BTC USD 16,504.9 Gold USD 1,753.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres Khas DAP 2022

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,061
Points
2,866
Awards
1

Najib kekal PM jika PH tidak bentuk kerajaan – Anthony Loke​


25 September 2022

WhatsApp-Image-2022-09-25-at-10.57.13-681x416.jpeg


Anthony Loke


SHAH ALAM – Pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd tidak akan terjadi sekiranya Pakatan Harapan (PH) tidak membentuk kerajaan selepas PRU14 lalu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, sekiranya landskap politik tidak berubah, ahli Parlimen Pekan itu akan kekal sebagai Perdana Menteri dan dakwaan salah laku rasuah tidak terbongkar.





“Pemenjaraan Najib merupakan manifestasi makna perubahan bersejarah pada 9 Mei 2018.

“Datuk Seri Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya PH tidak berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas PRU14.

“Najib akan kekal sebagai Perdana Menteri sampai hari ini dan bukannya merengkuk di Penjara Kajang menerima hukuman yang setimpal dengan jenayah rasuah besar yang dilakukan,” katanya berucap pada Kongres Khas DAP 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.



Loke juga berkata, apa yang berlaku ke atas Najib mesti menjadi pengajaran kepada semua pemimpin politik termasuk diri DAP supaya tidak sesekali menyalahgunakan kuasa dan melakukan jenayah pecah amanah.

“Tidak seperti sebuah parti yang lain, DAP menentang rasuah tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
“Kita benci kepada perasuah tak kira bernama Najib ataupun Jho Low, yang menerima atau memberi sama-sama salah, lebih-lebih lagi menjadi “mastermind”,” katanya.



Tambahnya, DAP bersama parti komponen PH perlu menyahut titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dengan menjadikan perang terhadap rasuah sebagai misi dan agenda utama perjuangan politik mereka untuk memenangi PRU15.

“Perang terhadap rasuah dan membudayakan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia mesti menjadi nadi pentadbiran PH,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,061
Points
2,866
Awards
1
Setiausaha agung DAP itu turut memberi jaminan bahawa asas dan prinsip perjuangan parti itu tidak akan dilupakan dalam mengambil pendekatan dan strategi baharu.

DAP mesti berani berubah ikut keperluan semasa, kata Loke​





September 25, 2022 1:51 PM


kongres-khas-dap-250922-8.jpg


Kongres Khas DAP hari ini menyaksikan usul dibentangkan bagi menggubal perlembagaan parti agar mana-mana wakil rakyat yang tidak mematuhi arahan parti dalam isu-isu utama boleh dipecat.


SHAH ALAM: DAP perlu berani untuk membuat perubahan mengikut keperluan semasa demi mencapai matlamat perjuangan parti, kata Loke Siew Fook.

Setiausaha agung DAP itu ketika berucap pada kongres khas parti hari ini berkata, parti itu “tidak boleh terperangkap dalam paradigma yang lama dalam pendekatan dan strategi politik”.

“Bak kata Bruce Lee, ‘jadi seperti air’ yang tiada rupa mahupun bentuk, hanya mengikut acuan,” kata Loke kepada perwakilan DAP yang hadir.

“Kita mesti berani untuk membuat perubahan mengikut keperluan semasa dan mengorak langkah yang strategik demi mencapai matlamat perjuangan parti.”




Beliau turut memberi jaminan bahawa asas dan prinsip perjuangan DAP yang berlandaskan demokrasi, keadilan, kebebasan, budaya integriti dan tadbir urus yang baik tidak akan dilupakan dalam pendekatan dan strategi yang akan diambil.

Dalam pada itu, Loke berkata, beliau sedar ramai ahli dan penyokong DAP khuatir dengan keputusan parti itu, sebagai sebahagian daripada PH, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

Namun, katanya, ia suatu langkah yang berani dan strategik oleh setiausaha agung DAP sebelum ini, Lim Guan Eng, kini pengerusi parti, yang membolehkan undang-undang lompat parti menjadi kenyataan.

“Dalam proses rundingan sebelum MoU ditandatangani, syarat yang paling penting diletakkan oleh pimpinan PH yang tidak boleh dikompromi ialah pindaan perlembagaan untuk membolehkan akta anti-lompat parti dilaksanakan,” katanya.

“Undang-undang ini amat penting dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-15 untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem politik negara dan kebolehpercayaan sistem pilihan raya kita.

“Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini yang memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen akhirnya dapat direalisasikan kerana tindakan pimpinan DAP dan PH yang berani menggunakan kekuatan politik kita di Parlimen untuk memeterai MoU dengan pentadbiran (Perdana Menteri) Ismail Sabri Yaakob semasa kemuncak wabak Covid-19.”

Kongres Khas DAP hari ini menyaksikan usul dibentangkan bagi menggubal perlembagaan parti agar mana-mana wakil rakyat yang tidak mematuhi arahan parti dalam isu-isu utama boleh dipecat.

Bulan lepas, Loke berkata, pindaan ini adalah bagi melindungi parti daripada sebarang kelompongan dalam Akta Anti-Lompat Parti yang menyatakan bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang dipecat oleh parti tidak perlu untuk mengosongkan kerusi dipegang mereka.

Tambahnya, pindaan ini penting apabila melibatkan keputusan asas parti seperti pemilihan perdana menteri atau undi belanjawan negara.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,061
Points
2,866
Awards
1
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan dengan JPPM untuk mengemaskini perlembagaan parti.

DAP lulus pindaan perlembagaan parti berkaitan anti-lompat​





September 25, 2022 2:14 PM



Setiausaha-Agung-DAP-Anthony-Loke-Siew-Fook-FMT-2.jpg


Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook bercakap pada sidang media selepas Kongres Khas Parti 2022 di IDCC Shah Alam.


SHAH ALAM: DAP berjaya meluluskan usul untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan mana-mana wakil rakyatnya yang tidak mengikut arahan parti dalam isu asas dipecat.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk mengemaskini perlembagaan parti.

“Kami harap JPPM dapat meluluskan permohonan itu segera dan membenarkan kami melaksanakan pindaan itu sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media.

Loke sebelum ini berkata, pindaan itu dibuat untuk melindungi parti daripada sebarang kelompongan dalam Akta Anti-Lompat Parti yang menyatakan bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang dipecat oleh parti tidak perlu mengosongkan kerusi mereka.






BERITA LANJUT MENYUSUL
 

Panji hitam putih

Active+ Member
gem
Messages
4,929
Joined
Nov 6, 2016
Messages
4,929
Reaction score
1,401
Points
111
ANTHONY LOKE DARI DAP BERKATA PENGUNDI AKAN MENGHUKUM UMNO JIKA PM ISMAIL SABRI MENGGESA PRU15 SEKARANG

SHAH ALAM, 25 Sept — Jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyahut saranan UMNO supaya pilihan raya umum diadakan awal, beliau dan UMNO akan dihukum berat oleh orang ramai, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini.

Loke menggesa Ismail Sabri untuk bertindak seperti Perdana Menteri negara dan tidak didesak oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pengikutnya yang gigih menggesa pilihan raya umum ke-15 (PRU15) awal.

“Saya ingin memberitahu Ismail Sabri dan UMNO bahawa jika mereka mengadakan pilihan raya pada musim hujan lebat dan musim banjir orang ramai akan menghukum mereka dengan cara yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Kami di DAP tidak bimbang, kami boleh pergi untuk pilihan raya esok jika perlu.

“Jika UMNO mahu membuang kebimbangan besar rakyat maka mereka pasti akan dihukum apabila tiba masanya. Kami di DAP nak uruskan banjir dan hujan lebat dulu baru boleh pergi PRU15. Jadi teruskan dan bubarkan Parlimen dan lihat apa yang berlaku,” kata Loke hari ini semasa kongres khas DAP di Shah Alam.

Loke berkata DAP tidak mencabar Ismail Sabri atau UMNO untuk membubarkan Parlimen sebaliknya telah memberitahu Ismail Sabri dengan cara yang baik di Parlimen dan di Dewan Rakyat bahawa beliau tidak perlu bimbang dengan tekanan daripada Zahid.

Loke berkata Ismail Sabri mempunyai memorandum persefahaman (MoU) untuk menyokongnya dan tidak perlu berasa terancam oleh Zahid sebagai Presiden UMNO.

“Kami telah menasihatkan Perdana Menteri berkali-kali, di Parlimen, Dewan Rakyat dan banyak lagi bahawa jika Zahid mengambil sokongan anda, anda mempunyai MoU dengan Pakatan Harapan jadi jangan risau tentang ugutan Zahid.

"Saya ingin mengingatkan Ismail Sabri bahawa anda adalah Perdana Menteri negara jadi bertindaklah seperti Perdana Menteri dan bukannya pengikut parti," tambahnya.

Kongres DAP hari ini adalah untuk membuat pindaan kepada perlembagaan parti untuk mengharamkan lompat parti. Loke berkata ini selaras dengan pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan dan berharap semua ahli DAP hari ini menyokong inisiatif ini.

Sabtu lalu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak akan menghadapi masalah dengan Ismail Sabri selagi beliau memanggil PRU15 tahun ini.

Sementara itu Loke mengulangi pendirian DAP bahawa semua parti komponen PH akan menggunakan logo yang sama untuk PRU15.

Beliau berkata, perkara mengenai logo itu akan diselesaikan dengan majlis Presiden PH tidak lama lagi.

Beliau juga berkata DAP akan memberi peluang kepada calon wanita dan pemuda.

“Kami amat berbangga dengan keupayaan wanita kami di Parlimen atau ADUN. Kami percaya bahawa Cawangan Wanita DAP akan memainkan peranan besar dalam kepimpinan kami apabila kami menghadapi PRU15,” katanya.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,061
Points
2,866
Awards
1
#BHnasional Ia berdasarkan komitmen ditunjukkan menerusi rundingan yang dijalankan dengan rakan parti PH setiap minggu
https://bit.ly/3C7pdBL


DAP yakin agihan kerusi, logo dapat diselesaikan masa terdekat​


September 25, 2022 @ 12:42pm




SHAH ALAM: DAP yakin soal pengagihan kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain dapat diselesaikan secepat mungkin dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook, berkata ia berdasarkan komitmen ditunjukkan menerusi rundingan yang dijalankan dengan rakan parti PH setiap minggu.

Justeru, beliau berharap isu pengagihan kerusi dalam kalangan PH menerapkan nasihat yang dititipkan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang pernah memimpin PAS selaku presiden, ketika bersama DAP dan PKR di bawah panji Barisan Alternatif (BA).

"Saya sering mendengar cerita daripada rakan saya, Setiausaha PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution...beliau menceritakan kepada saya semasa PRU pada 1999, kali pertama PKR ditubuhkan dan pada ketika itu mereka hanya ada satu kerusi iaitu Permatang Pauh, kerusi Datuk Seri Anwar Ibrahim.




"Mereka parti baharu ketika itu berdepan dengan dua parti bersejarah iaitu PAS dan DAP dalam Barisan Alternatif. Nak agih kerusi mereka tak ada base (tapak) hanya ada Permatang Pauh. Beliau kata perundingan ketika itu sangat sukar kerana DAP ada hantar wakil.

"Namun, akhirnya beliau kata agihan kerusi dapat diselesaikan dengan nasihat daripada Allahyarham Fadzil Noor...Presiden PAS ketika itu. Ustaz (Fadzil) beri nasihat orang tua dan beliau kata, dalam proses rundingan ini adalah semangat give and take dan boleh menang.

"Nasihatnya lagi...yang meminta jangan tamak dan yang memberi jangan kedekut. Ini nasihat kepada orang muda kepada Steven Sim selaku ketua perunding kita dalam pengagihan kerusi," katanya kepada berucap di Kongres Khas DAP 2022 di Pusat Konvensyen IDEAL di sini hari ini.

Dengan nasihat berkenaan, Siew Fook berkata pihaknya mesti berlapangan dalam PH supaya tidak bersikap membuli antara satu sama lain.

Selain itu, katanya semangat hormat-menghormati juga perlu dipegang dalam PH untuk melihat gabungan parti ini lebih kukuh, seterusnya memasuki gelanggang PRU-15 sebagai pasukan yang bersatu padu.

Bagi calon muda, beliau berkata, mereka akan diberi peluang dan tempat untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meraih pengalaman sebelum diangkat ke peringkat pusat.

"Dalam mengorak strategik untuk calon kita, kita tak akan lupa DAPSY (Pemuda Sosialis DAP) dan (sayap pergerakan) wanita. Peluang sudah tentu diberikan kepada calon muda DAP yang akan menjadi pelapis kepimpinan parti terutama di kerusi DUN.

"Bukan tak ada calon (muda) di Parlimen tetapi lebih banyak di peringkat negeri untuk jadi lapangan latihan sebagai pemimpin negeri dan seterusnya di angkat sebagai pemimpin nasional," katanya.

Sementara itu, mengulas penggunaan logo PH sewaktu PRU-15, Siew Fook berkata pihaknya kekal komited dan akan bertanding sebagai calon di bawah panji PH.

Sehubungan itu, beliau menegaskan semangat, dasar dan pemimpinan dalam kalangan PH perlu diangkat supaya gabungan parti dapat merampas Putrajaya.

"Majlis Presiden PH telah memutuskan bahawa semua parti komponen akan menggunakan logo bersama dalam PRU-15 akan datang.
"Saya yakin soal logo ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Saya akan usaha secara baik bersama-sama kepimpinan PH untuk kita runding dengan PH, agar kita dapat realisasikan logo PH bersama untuk PRU-15," katanya.


Setiausaha Agung DAP dan ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berucap pada kongres khas parti 2022 di IDCC, Shah Alam. - Foto NSTP/Genes Gulitah
Setiausaha Agung DAP dan ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berucap pada kongres khas parti 2022 di IDCC, Shah Alam. - Foto NSTP/Genes Gulitah
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
120,732
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
120,732
Reaction score
20,061
Points
2,866
Awards
1
DAP tidak berunding dengan PN #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../parti-yang-bertanding.../


Parti yang bertanding dengan kita itu musuh politiklah – Anthony​



25 September 2022

MGF25092022_KONGRES-DAP016-681x454.jpg


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook bercakap pada sidang media selepas Kongres Khas Parti 2022 di IDCC Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 25 SEPTEMBER 2022.


SHAH ALAM – Mana-mana parti yang cuba merampas kerusi DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang dimenangi sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti dianggap pesaing dan musuhnya, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

“PH ada empat parti, kita akan bekerjasama dan kita akan lawan dengan parti lawan yang bertanding dengan kita.



“Yang bertanding dengan kita itu musuh politiklah. Terpulanglah (PN dan BN), setiap yang masuk kawasan untuk bertanding, itu sudah tentu pesaing kita, saya tak mahu komen apa yang dia kata,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.

Semalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa semua parti komponen perlu sepakat bahawa musuh utama gabungan itu pada PRU15 adalah Barisan Nasional (BN)

Muhyiddin mengingatkan parti komponen PN termasuk Pas supaya bergerak sebagai satu pasukan dengan hala tuju yang sama.



Jelas Muhyiddin, parti-parti dalam PN tidak sepatutnya membuat kenyataan atau menyatakan pendirian yang bertentangan antara satu sama lain.

Ketika ditanya pemberita tentang kenyataan Muhyiddin itu tanpa menyebut PH salah satu musuh politik mereka, Anthony bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Terpulanglah, kena tanya Tan Sri Muhyiddin, itu kenyataan beliau, kita tiada komen kepada kenyataan beliau.



“Selagi untuk PH kita jelas, kita tiada rundingan dengan mana-mana parti daripada PN,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
 

logammaut

Legendary Member
gem
Messages
14,588
Joined
Dec 12, 2009
Messages
14,588
Reaction score
2,839
Points
261
Awards
1
ANTHONY LOKE DARI DAP BERKATA PENGUNDI AKAN MENGHUKUM UMNO JIKA PM ISMAIL SABRI MENGGESA PRU15 SEKARANG

SHAH ALAM, 25 Sept — Jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyahut saranan UMNO supaya pilihan raya umum diadakan awal, beliau dan UMNO akan dihukum berat oleh orang ramai, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini.

Loke menggesa Ismail Sabri untuk bertindak seperti Perdana Menteri negara dan tidak didesak oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pengikutnya yang gigih menggesa pilihan raya umum ke-15 (PRU15) awal.

“Saya ingin memberitahu Ismail Sabri dan UMNO bahawa jika mereka mengadakan pilihan raya pada musim hujan lebat dan musim banjir orang ramai akan menghukum mereka dengan cara yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Kami di DAP tidak bimbang, kami boleh pergi untuk pilihan raya esok jika perlu.

“Jika UMNO mahu membuang kebimbangan besar rakyat maka mereka pasti akan dihukum apabila tiba masanya. Kami di DAP nak uruskan banjir dan hujan lebat dulu baru boleh pergi PRU15. Jadi teruskan dan bubarkan Parlimen dan lihat apa yang berlaku,” kata Loke hari ini semasa kongres khas DAP di Shah Alam.

Loke berkata DAP tidak mencabar Ismail Sabri atau UMNO untuk membubarkan Parlimen sebaliknya telah memberitahu Ismail Sabri dengan cara yang baik di Parlimen dan di Dewan Rakyat bahawa beliau tidak perlu bimbang dengan tekanan daripada Zahid.

Loke berkata Ismail Sabri mempunyai memorandum persefahaman (MoU) untuk menyokongnya dan tidak perlu berasa terancam oleh Zahid sebagai Presiden UMNO.

“Kami telah menasihatkan Perdana Menteri berkali-kali, di Parlimen, Dewan Rakyat dan banyak lagi bahawa jika Zahid mengambil sokongan anda, anda mempunyai MoU dengan Pakatan Harapan jadi jangan risau tentang ugutan Zahid.

"Saya ingin mengingatkan Ismail Sabri bahawa anda adalah Perdana Menteri negara jadi bertindaklah seperti Perdana Menteri dan bukannya pengikut parti," tambahnya.

Kongres DAP hari ini adalah untuk membuat pindaan kepada perlembagaan parti untuk mengharamkan lompat parti. Loke berkata ini selaras dengan pindaan yang dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan dan berharap semua ahli DAP hari ini menyokong inisiatif ini.

Sabtu lalu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak akan menghadapi masalah dengan Ismail Sabri selagi beliau memanggil PRU15 tahun ini.

Sementara itu Loke mengulangi pendirian DAP bahawa semua parti komponen PH akan menggunakan logo yang sama untuk PRU15.

Beliau berkata, perkara mengenai logo itu akan diselesaikan dengan majlis Presiden PH tidak lama lagi.

Beliau juga berkata DAP akan memberi peluang kepada calon wanita dan pemuda.

“Kami amat berbangga dengan keupayaan wanita kami di Parlimen atau ADUN. Kami percaya bahawa Cawangan Wanita DAP akan memainkan peranan besar dalam kepimpinan kami apabila kami menghadapi PRU15,” katanya.
Loke kata pengundi akan hukum UMNO kalau buat PRU sekarang. Jadi eloklah buat sekarang sementara pengundi akan hukum UMNO. Takkan nak tunggu bila pengundi sokong UMNO lak :ROFLMAO:
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
386,916
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
386,916
Reaction score
25,374
Points
2,836
Awards
1
DAP pun dah buat kongres
Tanda PRU makin dekat
 

Panji hitam putih

Active+ Member
gem
Messages
4,929
Joined
Nov 6, 2016
Messages
4,929
Reaction score
1,401
Points
111
Loke kata pengundi akan hukum UMNO kalau buat PRU sekarang. Jadi eloklah buat sekarang sementara pengundi akan hukum UMNO. Takkan nak tunggu bila pengundi sokong UMNO lak :ROFLMAO:
Aku pun pelik jugak..diorang ni takut BN kalah ke?hihuhu
 
Sponsored Post

Top
Log in Register