada dada budak tu. Tak tahu tangan sapa yang lukis puting kat situ. Suspek belum dikenal pasti.



Losyen bayi Johnson.



Sirap Optrose. Makanan tambahan bagi keluarga yang agak berada untuk anak-anak mereka.



Mee Maggi. Aku ingatkan asam laksa tu perasa baru, rupa-rupanya 1979 dah ada.
 

istinggar

Active Member
Joined
Jun 5, 2010
Messages
1,315
Reaction score
43
Points
35
Yang ini saja-saja aku selitkan sekali sebab aku rasa macam menarik:

Gambar Ustaz Ismail Kamus masa muda-muda. Diambil dari majalah Cahaya Lembaga 1978, masih bertugas sebagai Pegawai Pelajaran Agama Wilayah Persekutuan ketika itu. Perhatikan songkok Afrikanya :)).



Ini diambil dari majalah Keluarga, November 1979. Apabila dibelek-belek majalah ni, hanya awek ini sahaja berada dalam kategori rembes. Namanya Siti Fareah binti Said berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dia bukan model pakaian atau artis, tetapi dia seorang pelawak yang bergerak dalam kumpulan dari satu pentas ke pentas pesta yang lain. Kerjaya yang unik. Dalam rencana ringkas ini, dia berkata, "Saya tak berani dedah-dedah, emak marah". :-? ...Nikmatilah gambar awek rembes 1979 yang katanya tidak ada dedah-dedah. :-?



Gambar ni sangat menarik, juga diambil dari majalah Keluarga, 1979. Ilustrasi perempuan bogel :D. Jika diteliti dengan khusyuk, ada contengan pensel membentuk puting pada dadanya. Entah siapa yang mencontengnya. :"> Harap-harap tak menimbulkan rasa ghairah. Sama-samalah kita mengambil pengajaran. :D
 

istinggar

Active Member
Joined
Jun 5, 2010
Messages
1,315
Reaction score
43
Points
35
Kalau ada masa minggu depan aku tambah lagi. Ada iklan dari suratkhabar tahun 1971-73, jarang-jarang sekali dapat dilihat.
 

istinggar

Active Member
Joined
Jun 5, 2010
Messages
1,315
Reaction score
43
Points
35
Dapur gas GEC, iklan di akhbar yang tidak diketahui, mungkin sekitar 80-an.



Iklan penggemuk badan, dicetak pada halaman yang sama dengan iklan GEC kat atas. Hanya sebahagian je dapat dilihat sebab mesin pengimbas aku cuma membenarkan saiz A4 sahaja. Ayat di atasnya ialah "KURUS?".



Iklan tuala wanita. Dicetak di muka belakang iklan GEC dan Wate-On tu.



Dumex, di ambil dari majalah Wanita, November 1972. Bahasa yang hebat. Gambarnya tak kelihatan habis, sebab di belakangnya ada resepi, mak aku potong bahagian resepi jadi terpotong sekali gambar iklannya.



Pencuci, tak diketahui sumber dan tarikhnya. Tapi bahasa macam 70-an. Bahagian bawah gambar terpotong sikit, kesilapan teknikal. Ada masa aku tepek semula, buat masa ni begini je lah.



Panau salap, majalah Wanita, Disember 1971.



Bedak Johnson. Iklan ni sebenarnya sebelah-menyebelah dengan iklan panau salap kat atas.



Mid-Summer..iklan majalah kut? Wanita, Julai 1970. Bahagian atas iklan terpotong, nasib yang sama seperti iklan DUmex. Iklan ni dah bercerai-berai sebenarnya, aku sambung ala kadar je. Perhatikan nombor telefon, cuma 5 digit tanpa kod negeri hehe.



Iklan ni bersebelahan dengan iklan Mid-Summer tu.
 
Last edited:

sufian_adi

Active Member
Joined
Feb 19, 2006
Messages
1,422
Reaction score
6
Points
25
wow terbaik la tt...dulu semua iklan cam dlm bahasa melayu jek tp sekarang hampeh
 

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,081
Reaction score
58
Points
135
baguslah TT...memang susah nak cari gambar ni:)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register