BTC USD 34,482.5 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongsi Ilmu Volvo dan Kereta Conti yang len

chaphoo

Active+ Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
4,362
Reaction score
1,017
Points
101
Thread ni tujuannya, untuk owner bagi komen dan ilmu mengenai kereta2 conti terutamanya volvo, yang len: peugeot, merc, bmw, citroen, audi DLL....

dari segi:

1. Apakah Bestnya?
2. Keselesaan.
3. Power.
4. Workshop mana yang terbaik...
5. Kat mana nak dapat sparepart murah..
6. Maintenane berapa ribu purata setahun...
7. Boleh dibaiki 'bengkel bawah pokok' x?
8. Senang nak jaga x macam kete jepun?
9. dan len2 la kalau nak share..




Asal thread ni:


Assalam, saya nak tanya sahabat2 cg sekelian..

ada x yang pernah pakai s70?...

satu hari saya test drive volvo pak mertua...pergh memang sedap...kalau x silap itu volvo 940...

survey2 mudah, s70 ni belasan ribu...

so soalan saya:

1. macamana dengan maintenance...ada x semahal volvo2 baru?..
2. Berapa estimate duit maintenance keluar secara tahunan?
3. Ok x siri s70 ni? dari segi ketahanan enjin dan body
4. Boleh dibaiki 'bengkel bawah pokok' x?
5. Senang nak jaga x macam kete jepun?
6. dan len2 lah.....

so bro sekelian (yang berpengalaman terutamanya) ...apa pendapat anda?

:)cgrock:)cgrock:)cgrock






antara komen2 yang menaikkan semangat:

volvo...sebut jerk dah tau kete ni bapak tahan ...direka dgn safety ...

pernah bwk sepupu aku nye s60 model 90's...mmg best even dah lebey 10 yrs usianya...

Aku penah pkai 1 thun lebih. mmg sedap, aku lenjan2 kaw2 pnye. skali servis dkt seribu juga kt area chan sow lin. Kedai Volvo-Mal. bli je bro, volvo 15-20 thun pon sedap lg.confirm

kalau s80 tu aku taulah pasal pernah maintain kereta ni, kereta ni memang best dan selesa.. pada pendapat aku lebih selesa compare dengan bmw.

kalau minor maintainance tu murah je tak mahal, setakat tukar minyak hitam 5 ltr, oil filter dalam rm40. kalau major pun tak de la mahal sangat, cuma yang sakit tu bila spare part dia rosak... spare part dia memang mahal nak mampos, s80 punya throtle body ni memang selalu problem, harga pulak 2k kalau baru, potong dalam rm700. throttle body dia pakai electronik pulak tu langsung tak boleh modify.

aa tang myk mmg larap la gak...
aku dulu pnah gak gne volvo 940...
syok woo...ujan lbat pn mcm steady je bwk x goyang...
maintenance ok je...

tp opis pye la...bkn aku pye..:D

Amik Volvo Diesel lagi jimat..

boleh je s70...2.5 l ke 2.0 soft turbo...? kalau 2,0 soft turbo mmg jimatla minyak...xmahala sagt maintenance pon..yang jadi mahal kalo nk layan performace...halfcut t-5 2.3 s70 tk silap dalam 7.5 k...yang ni engin turbo la...hard turbo...

volvo for life, dh bertahun pakai 240 tahun 1991, keta bawak g keje hari-hari, seminggu dlm RM50, jalan jauh lagi save giler, maintenance senang & murah, brg senang cari & Ori lagi, kalo dh sesak sgt nk maintenance masuk minyak masak je tuk ganti minyak hitam...so kalo keta 940 atau S70 lg best, minyak lg save, laju lagi dr model 240, maintenance lebih lg sikit...

ok citer ambo...

beli volvo 850 harga dalam RM 11k.. skrg bleh dapat dalam 8k-10k..kalau bernasib baik belh dapat 5k-6k...:D

buat conversion kepada engin 2.3L turbo t-5 engine...
kos: 10k-11k termasuk upah
beli rim sukan volan: 1.5 k (ori t-5)
wear n tear:
tukar disc break: skeping RM 170
tukar cable plug: rm 220
rotor arm: 85
rotor cap: RM165
plug: RM 90
minyak itam pakai semi: 90 untuk 4 liter
t-5 pakai 5 liter so kena beli 2 botol
tukar hose vakum: rm 5 sekaki

oil filter : rm 30

minyak gear box: rm 200 untuk 4 lietr (ori volvo)
kalau local boleh pakai yang super 76: rm 58 untuk 4 liter.



itu jelah yg tukar stakat ni..

untuk makluman: engin t-5 paling tahan antara engin volvo
kalau ada bajet bleh angkat t-5R..harga masa tu 7.5k (halfcut shj)... murah lagi dari vtec..huhu:)):))

p/s: kalau stakat nk pakai stock turbo tak mahal pon maintenance
jaga minyak hitam je. stock engin t-5 pon dah 222hp...
maintain dekat kedai K&K parts di chan sow lin.. kedai volvo
barang boleh tahan tapi kalau upah mahal skit...
kos maintainance:


group ni memang mahal
Alfa
BMW
Audi
Merc

Group ni boleh laa
KIA
Hyundai
Fiat
toyota
honda
Peugeot
Citroen
proton - part yang mahal punya



Kat mana nak repair:
Kena tanya owner dia lah, kalau hantar kat kedai tayar tu memang kena sembelih lah jawabnya. Kalau nak lagi murah repair sendiri.

kat mana Supplier murah:
Kalau nak murah, order direct dari internet. tapi makan masa. Carik kat kedai potong pun boleh.

Kalau duk kl ni memang senang pakai konti pasal spare part dan pomen ada bersepah2. kalau duk selain dari bandar besar ni parah la sikit kalau ada problem.

sorry off topic sikit:
kalau nak dapat performance dan pickup, kereta jepun lagi better pasal body dia ringan. Sedap bawak kat dalam bandar. Biasanya orang yang pakai conti ni dia kisah pasal feeling bawak kereta (owner kereta konti je tau pasal ni) dan tak pandang sangat pasal pickup dan performance.
betul tu bro. feeling bawak conti car memang berbeza sekali. sebab tu pemilik2 kete conti yang antik2 tu semua tak jual kereta diorang. macam peugeot 405, 406. bmw model e32 atau volvo lama2 tu. feeling dia semacam. :p

betul bro. tapi kalau bro nak beli peugeot 407, baik amek 408 model baru tu.
aku punye 2nd car volvo 940.. :D
sekarang.. jdik 1st car sebab persona aku biar berabuk kat rumah...

yg bestnye time nak cilok.. muncung dier org takut nk masuk.. keras la katakan
Teringat kereta arwah ayah-volvo 144GL.Memang mantap kereta tuh,sayangnya dijual sebab takder siapa nak bawa dan takder mekanik yang sanggup baiki.

Kalau ada sesiap tahu mana nak dapatkan volvo model 144GL atau yang tahun 1974 keatas,hello2 laa yea.

P.S.Ahli kelab Volvo pun kata susah nak cari,kecuali import dari UK atau negara2 Scandavian.
hahh no hal la 400k.. aku baru beli pun 280k.. kalau dah nk dia.. mesti sngup wat apa saja la...

utk preventive maintenance 300k overhaul single vanos engine 6k..

tp panel pomen aku ok jer.. slagi x makan minyak hitam bagai xpayah wat...

kete ni no hal la..brg byk...
mcm mana nk multiquote..

wah byk geng dlm ni nk e36... hoho cayalah utk bimmer beginner boleh la... lepas tu nek la..e46.. e90.. f10...

kete ni aku jamin x pening kepala.. m3 pun antara yg terendah utk maintennace...


Thread ni tujuannya, untuk owner bagi komen dan ilmu mengenai kereta2 conti terutamanya volvo, yang len: peugeot, merc, bmw, citroen, audi DLL....

dari segi:

1. Apakah Bestnya?
- feeling lain la bro.. (bg aku 1st sebab dia berat, enjin besar)
2. Keselesaan.
-speechless
3. Power.
-ikut hati
4. Workshop mana yang terbaik...
-bro kat mana?
5. Kat mana nak dapat sparepart murah..
-bro kat mana?
6. Maintenane berapa ribu purata setahun...
-rm500 x 12... (preparation jer.)
7. dan len2 la kalau nak share..
- kete konti nih... otai ckp la... ada 10 appointment.. 5 masuk bengkel la... kalau jepun..10 appointment.. 10 appointment lagi dia boleh buat..kira x payah jaga lebeh la..hoho semua identiti berbeza... ni otai citroen bwah pokok ceri kat kl ckp... arghh byk nk citer.. best la kalau jumpa diorang.. smua specialist masing2 kat kedai tu.. peuogot da.. haha kat bengkel member aku bm sahaja.. seblah tu alfa romeo shja.. citer pasal alfa romeo best gak... bukan snang2 knapa dia nama romeo!..hehe
peugeot & citroen adalah antara kereta konti yang murah maintainancenya. maintain dia lebih kurang maintain kereta jepun je. cuma pomen susah sikit la nak carik yang betul2 mahir dan teliti.kalau ada yang bagus pun, kedai dia selalu penuh..tu yang aku terpaksa maintain sendiri.

kereta konti lama sebenarnya lebih mudah jika di bandingkan dengan kereta baru..

pada pandangan saya lah, kereta konti ni maintainance lebih sikit kalau ambik alfa/beemer/audi, kalau yang lain tu maintainance lebih kurang macam kereta korea/jepun.
dari segi:

1. Apakah Bestnya?
Volvo naik sedap, kalau duduk belakang.
Kalau duduk seat belakang, ada sesetengah model boleh pening sikit kalau masa corner/jalan banyak corner/kalau orang tak biasa.
Keselesaan memang mantap, kalah dengan Peugeot dan Citroen je bab keselesaan /ride.
Trade-off dia, handling tak bagus macam BMW,Merc.Tapi masih bagus banding Toyota dan kebanyakkan kereta Jepun,kecuali Honda.

2. Keselesaan.
Paling selesa pada Volvo adalah seat depan.Dulu kalau rating seat, dalam majalah What Car? UK, seat rating paling tinggi adalah Volvo dan Saab je. Seat Volvo paling teruk (untuk model yang paling kecik) masih sama rating dengan Merc S-class.Ni cerita tahun 90-an.Maknanya relevan untuk Volvo 940,960 dan S40/V40 tahun tu.
Satu lagi, Volvo ni sangat sangat banyak ciri praktikal.

3. Power.
Volvo ni power dia cukup dah kalau untuk bawak biasa. Cuma kalau jenis bawa laju, kena enjin T4, T5 atau T6 la.
Hampir semua Volvo tahun 2000 ke atas boleh cecah 200kmh.
Cuma Volvo ni, terutama LPT (light Pressure Turbo) cara nak pecutan tak macamkeretaJepun. Naik slow slow, macam diesel,cuma lebih cepat.
Kalau kereta Jepun kena rev, lepas kelauan tertentu, contohnya 120kmh pecutan mula kurang.Volvo dari awal macam tak berapa nak pecut, tapi konsisten,sampai 160kmh-180kmh pun boleh lagi naik pada kadar sama macam 60-80kmh.Tu yang 200kmh sekejap tu.
0-100kmh mungkin kalah dengan kereta Jepun yang sezaman satu kategori dengannya, tapi 0-200kmh boleh menang.

4. Workshop mana yang terbaik...
Setakat ni yang paling murah adalah di Jalan Chan Sow Lin, nama Woon.
Kat Taipan USJ pun ok juga.

5. Kat mana nak dapat sparepart murah..
Kat Chan Sow Lin banyak spare parts.Nak half-cut, nak baru dalam plastic, semua ada.

6. Maintenane berapa ribu purata setahun...
Pengalaman aku pakai V40 tahun 2001, maintenance memang mahal dari kereta Jepun la. Tapi bergantung kepada kedai juga.
Biasa servis murah je, RM150-200. Cuma parts mahal la (banding kereta Conti lain,tak beza mana pun)
Setahun adalah dalam RM1000-1500je kalau tak de rosak apa apa.
Tapi sebab kereta dah lama, biasanya habis lagi RM1500-3000 setahun tukar apa yang patut, yang bukan maintenance, seperti tayar, servis aircon,control power window rosak, signal indicator control rosak.
Biasa perasan kereta Volvo ni plastik interior dia selalu tak tahan.
Kalau kereta yang umur 6-7 tahun ke atas, dah mula nampak butang plastik macam putih,nampak rapuh, dan sesetengah butang nampak macam cair.

Mungkin sebab kereta ni buat untuk suhu sejuk, kena tahan parking kat luar suhu -20 Celsius.
Kalau plastik Proton/Perodua pulak kalau letak kat luar suhu -20 boleh retak kot.

-pernah tengok gambar test Porsche untuk suhu ekstrim sejuk. Bila langgar ais, bumper Porsche tu pecah macam kaca.punya sejuk plastik jadi bersifat macam kaca/rapuh.
yang bestnya kereta konti ni ialah kalau beli second hand..Harga memang bargain. Ambik contoh macam ni lah,volvo s80 harga baru lebih kurang 280k (sesapa sini tolong betulkan kalau silap). Harga s80 second tahun 2003 dalam 60k.

Cuba compare ngan honda accord pulak, harga baru dalam 140k (sesapa sini tolong betulkan kalau salah). harga accord tahun 2003 adalah dalam 60k. memang rugi beli honda second ni, beli baru memang best.

lepas tu cuba pulak parking volvo s80 second hand tu di sebelah honda accord second hand.. siapa yang akan nampak lebih berduit dan berprestij?
kalau nak beli volvo s80, jangan beli yang tahun 2000 - 2001, selalu sangat problem dengan throttle body dia. s80 pakai electronic throttle body jadi tak boleh nak modify (kalau boleh pun susah).harga throttle body dia kalau baru dalam rm1800, kalau potong rm700 agaknya. tapi kalau boleh elakkan beli model ni tahun 2000 - 2001.
Penah bwk Volvo S90,Audi A4,Q7 dan beberapa model Merc,,,,dia punya feel mmg best la,,,klu aku punya kete mmg tak nak dah awek jepun ni,,,awek conti la meow meow,,,
baru2 ni saya ada pergi satu bengkel di sri gombak,servis tiptop..

nama bengkel tu harraz auto services, bengkel tu memang mahir membaiki volvo dan mercedes..
part M3 memang tak mahal pun.. kos maintanence pun tak mahal.. service kena jaga.. insya'Allah puas hati pakai :">
best main keta conti, walaupun kereta lama & 2nd hand, feel dia tak sama dgn keta jepon...
tapi kena ada lbh dari satu kereta, duit xtra dan masa sebab almaklum keta 2nd, barang ini tukar barang itu pulak yg buat hal...
dulu saya pakai peugeot 306 dan join peugeot club, banyak bengkel yg boleh buat, ada di Kajang, Bolton, Kg Melayu Subang...
keta conti mmg nikmat bwk..tork tinggi..tu yg best...sbb tu pemandu tegar keta conti bila tukar ke keta jepun..mesti rasa downgrade :))
Saya guna BMW E30M40 Model 91, selama hampir 9thn guna x ada yg major problem..cuma tukar radiator baru..itupun dalam rm 670..selalu g servis kat Jlan Baru, Seberang Jaya Penang..(Happy Motor)..
Tapi baru2 ni berkenan pulak nak pakai MPV..ingat nak let go..ada yg berminat ke..?
setuju tu, benda ni cuma orang yang pernah pakai kereta konti je yang tahu.. yang tak pernah pakai tu sibuk pikir pasal horse power dan torque je. Ape pekdah kereta laju tapi bila sampai destinasi pinggang dan belakang sakit2.

yang bestnya tentang keta conti ni, setiap keta mempunyai karekteristik yang berbeza (kira yang design kereta ni syok sendiri la ni masa design kereta ni)

sorry of topic sikit, saya nak citer pengalaman saya design & develop software selama 6 tahun, software yang di buat dengan syok sendiri akan menyebabkan orang lain pun turut syok nak pakai software tersebut berbanding software yang di buat cuma utk ikut deadline dan teknologi. Saya rasa ini ada kaitan dengan penghasilan kenderaan cuma kita tak boleh nak measure apakah benda ini.

Saya ada juga pinjam dan pakai kereta lain seperti honda accord, pesona, kia. Bagi saya ok je semua ni dengan aircond yang bagus,speed ok, torque ok.. cuma bezanya selepas 15 minit saya memandu saya tertanya2 dalam hati bila nak sampai ni , rasa dah lama memandu ni yang mana perkara ini tak terlintas dalam fikiran apabila memandu kereta konti. point saya ialah bukan keta konti tu laju (kereta konti lah paling tak power torque dia pasal berat) point saya ialah saya rasa seronok sehingga lupa waktu berlalu semasa memandu.

Jadi pada TT dan sesapa yang berminat nak beli kereta konti ni, buat2lah test drive satu atau dua jam. Tapi bukan semua konti ad feeling syok sendiri ni, kena test dulu lah baru tahu haaha




volvo saya minat:

Volvo%2BS70%2Bcar%2BWallpapers%2B05.jpg

99-03_Volvo_S80_2.9.jpg


peugeot saya minat:

lrg_peugeot_407_diesel_saloon_23357.jpeg


evente
Peugeot_407-SW_222_1024x768.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

jku8505

Active+ Member
Joined
Sep 11, 2009
Messages
2,672
Reaction score
17
Points
25
s70 kawan x der...
kalu C70 honda kapcai kawan ader ler...:">
 

[email protected]

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 16, 2009
Messages
20,561
Reaction score
571
Points
166
aku xpernah pki..tpi org ckp lah..volvo paling kuat mkn minyak....
 

ABUZIKIN

Active Member
Joined
Nov 29, 2010
Messages
1,896
Reaction score
3
Points
25
saper saper ade info kasi share..minat juge la wehhh
 

chaphoo

Active+ Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
4,362
Reaction score
1,017
Points
101
a'ah...memang kete conti ni mahal sket...kalau volvo baru contoh macam s80 tahunan maintenance dia lebih kurang 3k...major maintenance, boleh cecah belasan ribu....so, ada otai2 volvo x sini?

target aku (ini pug 407):

lrg_peugeot_407_diesel_saloon_23357.jpeg
 
Last edited:

arifrahmanz

Active Member
Joined
Jan 2, 2009
Messages
1,894
Reaction score
7
Points
25
a'ah...memang kete conti ni mahal sket...kalau volvo baru contoh macam s80 tahunan maintenance dia lebih kurang 3k...major maintenance, boleh cecah belasan ribu....so, ada otai2 volvo x sini?


x otai..dulu pernah pakai volvo lagi lama..tapi xde la sampai camtu kot..lain la kalau major problem eg tukar gearbox ke, tukar enjin ke..memang la..tapi jarang la camtu..biasanya org yg cakap camtu org yg x pernah pakai..aku suggest beli je..baru ada kisah suka duka dgn kereta tu..
 

faris_sn

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2009
Messages
14,317
Reaction score
12
Points
115
volvo...sebut jerk dah tau kete ni bapak tahan ...direka dgn safety ...

pernah bwk sepupu aku nye s60 model 90's...mmg best even dah lebey 10 yrs usianya...
 

chaphoo

Active+ Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
4,362
Reaction score
1,017
Points
101
x otai..dulu pernah pakai volvo lagi lama..tapi xde la sampai camtu kot..lain la kalau major problem eg tukar gearbox ke, tukar enjin ke..memang la..tapi jarang la camtu..biasanya org yg cakap camtu org yg x pernah pakai..aku suggest beli je..baru ada kisah suka duka dgn kereta tu..

240 ke 940 bro, ke 740?...

maksud saya volvo baru tu yang 2000 ke atas....pengalaman pengguna volvo s80..kereta terbesar volvo terkini
 

TQ7

Fun Poster
Joined
Aug 26, 2010
Messages
806
Reaction score
2
Points
15
Aku penah pkai 1 thun lebih. mmg sedap, aku lenjan2 kaw2 pnye. skali servis dkt seribu juga kt area chan sow lin. Kedai Volvo-Mal. bli je bro, volvo 15-20 thun pon sedap lg.confirm
 

chaphoo

Active+ Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
4,362
Reaction score
1,017
Points
101
Aku penah pkai 1 thun lebih. mmg sedap, aku lenjan2 kaw2 pnye. skali servis dkt seribu juga kt area chan sow lin. Kedai Volvo-Mal. bli je bro, volvo 15-20 thun pon sedap lg.confirm

pastu kenapa bro x pakai dah?bro pakai siri brapa?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register